Hampir sebulan rasanya telco Celcom menyakitkan hati aku dengan masalah line yang sekejap ada, sekejap takde. Paling teruk masa aku perlukan akses internet, masa tu jugak lah line Celcom hilang signal.
Kadang-kadang orang tak dapat call aku sebab line takde.
Nak kata masalah handphone aku, rasanya tak. Sebab line Maxis aku takde sebarang masalah guna di handphone yang sama. Ke masalah coverage kawasan?
Sebelum ni aku pergi merata tempat tak pernah pulak ada masalah dengan line Celcom.
Komplen Talian Celcom
Siang tadi aku pergi ke Celcom Centre untuk komplen tentang masalah ni. Dah hampir hilang sabar dah dengan masalah talian celcom.
Nasib baik Celcom Centre yang aku pergi tak ramai orang. Baru ambil nombor giliran, terus dipanggil pergi kaunter. Tak payah tunggu lama-lama. Rasa sejuk sikit hati ni.
SIM Gantian
Bila aku jumpa petugas di kaunter Celcom Centre tu, soalan yang dia tanya lepas aku beritahu masalah:
Encik pernah tukar kad SIM tak sebelum guna kad SIM yang sekarang ni? Kalau takde, dah berapa lama guna kad SIM tu?
Lepas bersoal jawab dengan staf Celcom tu, akhirnya aku diberi kad SIM yang baru untuk ganti kad SIM Celcom yang aku guna sekarang. Katanya mungkin kad SIM dah lama sangat.
Memang dah lama pun aku guna kad SIM Celcom ni. Tak pernah tukar.
Aku pun ok jela dengan solusi yang dia bagi asalkan dapat selesaikan masalah talian Celcom aku ni. Tukar kad SIM baru percuma je. Harap-harap selesai masalah lepas ni.
Kalau masih sama juga, aku pergi serang lagi Celcom Centre tu. Setiap bulan aku bayar bil postpaid. Kalau line asyik bermasalah je baik aku tak payah bayar bil.
Update (8/5/2014) : Line Celcom kembali beroperasi dengan baik lepas tukar simkad baru.
Minta pencerahan. Kenapa talian celcom di di kawasan Jln Uthant tidak memuaskan, terutama di kawasan perumahan kuarters kerajaan. Setiap kali keluar dari kawasan rumah barulah macam2 miss call masuk. begitu juga sms. Internet kena support dgn alternative wifi…utk urusan online banking pun kena keluar dari blok dulu baru sms masuk utk dptkan Tag No. sungguh memenatkan. Harap ada pembaikan dan peningkatan.
Encik boleh call customer service Celcom untuk buat aduan tentang masalah talian di kawasan tu..
Salam syapun mempunyai masalah sama lepas tukar SIM baru ingat problem solve … Tapi sama mcm sebelumnya juga line celcom pandai hilang-hilang….-_-‘
Waalaikumussalam .
Saya dah tak guna Celcom dah . Sekarang saya guna prepaid ONEXOX . Lagi terbaik daripada Celcom .
Nak tukar ke ONEXOX boleh hubungi saya .
011-3244 8800
KHAIRUL ANAM
Assalamualaikum Abe!!!! Abe adik nak taye sikit…. Bang kenapa internet celcom x boleh guna??? Padahal saya dah lagn pass 2GB… Lepas tu bila saya bka mobile data langsung x keluar 4G??? apehal dgn telefon Lenovo A369 saye???
internet ada lagi qoata tapi tak boleh di gunakan lagi..
saya ambik 2 minggu rm 20 internet plan (800mb) tamat pada 24/1/2015
yang jadi peliknya internet tidak boleh di gunakan kenape???
harap pihak celcom atasi masalah ini..sebab selalu saya terkena dengan internet celcom ini.
sekian terima kasih.
Kalau dah selalu sangat terkena rasanya baik tukar jela.. Saya rekomen tukar ke ONEXOX.
Saya nak bertanyakan tentang signal celcom di tempat saya iairu di Taman Sg. Kapar Indah. Mengapakah begitu teruk sekali. Pintak puhak celcom ambil tindakan segera.
Untuk masalah signal kawasan tu kena hubungi talian khidmat pelanggan Celcom dan laporkan pada mereka.. Dail 1111 (dari talian mudah alih Celcom) atau dail 1-300-111-000 (dari operator lain). Lepas tu laporkan masalah pada pegawai yang jawab call tu.
I am going to port in to maxis…im not gonna use celcom anymore they are useless in line coverage…the first day of my ramadhan i got issue’s and line shit..this is testing my patience….
Mula2 dulu pakai ok. Tapi sejak kebelakangani asyik EDGE je…
eh npe ngn celcom ni hehe…
Kadang2 qoata ada lagi dan internet belum tamat lagi
tapi line hampeh..saya selalu kena..dia org nie buat kerje atau tidak..
Nak tahu diorang buat kerja atau tidak, cuba call customer service lepas tu buat aduan masalah line yang hampeh tu.. Tengok apa tindakan diorang ambil.. Apa2 masalah boleh terus report pada diorang..
Kalau line masih hampeh jugak, jom la bertukar ke ONEXOX.. Dijamin puas hati guna ONEXOX.. Saya pun dah tukar dah..
Kadang-kadang celcom ni buat hal juga kat tempat aku. Sekejap ada 3G sekejap edge.
Pernah dengar pasal pertukaran SIM untuk celcom nie… Sebab sim lama dan baru ada perbezaan… Tak ingat dah apa dia perbezaanya :)
Pakai prepaid je senang…
Umobile pon same je….
Aku yg pakai sim kas baru pun ada masalah jugak. Line mmg lembab giler semenjak dua menjak ni
So skrg mcmana bro? Dah ok ke line?
Line dah ok dah sekarang lepas tukar simkad..
Sebenarnya, beberapa hari ni line Maxis dgn Digi pun ada masalah gak, aku pakai dua-dua line ni, satu postpaid dan satu lagi prepaid. Kejap ada, kejap tak ada. Macam ada sesuatu lak yang berlaku pada talian komunikasi negara …. hmmm …
tak sangka celcom juga ada masalah..
harap-harap ok la selepas tukar kad sim baru tu
simkad kalau dah lama atau selalu bukak simkad tukar ke handphone lain..lama2 dia boleh rosak juga.. huhu
lama gile rasanya aku tak pakai Celcom..ahaha
Bukan celcom jer.. DG pong kadang2 buat hal…
Ateh.. dah ok ke
Awek celcom yang tolong ambikkan gambar rupanya..ingatkan pakai tripod dan set timer..hoho..
Mesti budak kaunter cuak skit bila gambar dia kena snap…. tapi kalau awek kaunter confirm bro layan selfie kan… hehehehe
Kalau kat kaunter tu awek, memang dah selfie.. Keluarkan monopod terus.. Haha..
okehhh
dah okeh..sila habaq semula.
aku pakai okeh je nih..
lepas sebulan sila update status line, hehe…
Ok.. Lepas sebulan aku update balik status line.. Setakat ni line Celcom dah kembali ok lepas tukar simkad baru..
celcom.. oh celcom.. hehehe
Power ah.. dia bawak jurukamera peribadi ke mana-mana.. hehe
Mintak tolong awek Celcom ambikkan gambar tu.. Hehe..
Gua syak semua permasalahan yang mu hadapi ada kaitan dengan Lenovo yang mu gunakan…
Lenovo tak bersalah dalam kes ni bro.. Hahaha.. Lenovo aku ok je guna simkad Maxis.. Cuma celcom je yang buat hal.. Sebelum ni pun line Celcom ok takde masalah pakai kat phone Lenovo..
Harapnya masalah bro selesailah dengan Simkad baru… Kalau tak settle jugak, berubah lah ke U Mobile atau Digital lak. Hehe…
Setakat ni line dah ok.. Biasa kat akademi takde line.. Dah tukar simkad baru, line ok dah bila dok kat akademi.. Harap2 kekal ok macam ni lah..
Ada jugak fikir nak tukar ke telco lain.. Tapi dok fikir jugak bila balik kampung nanti.. Kat kampung line celcom je ada.. yang lain langsung takde line..
masalah la cenggitu… nanti kalau ada emergency pun payah… rasanya, semua line mcm tu… kadang elok, kadang xelok tgk coverage….