Layan lagu dengan AIMP Free Audio Player

Seperti mana yang korang dah baca di entri “Software Yang Ada Dalam Laptop Saya“, aku ada nyatakan sekali Audio Player yang aku guna.

Sebelum ni dah cerita tentang Video Player. Kali ni tentang Audio Player pulak. Audio Player atau Music Player dah tentu la untuk mainkan MP3, dengar lagu-lagu yang best.

Biasanya, kalau masuk bab music player atau pemain lagu, orang lebih banyak menggunakan Winamp. Tu daripada apa yang aku nampak la. Mungkin ada music player lain yang korang suka guna kan?

Tapi bagi aku, Winamp dah lama aku buang jauh-jauh sebab aku dah jumpa music player yang aku suka. Sampai sekarang aku layan lagu dengan music player ni – AIMP Audio Player.

Aimp3 Free Audio Player

AIMP Audio Player

AIMP Audio Player keluaran negara Russia ni dah masuk versi yang ketiga tapi masih di peringkat Beta (Test Version). Aku start guna AIMP untuk dengar lagu best sejak dari versi kedua yang biasanya orang tulis dengan nama AIMP2.

Oleh sebab ianya dah masuk ke versi ketiga, so jadi lah AIMP3.

Kelebihan AIMP Audio Player

  • Ianya PERCUMA
  • Support format audio yang banyak – MP1, MP2, MP3, MPC / MP+, AAC, AC3, Ogg, FLAC,APE, WavPack, Speex, WAV, CDA, WMA, S3M, XM, MOD, IT, MO3, MTM, UMX
  • 18-band EQ dan built-in sound effects
  • Fungsi dan Interface yang menarik
  • 32-bit audio processing – menghasilkan sound yang berkualiti
  • Penggunaan ‘multiple playlists’ dalam satu masa
  • Sokongan untuk peningkatan fungsi modul yang membolehkan kita menambah ciri baru dan memperluaskan yang sedia ada; plugins seperti Input, Gen, DSP dari Winamp
  • Boleh set time untuk matikan komputer
  • Radio Online
  • Saiz program dan penggunaan memori yang kecil
  • Audio Converter – Membolehkan kita menukar format fail lagu dari pelbagai format ke format WMA, MP3, WAV, OGG
  • Audio Grabber – Membolehkan kita menukar format AudioCD (CDA) dalam MP3, OGG, WAV atau WMA
  • Perakam sound – Membolehkan kita merakam suara daripada peranti audio pada sistem dan simpan sebagai MP3, OGG, WAV dan WMA
  • Tag Editor
  • Pengurus Audio – Membolehkan kita menyusun fail-fail lagu dengan mudah tanda mendengar audio

Download AIMP Audio Player

 
Bagi yang suka tukar-tukar skin, boleh pilih dan download skin yang korang suka di Laman Web AIMP atau Deviantart.com.

Atau boleh juga download AIMP Skin Editor untuk buat skin korang sendiri.

33 Comments

  1. wah! tak prasan yg versi 3 dah kuar! sblum ni pakai aimp2. aimp ni mmg dah bagus da! cume x leh nak support video pulak.. :tongue:

  2. aku merupakan pengguna tegar aimp2 hehehe….mana pc or lappy yang aku guna…tak kira kawan nyer ker (zaman study) mmg aku sedut aimp2 dan pasang kat pc dorang…tak lama kemudian winamp berjaya dihapuskan sama sekali…

    winamp nie semak jer…huhuhu

    p/s: aimp3 tue dalam versi beta kan?

  3. Dah lama tak layan lagu kat atas komputer aku ni sejak terpaksa buang koleksi 10Gb lagu tahun lepas, skang ni ada 2-3 lagu jer tinggal atas komputer. Sebelum ni memang biasanya guna winamp, pasni lerh aa try yang ni plaks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *