Akaun Perniagaan Maybank Current Account Disekat, Duit Dibekukan

Akaun perniagaan Maybank Current Account aku sekarang ni dah kena block semua akses oleh pihak Maybank. Tak boleh login app MAE dan website M2U. Semua disekat.

Maknanya akaun tu dah tak boleh digunakan lagi. Duit dalam akaun tu pun dibekukan.

Kali terakhir aku login akaun guna app MAE pada hari Khamis 26/09/2024. Esoknya hari Jumaat aku cuba login lagi nak tengok ada transaksi ke tidak. Sebab pada hari Jumaat tu app MAE tak keluar apa-apa notification daripada pagi sampai ke malam.

Selalunya setiap hari mesti ada beberapa notification orang transfer duit untuk beli topup dan bayar bil ONEXOX. Akaun bank tu aku guna untuk urusan bisnes telco ONEXOX je.

Bila aku login app MAE nak check transaksi, keluar error “Invalid Maybank2u ID”. Aku dah rasa lain macam masa tu. Aku cuba login di website M2U pulak, tengok ada tulisan besar “Your Account Is No Longer Active”.

Maybank Your Account No Longer Active

Aku dah cuba reactivate guna access number dan PIN tapi tetap tak boleh jugak nak login akaun tu.

Gila betul.. Dah la dalam akaun tu ada banyak duit bisnes aku. Akaun dah kena block, tak boleh nak keluarkan duit. Sekarang dah takda duit untuk buat urusan bisnes. Duit simpanan personal aku pun dah berkurang.

Buat Aduan Kepada Maybank

Hari Isnin aku contact Maybank buat aduan tak boleh nak reactivate akaun bank. Dia suruh pergi cawangan berdekatan. Aku pun pergi cawangan Maybank dekat dengan rumah aku.

Tapi staf Maybank kat situ tak boleh buat apa walaupun dia dah cuba tolong buatkan macam-macam cara. Dia suruh rujuk dengan Maybank home branch, cawangan tempat aku buka akaun dulu.

Jauh betul nak pergi sana. Tapi aku terpaksa pergi juga sebab fikirkan duit yang dah beku dalam akaun tu. Nasib baik cawangan Maybank tu dalam Selangor jugak. Tapi 1 jam lebih juga nak ke sana.

Di Maybank Ampang Point tempat aku buka akaun bisnes dulu, aku berurusan dengan seorang staf lelaki. Lama aku duduk dengan dia dekat kaunter tu nak selesaikan masalah akaun bank aku ni.

Dia tolong check akaun bank aku tapi dalam sistem tunjuk status akaun masih aktif.

Masalah sekarang ni aku tak boleh login app MAE dan website M2U. Jadi tak bolehlah nak buat apa-apa urusan yang perlu guna akaun tu.

Aku tunjuk kat dia error yang keluar semasa login. Lepas tu dia call siapa entah.

Punca Akaun Bank Disekat

Kemudian dia bagitau akaun bank aku sedang dalam siasatan. Terkejut aku dengar dia cakap macam tu. Siasatan sebab apa pulak?

Katanya ada 2 punca akaun bank aku disekat.

1. Akses Akaun Bank Dari IP Berbeza

Pelik juga macam mana IP berbeza terus kena block. Dia tanya aku, “Ada bagi akses pada orang lain tak?”

Selama ni aku sorang je yang selalu login akaun tu. Login guna app MAE dan website M2U dari telefon dan PC aku sendiri je. Tak pernah bagi akses pada orang lain. Isteri aku pun tak pernah login akaun bank aku.

Kalau ada guna VPN mungkin boleh jadi. Tapi aku tak pernah guna VPN.

2. Akaun Bank Ada Report Polis

Lagi satu yang pelik dari mana pulak datang report polis tu. Aku cuba check dalam sistem CCID PDRM, takda pulak rekod report polis atas nombor akaun bank aku.

Hasil carian sebanyak 11 kali. Ada orang pernah buat carian nombor akaun bank aku kat sistem tu kot sebelum transfer duit. Takut scammer. 11 kali carian tu termasuk aku sendiri. Tapi tiada report diperolehi.

CCID Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM
Hasil carian report polis pada akaun bank

CCID Portal ni aku selalu guna untuk check nombor akaun bank, nombor telefon orang, dan nama syarikat. Kalau ada report diperolehi, kena elakkan berurusan dengan orang/syarikat tu. Kemungkinan scammer.

Tapi aku bukan scammer. Kenapa ada orang report akaun bank aku pulak? Adoii..

Aku cuma buat bisnes jual simkad, topup, dan bayar bil je.. Tak pernah scam orang. Semua pembayaran melalui akaun bank tu aku dah proses. Orang beli topup, aku terus masukkan kredit. Orang bayar bil, aku terus bayarkan dalam sistem telco.

Bertahun-tahun aku guna akaun bank tu untuk bisnes tak pernah ada masalah. Tiba-tiba ada orang report. Memang sial lah siapa yang buat report tu.

Kepala otak aku dah stress sangat sekarang ni. Hasil pendapatan bisnes dah dibekukan. Tak tahu nak buat apa dah. Hari-hari aku cuba login dengan harapan dah dibuka sekatan pada akaun tu. Tapi…

Harap² kes akaun bank kena block ni sementara je dan dapat diselesaikan dengan segera. Jangan kena block selamanya dah la.. Duit aku dalam akaun tu macam mana nak dapatkan balik? Takkan hasil penat lelah aku selama ni hilang macam tu je?

Siapa pernah ada pengalaman kena macam kes aku ni? Cuba kongsi sikit..

13 Comments

      • masalah yang sama tapi saya akaun individu nak raya pulak ni adoi masalah betul…transfer masuk boleh je tapi nak keluar xboleh. Saya belum pergi maybank lagi call operator xmembantu dia suruh p tempat saya buka akaun, saya buka akaun di johor tapi duduk kelantan. biasa email maybank berape hari dia reply?

        • Boleh cuba email aduan ke:
          cfrm@maybank.com

          Saya email hari tu 1 hari je dia reply. Pergi branch maybank pun tak boleh buat apa kalau akaun kena block/freeze. Better email dulu nanti semua email akan ada rekod dalam sistem dia.

          Hantar email bagitau ada masalah dengan akaun, bagi details akaun dan nyatakan masalah apa. Tujuan buat laporan untuk dapatkan maklum balas dan tindakan segera daripada maybank berkenaan masalah akaun tu.

          • yang tuan punya maybank ada bagitau sebab kenapa ada sekatan? dekat mae keluar keluar invalid id bila masuk pin, bila diwebsite maybank no longer active. saya transfer ke akaun saya masuk je. h

            • Sebab akaun saya kena sekat:
              1. Akses dari IP berbeza
              2. Akaun ada report polis

              Bank akan bagi alasan standard macam tu je. Dia tak bagitau sebab sebenar akaun kena sekat.

              Bank ada hak untuk sekat mana² akaun pelanggan tanpa bagitau sebab. Kena berurusan dengan bank untuk buka sekatan tu.

              • kes tuan punya tu kena buat kad baru atau kad lama tu selepas siasatan selesai kena pergi maybank pula ke?

                • Maybank current account bisnes takda kad.. Akaun individu saya tak tahu kena tukar kad baru atau tak.

                  Kes saya lepas siap siasatan kena pergi home branch untuk reactivate akaun. Kalau kena pergi jugak nanti boleh tanya terus pegawai maybank pasal kad tu.

  1. Berapa lama selepas tuan email baru dilepaskan akaun tuan? Adakah maybank bereply email dengan tuan dan terus dilepaskan..
    Dan tuan dapat notifikasi tak apabila akaun dilepaskan..

    Maaf banyak tanya saya juga baru kena.. Dah call dan ke branch mereka hanya suruh unggu dan tunggu…

    • Maybank reply email tu. Tapi dia tak unblock terus akaun bank. Kena tunggu habis siasatan jugak.

      Dalam email yang Maybank reply, dia cuma bagi tarikh akan dapat keputusan siasatan. Lebih kurang dlm 2 minggu lepas saya hantar email aduan tu.

      Kalau kena kes sama, better buat urusan melalui email je. Buang masa pergi branch sebab branch pun tak boleh buat apa untuk kes dalam siasatan.

      • keputusan tu macam mana tuan?..kena buat something ke boleh log in macam biasa ke? sy dah buat maybank da reply dan suruh sy tunggu lagi beberapa hari ni genap 2 minggu..terima kasih tuan banyak bantu..

  2. Salam tuan. dah ada solution ke utk akaun syarikat kena block ni. Saya pun kena mcm ni jgk skrg. Dh try call customer service xdpt buat. Belum pegi branch maybank lg.

    • Waalaikumussalam.. Akaun maybank saya dah dapat balik. Maybank dah unfreeze bulan lepas.

      Kalau ada masalah sama, boleh buat aduan melalui email, hantar ke: cfrm@maybank.com.my (unit aduan maybank)

      Isu akaun block / freeze ni customer service tak boleh buat apa. Pergi branch pun sama jugak, dia akan suruh tunggu habis siasatan sampai dapat keputusan dari pihak bank.

      Cuba buat aduan melalui email cfrm tu. Dalam email bagitau details akaun kena block, minta penjelasan kenapa kena block, dan mohon bank aktifkan semula akaun tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *