Tukar Pakej Internet ‘Stay With Unifi’ (SWU)

Aku baru tukar pakej internet Stay With Unifi (SWU). Dapat kurangkan sikit bayaran bil bulanan. Pakej Unifi aku guna sebelum ni kena bayar RM129 + SST = RM136.75 sebulan.

Dah tukar kepada pakej Stay With Unifi harga bil aku sekarang jadi RM119 (tak termasuk SST). Kurang RM10 daripada harga pakej lama. Ok la tu..

Speed internet aku kekal 300Mbps. Pakej asal aku langgan 100Mbps je, kemudian dinaikkan ke 300Mbps lepas Unifi bagi speed upgrade percuma tahun lepas.

Kalau nak lebih jimat bil, aku boleh je tukar semula ke pakej 100Mbps. Kira downgrade lah.. Tapi disebabkan aku dah selesa dengan speed internet 300Mbps, aku pun ambil pakej SWU speed yang sama jugak.

Tukar pakej Stay With Unifi di TMpoint
Tukar pakej Stay With Unifi di TMpoint.

Stay With Unifi (SWU)

Stay With Unifi (SWU) merupakan pakej khas yang ditawarkan hanya kepada pelanggan² lama Unifi. Pakej SWU ni dah lama ada. Dari SWU 1.0, sekarang SWU 4.0 dah.

Rasanya ramai lagi yang tak tahu tentang tawaran pakej SWU. Pakej ni tak dihebahkan sangat seperti mana pakej Unifi yang biasa tu. Lagipun ada syarat nak mohon pakej Stay With Unifi ni.

Syaratnya, pakej Unifi yang sedang dilanggan mestilah DAH HABIS KONTRAK.

Ada juga yang bagitau rekod bayaran bil pun kena cantik. Kalau jenis suka bayar bil lambat sampai banyak tertunggak, kemungkinan tak dapat pakej SWU ni.

Aku pun tak pasti tentang bayaran bil tu. Tapi boleh je cuba mohon. Tak cuba tak tahu dapat ke tidak..

Aku takda masalah dengan bayaran bil. Memang aku bayar on time setiap bulan. Kontrak pun dah lama habis. Mungkin sebab tu lancar je urusan aku tukar pakej SWU ni.

TMpoint Bukit Raja

Nak mohon pakej Stay With Unifi perlu walk in ke TMpoint / Unifi Store.

Jangan pergi kedai Authorised Dealer, diorang tak boleh buat. Online pun tak boleh. Kena pergi centre TMpoint atau Unifi Store sahaja untuk mohon pakej Stay With Unifi.

Boleh cari lokasi TMpoint / Unifi Store di laman web Unifi.

Lokasi TMpoint / Unifi Store

Dekat laman web tu masukkan alamat, poskod, atau pilih negeri untuk cari lokasi TMpoint. Lepas tu tekan ‘TMPOINT/UNIFI STORE’ bagi dia paparkan centre TMpoint sahaja.

Tengok TMpoint mana yang berhampiran dengan tempat korang. Lepas tu boleh terus pergi ke sana dan bagitau, “Saya nak tukar pakej Stay With Unifi”. Nanti customer service TMpoint akan beri layanan dengan senyuman.

Pakej Stay With Unifi 2024 (SWU 4.0)

Berikut adalah harga pakej Stay With Unifi versi 4.0 yang ditawarkan.

  • 100Mbps = RM79 / bulan
  • 300Mbps = RM119 / bulan
  • 500Mbps = RM139 / bulan

Aku ambil pakej 300Mbps. Lepas tu dapat lagi tambahan dalam pakej tu.

  • Percuma 6 bulan bil
  • Percuma router Wifi 6
  • Kontrak disambung 24 bulan

Percuma 6 bulan bil tu paling menarik. Aku dah jimat sebanyak RM756.90 tak perlu bayar bil selama 6 bulan. Bulan ke-7 baru mula bayar macam biasa ikut harga pakej baru.

Router wifi 6 tu pulak dia akan tanya bila tarikh orang TM boleh datang rumah kita buat pemasangan. Aku tukar pakej SWU hari tu tunggu 1 hari je installer TM datang rumah untuk setting router baru.

Router baru 'FiberHome' daripada Unifi.
Router baru ‘FiberHome’ daripada Unifi.
Unifi Home 300Mbps staywithUnifi 4.0 Extra
Unifi Home 300Mbps staywithUnifi 4.0 Extra

Kalau internet Unifi korang dah habis kontrak bolehlah pergi TMpoint mohon tukar ke pakej Stay With Unifi ni. Sangat berbaloi..

Dah habis kontrak selepas 2 tahun nanti, pergi semula TMpoint tanya pakej SWU yang terbaru pulak. Mesti akan ada tawaran lain lagi. Hehe..

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *