Lawatan ke Studio Animasi Les Copaque Production

Best betul rasanya dapat tengok suasana dalam Studio Animasi Les Copaque semasa buat lawatan ke sana Khamis lepas.

Lokasi studio Les’ Copaque dekat je dengan pejabat Denaihati Network di Seksyen 13, Shah Alam. Selama ni dok tengok dari luar je, akhirnya tercapai juga hasrat nak melawat dan tengok bahagian dalam studio.

Lawatan blogger ke Studio Animasi Les Copaque

Siapa tak kenal Les’ Copaque? Mesti ramai kenal syarikat yang menghasilkan siri kartun animasi Upin dan Ipin ni. Karya animasi Upin Ipin yang dihasilkan kini terkenal hingga ke luar negara.

Memang kagum habislah dengan pencapaian Les’ Copaque.

Melawat Studio Animasi Les Copaque

Lawatan pada hari tu bersama beberapa orang rakan blogger – Eizil, Sohoque, Shakiddo, Melastik Bintang, Kak Nora, Nannie Isa, Tengku Syukri, Sifoo Imran, Tekong.

Lawatan adalah untuk tujuan suai kenal dengan pengarah urusan Les’ Copaque Production, Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi dan bagi mengenali penulis-penulis blog.

Selain tu untuk memberi maklumat terkini berkaitan projek yang akan dihasilkan oleh Les’ Copaque Production sepanjang tahun 2014 dan tahun-tahun akan datang.

Blogger di Studio Les' Copaque

Mohd Zarin, Head of New Media & Public Relations di Les' Copaque
Mohd Zarin – Head of New Media & Public Relations di Les’ Copaque

Perjumpaan Les’ Copaque Bersama Blogger

Sesi pada hari tu dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Bro Zarin tentang tujuan perjumpaan Les’ Copaque bersama blogger.

Kemudian, Pengarah Urusan Les’ Copaque iaitu Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi pula menerangkan dengan panjang lebar mengenai Les’ Copaque seperti kisah permulaan syarikat, daripada mana dapat idea nama syarikat, tentang Upin Ipin, projek akan datang dan macam-macam lagi.

Haji Burhanuddin juga ada berkongsi cerita bagaimana Les’ Copaque berjaya membawa jenama mereka hingga ke serata dunia termasuk kejayaan yang dicapai oleh syarikatnya melalui siri animasi Upin & Ipin. Memang terbaik strategi yang digunakan.

Pengarah Urusan Les' Copaque, Haji Burhanuddin
Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Tn Haji Burhanuddin Md Radzi

Selain Upin & Ipin, siri animasi lain yang dihasilkan oleh Les’ Copaque ialah ‘Pada Zaman Dahulu‘, ‘DaDuDiDo‘ (siaran di YouTube) dan akan datang siri animasi ‘Puteri’ yang akan disiarkan di TV3.

Siri Animasi ‘Puteri’

Semasa lawatan hari tu, kami sempat saksikan sedikit preview sedutan daripada siri animasi Puteri. Kualiti animasi Puteri ni boleh dikatakan sangat bagus. Buat masa ni tiada sebarang info lanjut berkenaan jalan ceritanya.

Pengarah siri Puteri, Faizu
Faizu (Pengarah siri ‘Puteri’) menerangkan serba sedikit tentang siri animasi PUTERI

Pasti menarik kisah yang menampilkan 5 puteri adik beradik ni yang membawakan elemen-elemen tempatan di alam fantasi. Siri animasi Puteri akan disiarkan pada September nanti. Tak sabar pulak rasanya nak tengok.

Selepas selesai sesi pengenalan dan taklimat ringkas, kami dibawa melawat sekitar studio Les’ Copaque Production Sdn Bhd untuk tengok sendiri macam mana animasi dibuat.

Kami dibawa ke bahagian rakaman suara, animasi, art studio, storyboard, aplikasi mobile dan beberapa bahagian yang lain.

Studio rakaman suara animasi Les' Copaque
Wefie di studio rakaman suara animasi Les’ Copaque bersama Jarjit dan Fizi
Bahagian Animasi di Studio Les' Copaque
Wefie lagi di bahagian Animasi dalam studio Les’ Copaque

Proses pembikinan siri animasi Les' Copaque

Tenaga kerja Les' Copaque

Tenaga Kerja Les’ Copaque Production

Les’ Copaque Production mempunyai tenaga kerja lebih 160 orang yang terdiri daripada fresh graduate dengan lepasan sekurang-kurangnya peringkat Diploma.

Jadi, tenaga kerja mereka semua muda-muda dan sedikit ‘gila’ katanya. Betul! Orang dalam bidang ‘kreatif’ ni memang kebanyakannya berperangai gila-gila sikit.

Kalau rasa diri tu ‘gila’ atau berkelayakan untuk join team Les’ Copaque ni bolehlah cuba apply kerja. Mana tahu ada rezeki dapat kerja situ.

Dah dapat gaji nanti boleh belanja aku minum air sirap kat GENG’s Corner atau Kedai Makan Upin & Ipin. Hehe.

Lakaran animasi oleh team Les' Copaque
Salah seorang team Les’ Copaque sedang buat lakaran untuk animasi

Kerja di Les' Copaque

Penerangan kerja animasi Les' Copaque
Ehh.. Ada Cikgu Melati..
Bahagian Storyboard Upin & Ipin bersama Zarin dan Cikgu Melati
Wefie di bahagian Storyboard Les’ Copaque bersama Zarin dan ‘Cikgu Melati’
Workspace team Les' Copaque
Aku suka workspace penuh barang macam ni

Secara keseluruhan, aku rasa sangat puas hati dapat melawat Pejabat Urusan dan Studio Les’ Copaque, dan dapat tengok sendiri macam mana produk-produk animasi Les’ Copaque dihasilkan.

Cerita Upin & Ipin yang kita tengok 7 minit je tu kalau nak tahu ambil masa yang lama juga untuk disiapkan. Belum kira animasi Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah ditayangkan dulu. Mestilah lagi lama nak disiapkan.

Projek terbaru Les’ Copaque iaitu siri animasi Puteri akan disiarkan di TV3 pada September 2014. Sama-sama kita tengok nanti.

Upin & Ipin Musim Baru

Jangan lupa juga saksikan Upin & Ipin musim baru. 12 episod baru Upin & Ipin Musim 8 dari 28 Mei hingga 8 Jun pada jam 5.30 petang hanya di TV9.

Anarm bersama Upin & Ipin

Blogger melawat Studio Les' Copaque di Seksyen 13, Shah Alam

Oh ya.. Jangan lupa untuk follow social media Les’ Copaque (Upin & Ipin):

Blogger bersama Upin & Ipin dan team Les' Copaque
Blogger bersama Upin & Ipin dan team Les’ Copaque.. Saya suka, saya suka..

17 Comments

  1. Hallo, admin!

    Saya pengunjung dari Indonesia, salam kenal.
    Di Indonesia film anak Upin dan Ipin sangat di gemari, bahkan tidak sedikit orang tua dan anak muda yang menontonnya. Filmnya sangat bagus :-) dan masing-masing karakter mempunyai cirikhasnya sendiri.

    Hehe… maaf sebelumnya, saya tidak bisa menggunakan bahasa malaysia :p

  2. seronoknya dapat melawat studio ni.. anak saya kompem melompat-lompat suka kalau dapat masuk sini.. good job untuk team Les’ Copaque kerana berjaya menaikkan nama Malaysia dalam bidang animasi

  3. Gaya kerja geng seni visual nie mesti lain kan…. tapi aku kalau nak datang mungkin nak jumpa personally dengan cikgu melati yang cekak pinggang tu…. hiks

  4. Memang syok dapat melawat pejabat Les’ Copaque ni, seronok melihat kejayaan orang melayu dalam bidang yang tak ramai ceburi ni. Tahniah les’ copaque.

  5. Terbaik pejabat Les Copaque ni..persekitaran kerja yg sgt selesa. Ini barulah best kalau nak pergi kerja hari2..

  6. Untunglah geng2 DH…
    Kami student UMT under course Multimedia Technology nak pergi LesCopaque tak dapat.. kena reject sebab terlebih 2orang.. T_T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *