Rawatan Alternatif di Pusat Terapi Al Ansar Health

Bagi anda yang ada masalah resdung, mata dan masalah saraf, ini ada satu tempat bagus untuk dapatkan rawatan alternatif iaitu di Pusat Terapi Al Ansar Health.

Al Ansar Health merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin.

Idea untuk menubuhkan Al Ansar Health tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Tuan Haji Khanafi, Tuan Haji Sobri Saad dan saudara Bakhtiar.

Aku pergi ke Pusat Terapi Al Ansar Health ni semalam di cawangan Shah Alam dengan Shakiddo, Eizil, Melastik Bintang dan Tengku Syukri untuk buat rawatan resdung.

Rawatan resdung di Pusat Terapi Al Ansar Health, Shah Alam
Tulis nama dulu sebelum diberi nombor giliran masuk bilik rawatan Al Ansar Health

Pemeriksaan Percuma

Sebelum rawatan dibuat, perawat akan check dulu untuk pastikan ada resdung atau tak. Pemeriksaan percuma. Aku pun check juga.

Masa buat pemeriksaan tu, serbuk herba kena sedut masuk ke dalam lubang hidung. Rasa macam serbuk kari masuk hidung. Pedih sikit. Tujuan dia untuk rangsang pengeluaran lendir dalam hidung.

Kalau siapa yang ada masalah resdung mesti terus bersin-bersin.

Harga Rawatan Resdung

Alhamdulillah hidung aku sihat dan takde masalah resdung. Kalau ada resdung boleh buat rawatan dengan harga RM50 untuk sekali rawat. Shakiddo, Eizil dan Melastik Bintang terus buat rawatan sebab diorang memang ada masalah resdung.

Buat rawatan resdung di Al Ansar Health

Oleh sebab aku tak perlu buat rawatan, aku diberi tugas untuk ambil gambar. Aku pun gunalah peluang tu untuk selfie. Haha. Guna kamera Samsung NX Mini. Cantik je gambar-gambar yang ambil dengan kamera ni.

Ada juga ambil beberapa gambar diorang sedang buat rawatan. Banyak betul lendir keluar dari hidung. Lendir yang keluar ikut mulut pun banyak juga.

Aku tengok Kid yang paling banyak keluarkan lendir. Tak dapat bayangkan macam mana rasa hidung penuh dengan lendir sebanyak tu.

Shakiddo buat rawatan resdung

Rasa ngeri sikit aku tengok masa diorang buat rawatan resdung ni. Cotton bud atau putik kapas yang dah diletak ubat dijolok masuk ke dalam lubang hidung. Lebih separuh daripada cotton bud tu terbenam dalam lubang hidung.

Rawatan resdung ni dibuat sebanyak 2 kali selama 10 minit untuk rawatan pertama dan 10 minit lagi untuk rawatan kedua.

Lepas tu perawat akan sembur mata dengan air apa entah aku pun tak tau, dan dipakaikan spek mata khas untuk urut sekeliling bahagian mata, hidung dan dahi.

Team Denaihati buat rawatan resdung
Dah macam alien pulak aku tengok diorang ni. Haha.

Pusat Terapi Al Ansar Health cawangan Shah Alam

Team Denaihati depan Pusat Terapi Al Ansar Health
Bergambar depan Pusat Terapi Al Ansar Health cawangan Shah Alam selepas selesai rawatan

Pusat Terapi Al Ansar Health

Siapa nak datang untuk terapi saraf, resdung dan mata bolehlah singgah Pusat Terapi Al Ansar Health cawangan Shah Alam ni. Alamatnya:

PUSAT TERAPI AL ANSAR HEALTH ( SHAH ALAM )
No.11, Ground Floor, Jalan Lawan Pedang 13/27,
Seksyen 13, Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam, Selangor
 
No. Phone : Haji Radi 016-3119225 / 03-55238701

Bagi mereka yang berada di daerah atau kawasan lain, boleh ke cawangan Pusat Terapi Al Ansar Health yang berhampiran.

Rasanya berbekam pun boleh buat kat Pusat Terapi Al Ansar Health ni.

26 Comments

    • Waalaikumussalam.. Al Ansar Health ada juga buat rawatan sendi.. Boleh cuba buat rawatan di Pusat Terapi Al Ansar Health..

  1. Kid memang kuat tahap resdung dia tu…. kena buat susulan lagi tu….aku dulu pun biasa bersin pagi2 ….then kontrol makan skit dan elakkan minuman air batu / ais so resdung adalah peringkat terkawal laa….

    • Patut la Kid yang paling banyak keluar lendir masa buat rawatan hari tu.. Tapi tengok dia makan, semua dia telan.. Takde plak nak kontrol2 makan.. Haha..

  2. saya tak perna buat rawatan resdung cam ni….tapi kawan saya perna buat dia kata mula2 tu pedih.tp penat katanya nk kuarkan lendir tu…..lau kat tmpt saya pesakit kene meniarap tu yg penat kot…lama gak la dalam 1 jam….

  3. menarik rawatan resdung yang dibuat tu, kalau dah keluar lendir macam abang kid tu memang sah teruk juga tahap resdungnya.

    • Mungkin kot.. Memang banyak betul keluar lendir dari hidung Kid.. Buat rawatan resdung ni kalau nak baik betul-betul kena buat rawatan susulan sekerap yang boleh dan ambil suplemen untuk resdung..

      Kalau resdung tahap dah teruk boleh keluar ulat-ulat resdung.. Seram pulak rasanya..

    • Nak kena sengeh macam tu baru kamera Samsung NX Mini ambil gambar.. Smile detection.. Hehe..

      Kid dengan Melastik Bintang dah buat review kat blog diorang.. Eizil belum lagi.. Boleh lah baca pengalaman buat rawatan resdung yang diorang dah tulis kat blog..

  4. Kena cuba buat rawatan dekat sini.. Sebab saya sendiri tak pasti samada saya ada Resdung ataupun tidak? Ada tips tak, macamana nak tahu samada kita ni ada resdung ataupun tidak?

    • Dengar perawat Al Ansar Health bagitau, tanda-tanda kita ada resdung akan rasa gatal-gatal teruk di kawasan muka, hidung, kawasan sekitar hidung, mata, dahi, telinga, lelangit dan tekak. Hidung pulak kerap berair walaupun tak selsema. Pagi-pagi akan kerap bersin. Kepala pulak ada rasa pening-pening dan sakit. Sesetengah kes akan rasa lenguh badan.

      Kalau rasa nak tahu ada resdung atau tak, boleh cuba buat pemeriksaan..

    • Tadi tanya Eizil (dia buat rawatan) dia cakap rasa pedih2 sikit sebab ubat yang dia masukkan dalam lubang hidung.. Ubat yang dia guna tu untuk keluarkan lendir2 kat bahagian dalam hidung..

    • Ha’ah.. Al Ansar Health makin berkembang sekarang.. Cawangan pun dah bertambah.. Senang orang nak datang buat rawatan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *