AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Kesihatan » Rawatan Alternatif di Pusat Terapi Al Ansar Health

Rawatan Alternatif di Pusat Terapi Al Ansar Health

09/05/2014 Anarm 26 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Bagi anda yang ada masalah resdung, mata dan masalah saraf, ini ada satu tempat bagus untuk dapatkan rawatan alternatif iaitu di Pusat Terapi Al Ansar Health.

Al Ansar Health merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin.

Idea untuk menubuhkan Al Ansar Health tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Tuan Haji Khanafi, Tuan Haji Sobri Saad dan saudara Bakhtiar.

Aku pergi ke Pusat Terapi Al Ansar Health ni semalam di cawangan Shah Alam dengan Shakiddo, Eizil, Melastik Bintang dan Tengku Syukri untuk buat rawatan resdung.

Rawatan resdung di Pusat Terapi Al Ansar Health, Shah Alam

Tulis nama dulu sebelum diberi nombor giliran masuk bilik rawatan Al Ansar Health

ISI KANDUNGAN hide
1 Pemeriksaan Percuma
2 Harga Rawatan Resdung
3 Pusat Terapi Al Ansar Health

Pemeriksaan Percuma

Sebelum rawatan dibuat, perawat akan check dulu untuk pastikan ada resdung atau tak. Pemeriksaan percuma. Aku pun check juga.

Masa buat pemeriksaan tu, serbuk herba kena sedut masuk ke dalam lubang hidung. Rasa macam serbuk kari masuk hidung. Pedih sikit. Tujuan dia untuk rangsang pengeluaran lendir dalam hidung.

Kalau siapa yang ada masalah resdung mesti terus bersin-bersin.

Harga Rawatan Resdung

Alhamdulillah hidung aku sihat dan takde masalah resdung. Kalau ada resdung boleh buat rawatan dengan harga RM50 untuk sekali rawat. Shakiddo, Eizil dan Melastik Bintang terus buat rawatan sebab diorang memang ada masalah resdung.

Buat rawatan resdung di Al Ansar Health

Oleh sebab aku tak perlu buat rawatan, aku diberi tugas untuk ambil gambar. Aku pun gunalah peluang tu untuk selfie. Haha. Guna kamera Samsung NX Mini. Cantik je gambar-gambar yang ambil dengan kamera ni.

Ada juga ambil beberapa gambar diorang sedang buat rawatan. Banyak betul lendir keluar dari hidung. Lendir yang keluar ikut mulut pun banyak juga.

Aku tengok Kid yang paling banyak keluarkan lendir. Tak dapat bayangkan macam mana rasa hidung penuh dengan lendir sebanyak tu.

Shakiddo buat rawatan resdung

Rasa ngeri sikit aku tengok masa diorang buat rawatan resdung ni. Cotton bud atau putik kapas yang dah diletak ubat dijolok masuk ke dalam lubang hidung. Lebih separuh daripada cotton bud tu terbenam dalam lubang hidung.

Rawatan resdung ni dibuat sebanyak 2 kali selama 10 minit untuk rawatan pertama dan 10 minit lagi untuk rawatan kedua.

Lepas tu perawat akan sembur mata dengan air apa entah aku pun tak tau, dan dipakaikan spek mata khas untuk urut sekeliling bahagian mata, hidung dan dahi.

Team Denaihati buat rawatan resdung

Dah macam alien pulak aku tengok diorang ni. Haha.

Pusat Terapi Al Ansar Health cawangan Shah Alam

Team Denaihati depan Pusat Terapi Al Ansar Health

Bergambar depan Pusat Terapi Al Ansar Health cawangan Shah Alam selepas selesai rawatan

Pusat Terapi Al Ansar Health

Siapa nak datang untuk terapi saraf, resdung dan mata bolehlah singgah Pusat Terapi Al Ansar Health cawangan Shah Alam ni. Alamatnya:

PUSAT TERAPI AL ANSAR HEALTH ( SHAH ALAM )
No.11, Ground Floor, Jalan Lawan Pedang 13/27,
Seksyen 13, Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam, Selangor
 
No. Phone : Haji Radi 016-3119225 / 03-55238701

Bagi mereka yang berada di daerah atau kawasan lain, boleh ke cawangan Pusat Terapi Al Ansar Health yang berhampiran.

Rasanya berbekam pun boleh buat kat Pusat Terapi Al Ansar Health ni.

Facebook Twitter WhatsApp

No related posts.

Kategori : Kesihatan Keyword : al ansar group, eye massage, harga rawat resdung, lendir resdung, pemeriksaan kesihatan percuma, perawat al ansar health, pusat rawatan alternatif shah alam, pusat terapi al ansar health, rawatan resdung, shah alam

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Masalah Talian Celcom
Next article:
Lawatan ke Studio Animasi Les Copaque Production

26 Comments

  1. Afandi Mamat says

    04/07/2014 at 9:36 PM

    Assalamualaikum, nk tnya klu skit sendi(lutut) blh kah diubati?

    Reply
    • Anarm says

      05/07/2014 at 12:02 AM

      Waalaikumussalam.. Al Ansar Health ada juga buat rawatan sendi.. Boleh cuba buat rawatan di Pusat Terapi Al Ansar Health..

      Reply
  2. Wafa says

    28/05/2014 at 2:17 PM

    Resdung memang patut dirawat sebelum bertambah parah.

    Reply
  3. Bro Framestone says

    15/05/2014 at 3:42 PM

    Kalau bekam… berapa pula ek?

    Reply
  4. Hazman Fadzil says

    13/05/2014 at 3:38 PM

    Kid memang kuat tahap resdung dia tu…. kena buat susulan lagi tu….aku dulu pun biasa bersin pagi2 ….then kontrol makan skit dan elakkan minuman air batu / ais so resdung adalah peringkat terkawal laa….

    Reply
    • Anarm says

      14/05/2014 at 10:13 AM

      Patut la Kid yang paling banyak keluar lendir masa buat rawatan hari tu.. Tapi tengok dia makan, semua dia telan.. Takde plak nak kontrol2 makan.. Haha..

      Reply
  5. akubiomed says

    12/05/2014 at 9:48 AM

    Kalau kereta perlu dihantar servis berkala dan manusia juga perlukan. Tentu lebih segar selepas di servis mana yang patut. :-)

    Reply
  6. yusri says

    10/05/2014 at 7:09 PM

    Fuhh… ngeri jugak tengok lendir tu. Tapi harga tu boleh dikira berpatutanlah.

    Reply
  7. Hairul Azni says

    10/05/2014 at 1:15 PM

    Mesti lega Kid, MB dan Eizil lepas buat rawatan ni..habis semua lendir2 keluar..

    Reply
    • yusri says

      10/05/2014 at 7:10 PM

      Lega sangat-sangat kot. Boleh buat testimoni nih.

      Reply
  8. KiD says

    09/05/2014 at 5:04 PM

    bagi mereka yang nak merasai sendiri rawatan resdung ni.. memang aku syorkan lah!

    Reply
    • arif says

      04/04/2016 at 2:43 PM

      sakit ke masa masukkan sebuk dalam hidung…
      sekali rawatan mmg rm 50 kn…

      Reply
  9. Tengku Syukri says

    09/05/2014 at 4:10 PM

    murah.. rm50 je. pasti sakit n perit bila cotton bud msuk idung…

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2014 at 6:26 PM

      Nasib baik hidung aku sihat.. Takde resdung.. Kalau tak mesti kena jolok cotton bud jugak..

      Reply
  10. liza says

    09/05/2014 at 2:37 PM

    saya tak perna buat rawatan resdung cam ni….tapi kawan saya perna buat dia kata mula2 tu pedih.tp penat katanya nk kuarkan lendir tu…..lau kat tmpt saya pesakit kene meniarap tu yg penat kot…lama gak la dalam 1 jam….

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2014 at 6:25 PM

      Rawat resdung kat pusat terapi Al Ansar ni pun lebih kurang 1 jam.. Tapi meniarap rasa macam rilek sikit..

      Reply
  11. ejam says

    09/05/2014 at 12:05 PM

    menarik rawatan resdung yang dibuat tu, kalau dah keluar lendir macam abang kid tu memang sah teruk juga tahap resdungnya.

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2014 at 12:22 PM

      Mungkin kot.. Memang banyak betul keluar lendir dari hidung Kid.. Buat rawatan resdung ni kalau nak baik betul-betul kena buat rawatan susulan sekerap yang boleh dan ambil suplemen untuk resdung..

      Kalau resdung tahap dah teruk boleh keluar ulat-ulat resdung.. Seram pulak rasanya..

      Reply
  12. akuzle ayu says

    09/05/2014 at 11:42 AM

    Ambuih, anarm punyo sengeh. Depa bertiga tu dah buat review ka? Yang penting apa rasanya selepas rawatan..

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2014 at 12:11 PM

      Nak kena sengeh macam tu baru kamera Samsung NX Mini ambil gambar.. Smile detection.. Hehe..

      Kid dengan Melastik Bintang dah buat review kat blog diorang.. Eizil belum lagi.. Boleh lah baca pengalaman buat rawatan resdung yang diorang dah tulis kat blog..

      Reply
  13. Anuar says

    09/05/2014 at 11:16 AM

    Kena cuba buat rawatan dekat sini.. Sebab saya sendiri tak pasti samada saya ada Resdung ataupun tidak? Ada tips tak, macamana nak tahu samada kita ni ada resdung ataupun tidak?

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2014 at 11:57 AM

      Dengar perawat Al Ansar Health bagitau, tanda-tanda kita ada resdung akan rasa gatal-gatal teruk di kawasan muka, hidung, kawasan sekitar hidung, mata, dahi, telinga, lelangit dan tekak. Hidung pulak kerap berair walaupun tak selsema. Pagi-pagi akan kerap bersin. Kepala pulak ada rasa pening-pening dan sakit. Sesetengah kes akan rasa lenguh badan.

      Kalau rasa nak tahu ada resdung atau tak, boleh cuba buat pemeriksaan..

      Reply
  14. Ainaa Roseberry says

    09/05/2014 at 10:53 AM

    Sakit tak buat rawatan resdung tu?? ena memang ada resdung tapi tak kuat sangat.

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2014 at 11:45 AM

      Tadi tanya Eizil (dia buat rawatan) dia cakap rasa pedih2 sikit sebab ubat yang dia masukkan dalam lubang hidung.. Ubat yang dia guna tu untuk keluarkan lendir2 kat bahagian dalam hidung..

      Reply
  15. Manan Qayyim says

    09/05/2014 at 10:10 AM

    penah tengok Al- Ansar health dlm TV al-Hijarah……
    bagus lah… semakin berkembang perubatan islam ni….

    Reply
    • Anarm says

      09/05/2014 at 11:46 AM

      Ha’ah.. Al Ansar Health makin berkembang sekarang.. Cawangan pun dah bertambah.. Senang orang nak datang buat rawatan..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy