Kacakkan Facebook Profile Dengan Mudah

facebook profile lebih kacak

Rasanya ramai yang dah mula pakai Facebook Profile dengan interface baru, kan?

Sebelum ni ramai jugak yang bising, maki hamun, mengamuk tak tentu pasal, tiba-tiba jadi anti-Facebook, dan sebagainya sebab diorang cakap Facebook Profile interface baru tu tak best. Nak undo balik tukar ke interface lama dah tak boleh. Lepas tu mengamuk.

Tapi selepas tips rahsia mencantikkan Facebook Profile dah didedahkan dan dikongsi secara rakus di internet, semua pakat sibuk mencantikkan Facebook Profile masing-masing.

Aku pon baru je tukar interface Facebook aku.

Sebelum ni aku dok perhati je luahan rasa ketidakpuashatian pengguna-pengguna Facebook yang lain. Lepas rahsia cantikkan Facebook Profile dah terdedah, semua sibuk buat entri cara-cara mencantikkan facebook profile dengan penuh kreatif.

Tu pon masih tak dapat menarik minat aku untuk tukar ke Facebook Profile interface baru sebab nak kena potong-potong gambar, upload cebisan gambar yang dah dipotong, kemudian tag gambar-gambar tu sebab nak bagi tersusun rapi di muka depan Facebook Profile. Malas betol nak buat semua tu.

Beberapa beberapa hari yang lepas (beberapa hari sebelum tahun baru 2011), aku cuba bertukar ke Facebook Profile baru sebab terjumpa aplikasi Facebook yang boleh mudahkan lagi langkah-langkah jadikan Facebook Profile lebih kacak.

Aplikasi Facebook yang aku maksudkan tu adalah Facebook Profile Maker. Meh ikut panduan ringkas bagaimana nak kacakkan Facebook Profile korang dengan menggunakan aplikasi Facebook Profile Maker ni.

Cara Kacakkan Facebook Profile dengan FB Profile Maker

Kita mulakan dengan masuk ke laman kemudian tekan ‘Allow’ untuk memberi aplikasi tu akses ke halaman Facebook korang. Cara yang sama jugak macam korang jawab-jawab Quiz, main games CityVille, FarmVille, Mafia Wars. Mesti nak kena tekan ‘Allow’ dulu kan?

Facebook Profile Maker hanya menggunakan 3 langkah mudah untuk membolehkan korang hasilkan Facebook Profile yang lebih kacak dan cantik iaitu dengan hanya Upload, Design dan Create. Siap!

cara mencantikkan facebook profile dengan profile maker
Langkah-langkah cantikkan Facebook Profile dengan FB Profile Maker

  1. Upload
    Langkah pertama, tekan button “+ Upload Photo” untuk upload gambar yang korang nak guna untuk dijadikan gambar utama Facebook Profile korang.
     
  2. Design
    Langkah kedua, adjust kedudukan gambar ikut suka hati korang bagi gambar tu berada di kedudukan yang korang rasa sesuai.

    Biasanya, ada Facebook user yang nak letak perkataan di ruangan gambar-gambar kecik yang ada kat sebelah kanan. So, bolehlah gerakkan gambar bagi perkataan tu berada di ruangan yang sepatutnya.

    Fungsi zoom out dan zoom in juga disediakan untuk korang adjust saiz gambar.
     

  3. Create
    Langkah ketiga dan terakhir, tekan button “Create Profile” kemudian tunggu hingga proses yang dijalankan tu selesai. Kemudian korang akan diarahkan untuk setkan gambar yang dah buat tadi sebagai gambar utama. Ikut je arahan yang diberitahu.
     

Di bawah ni adalah screenshot contoh Facebook Profile aku ketika dibuat menggunakan Facebook Profile Maker. Sorry sebab tak dapat nak buat screenshot step-by-step sebab time tulis entri ni aku tengah kejar masa. Korang pandai pandai la ikut step yang diberitahu ek..

Senang je. Bertindak mengikut arahan!

Langkah-langkah buat facebook profile lebih kacak
Interface Facebook Profile Maker

Rasanya dengan menggunakan Facebook Profile Maker ni lebih mudah untuk kacakkan Facebook Profile korang. Tak payah susah-susah nak upload satu-satu gambar, tag gambar.

Dengan aplikasi ni, tak sampai 5 minit korang dah boleh jadikan Facebook Profile korang lebih kacak dan cantik. Hias dengan menggunakan kreativiti korang sendiri. Orait?

54 Comments

  1. aritu profile aku tukar sendiri ke profile baru padahal aku tak tukar pun…tak dapat la aku nak guna profile lama lagik

  2. waktu aku tgk reramai buat profile FB mcm ni aku dok terfikir rajin tul depa ni potong2 image..hahahaha..sengal tul

    • @catzer, pada mulanya memang kene potong2 image.. manually.. memang malas la nak buat kan.. hehe.. tapi lama lepas tu ada plak yg rajin keluarkan apps yg boleh generate kerja2 potong gambar.. bagus jugak.. memudahkan kerja..

  3. thanx a lot bro.. orang-orang tak reti Pthoshop macam sya ni mmg pening nak buat benda tu.. buat masa sekarang inilah cara yang paling mudah yang saya jumpa thanx for sharing ..

  4. nice one! lagi senang kot HAHA :biggrin:
    first time jumpa tutorial kt youtube, masa tu xfamous lg org tukar2. tp mcm malas nk buat sbb nmpk complicated. smpai skrg lepas rmai buat pn rasa mls nk buat. tp dh ada apps ni blh lah try. xde lah cm complicated sgt kn. thanks! :cool:

  5. weee.. tetibe aku rasa nak try play profile fb yang baru tue.. kreatif gak kalo buat croppings cam tue.. hehe, selamat tahun baru anarm..

  6. Owh.. Boleh try nih.. Baru je tahu.. Thanks for sharing… Lepas ni lag kacak lah walaupun dah kacak..hu3

  7. mmg orang yang buat ni bagus. memudahkan kerja orang lain :D

    tapi fenomena tukar pict ni mcm dah slow sikit. kalau awal2 dulu mesti hot app ni

  8. Banyak-banyak tutorial yang pernah aku jumpa fb interface ni, aku rasa ini yang bagi aku senang nak ikut.

  9. Dah lama tak masuk ke facebook, even interface baru tuh pun sekadar tgk kat facebook isteri jer. Bagus gak erk ada tools untuk adjustkan pic tuh untuk kita. Mungkin pasni lerh aa login nak kemaskan profile…

    • @bistari, design gambar kita kene buat sendiri.. tu pon kalo nak letak teks atau apa2 kat kotak2 kecik tu la.. kalo taknak, bleh upload gambar yg nak pastu drag je ikut kedudukan yang kita nak.. pakai apps ni nanti die tolong crop pastu tolong susunkan..

    • @lau, dari apa yang aku baca, guna piccut kita kena save, create folder, upload, tag diri sendiri.. macam banyak keje.. pkai apps Profile Maker ni semua auto.. kita buat 3 langkah yg aku tulis dlm entri ni je + set primary pic.. folder die auto create, tag pon auto, siap tlg susun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *