Bulan lepas aku surrender polisi medical card AIA yang aku ambil sejak tahun 2018. Sebab utama aku surrender atau batalkan polisi tu kerana repricing. Harga bulanan yang aku kena bayar semakin naik hampir setiap tahun.
Masa daftar dulu ejen aku tak bagitau pun tentang repricing ni. Sekarang baru aku tahu mana-mana pelan medical card memang akan berlaku repricing disebabkan inflasi sektor perubatan termasuk kos rawatan, ubat-ubatan dan lain-lain yang sentiasa meningkat.
Pelan medical card aku mula dengan bayaran RM227 sebulan. Dalam 1-2 tahun lepas tu harga naik sikit. Lepas tu naik lagi jadi RM288 sebulan.
Tapi aku tetap bayar macam biasa sebab fikirkan kepentingan medical card. Besar risiko dia kalau takda perlindungan perubatan zaman sekarang ni.
Kenaikan terbaru pada bulan Ogos 2024. Daripada RM288 terus naik banyak sampai kena bayar sebanyak RM402 sebulan. Naik RM114.. Melampau sangat kenaikan harga dia.
Masa tu aku dah mula rasa tak berbaloi nak teruskan bayar sebanyak tu. Harga makin naik, tapi jumlah perlindungan sama je, tak naik pun.
Kalau ikutkan situasi sekarang, pelan medical card yang aku bayar sejak 2018 tu jumlah perlindungannya tak mencukupi. Sebab medical card aku pelan lama. Kalau nak tambah perlindungan kena upgrade pelan baru.
Ejen Takaful Hilang
Sebab lain kenapa aku surrender polisi medical card aku, kerana ejen AIA yang aku jumpa dan daftarkan aku dulu dah “menghilang”. Dia bukan lagi ejen AIA. Tak tahu kenapa dia dah tak aktif. Dengar cerita dia ada masalah peribadi.
Aku ditinggalkan macam gitu je.. Takda siapa nak tolong bagi tunjuk ajar macam mana aku nak uruskan sendiri polisi medical card ni.
Bila ejen asal dah takda, secara automatik aku ditukarkan bawah ejen lain yang aku tak kenal siapa dia dan tak pernah jumpa pun.
Masa dapat tahu berlaku repricing lagi, aku contact ejen AIA tu minta dia tolong adjust bagi harga jadi murah sikit. Ada yang bagitau kita boleh kurangkan atau buang beberapa benda dalam polisi untuk turunkan harga bulanan. Kena buat melalui ejen.
Tapi ejen tu macam malas nak layan permintaan dan pertanyaan aku. Aku tanya soalan panjang, dia jawab sepatah-sepatah je. Dia cakap “semua orang kena repricing”. Lepas tu aku jadi tak tahu nak tanya macam mana lagi.
Dia pun krik krik krik.. Tanpa bagi apa-apa solution atau tunjukkan apa yang boleh dibuat.
Dah la kena bayar mahal. Ejen pulak tak nak layan aku. Langsung tak membantu.
So, lepas fikir panjang aku buat keputusan batalkan polisi medical card AIA ni. Aku pun tak pening kepala nak uruskan sendiri.
Pada 17/10/2024 aku pergi ke Menara AIA untuk surrender polisi medical card aku. Nak buat secara online pun boleh. Tapi sebab nak proses lebih cepat, aku terus pergi HQ dia.
Maka, tamatlah pelan medical card untuk perlindungan perubatan aku selama 6 tahun ni.
Nasib baik dapat surrender value. Takda la rasa rugi sangat. Duit surrender value tu aku guna untuk ambil pelan medical yang lain dan selebihnya aku buat pelaburan.
Proses Surrender Polisi Medical Card AIA
Di Menara AIA hari tu aku pergi kaunter dan terus bagitau “Saya nak surrender polisi“.
Staf kat situ tak tanya kenapa nak surrender. Dia cuma minta IC / Kad Pengenalan untuk buat semakan. Tak perlu isi borang. Guna IC je dia terus semak dalam sistem dan tengok polisi yang didaftarkan atas nama aku.
Lepas tu dia sebut nombor polisi medical card yang aku nak surrender. Aku sahkan polisi yang dia sebutkan tu dan dia terus buatkan proses pembatalan polisi.
Untuk pengesahan seterusnya, kena bagi kod TAC yang dihantar ke nombor telefon melalui SMS dan kena thumbprint guna alat biometric card reader.
Lepas tu, siap.. Tunggu je permohonan surrender polisi tu diproses. Kalau ada surrender value, dia akan bagitau berapa total amount dan nak masukkan ke akaun bank mana.
Proses surrender ambil masa lebih kurang 14 hari. Tapi aku punya dia proses tak sampai 14 hari pun. Dalam beberapa hari je terima email daripada AIA bagitau polisi aku dah ditamatkan. Selang beberapa hari kemudian, duit surrender value pula masuk akaun bank.
Rasa lega sikit dapat kurangkan komitmen bulanan. Tak perlu lagi keluar duit banyak untuk bayar pelan medical card yang mahal.
Sekarang aku ambil pelan medical WeKongsi yang jauh lebih murah. Bayar bawah RM50 je setiap bulan dan dapat perlindungan perubatan sehingga RM1 JUTA.
Korang ambil medical card apa? Kena repricing juga tak?