Daum PotPlayer – Media Player Pilihanku

Best free media player

Merujuk pada entri “Software yang ada dalam laptop saya (Windows)“, dalam kategori Multimedia aku ada senaraikan sekali media player yang biasa aku guna untuk tengok movie iaitu GOM Player.

Secara keseluruhannya, GOM Player amat memuaskan hati aku. Cuma ada beberapa format video tak boleh play dengan baik (tanpa suara) sebab tiada codec.

Kena install K-Lite Mega Codec baru dapat mainkan semua format fail video dengan sempurna.

Sebenarnya ada media player yang sedia terpasang dengan semua codec yang diperlukan. Contohnya seperti VLC Media Player, KMPlayer, Kantaris, SPlayer dan banyak lagi.

Aku suka dengan KMPlayer tapi performance dia sangat menghampakan. Video asyik tersangkut. Kadang-kadang aku terpaksa matikan proses untuk tutup fullscreen. Kadang-kadang terpaksa reboot.

Baru-baru ni aku cuba Daum PotPlayer. Sehingga hari ni, aku berpuas hati sangat dengan performance dia dan rasanya aku dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada GOM Player dan K-Lite Mega Codec.

Daum PotPlayer default skin
Default skin PotPlayer dengan logo yang aku dah edit. Hehe.

Daum PotPlayer pengganti KMPlayer

Selepas KMPlayer dijual kepada Pandora TV, penciptanya, YoungHuee Kang mula bekerja di Daum.net, sebuah laman rangkaian video Korea dan membina semula KMPlayer dengan nama PotPlayer.

Media Player yang berasaskan ffmpeg ni kalau korang tengok interface dan fungsinya memang sama seperti KMPlayer. Cuma ianya dikodkan semula, diperbaiki dan ditambahbaikkan dengan performance dan fungsi yang lebih stabil.

Ramai yang cakap PotPlayer merupakan KMPlayer yang telah dinaik taraf, tanpa sebarang performance yang annoying dan masalah playback yang kerap berlaku pada aku sebelum ni dan mungkin juga pada orang lain.

Ianya datang dengan internal decoders, mampu memainkan apa saja jenis fail video, mempunyai internal DXVA video codecs (H.264/AVC, VC-1, MPEG2) dan EVR. Kualiti video sama seperti KMPlayer di mana aku sendiri pon tak dapat sangkal yang ianya memang bagus.

Daum PotPlayer secara rasminya hanya support bahasa Korea. Tapi ada di kalangan penyokong pembangunannya dah translate jadikan versi English. Bagus betul.

PotPlayer ni sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Sentiasa aktif.

So, bagi korang yang gemar dengan KMPlayer dan bagi yang saja nak try tu boleh la download Daum PotPlayer ni.

Download Daum PotPlayer

40 Comments

  1. fuhhh byk beb player yang ada dlm lappy aku ni.. ada 5 player.. tapi ada certain2 movie tu.. bukan semua player leh mainkan movie ni..

  2. hoho…menarik ni…aku nak cubalah…dah segala bagai mencuba ni…lelama corrupt aku nyer hard disk…haha…GOM aku mmg tak pakai dah…aku duk pakai k-lite je skg ni kat windows…ni dah ko share…aku kena try gak la…ko kan master…hehe

    • @Mohd Isa, master la sangat.. hahaha.. aku baca review kt blog2 oversea, diorang ckp potplayer ni the new king of media player.. tu yg aku tertarik tu.. jomphp pon ckp potplayer ni best.. die lagi master.. huhu

  3. Boleh main file rmvb dan juga mkv tak Anarm?
    Kalau ye aku download .
    Aku pakai VLC asal bile forward jek die Crashed!!!
    Geram betu!!

    • @Nizam6281, sama la.. aku pakai VLC time forward pn die crash.. takpon sangkut.. potplayer mkv bleh main.. rmvb aku tak test lg sbb aku tak berape layan fail rmvb.. huhu.. kalau rmvb takleh main, ko donlod n install Real Alternative.. comfirm fail rmvb bleh main lepas tu..

  4. aku pakai KM Player + K Lite Mega Codec, takat ni puas hati la, Daum ni lagi ok ka? ok nanti try :ninja:

    • @Rjuna, Daum PotPlayer = KMPlayer yang dinaiktaraf.. developer dia org yg sama.. lepas Pandora TV beli KMPlayer, developer tu tukar keje tmpt lain, rebuild dan improvekan KMPlayer jadikan Daum PotPlayer..

  5. memng best ney..
    selama ney aku guna GOM..ringan dan dan simple..
    tapi ada format yg takleh support…
    mungkin DAUM menjdi penyelesaianyya.. :biggrin:

    • @GM, aku suka jugak VLC.. tapi nak buat macam mana, laptop aku tak sesuai pakai VLC kot.. asyik sangkut2, jem.. tapi kat Ubuntu aku pakai VLC.. takde masalah plak.. pelik :unsure:

  6. aku masih menggunakan KMPlayer. GOM Player dah download cuma belum install.

    KMPlayer memang bermasalah. tunggu melangok dia buffering, tengok-tengok tak boleh play. hangit betul. kalau KMPlayer bermasalah, baru guna VLC Player.

    • @nasih, aku pon hangin jugak dengan KMPlayer.. haha.. PotPlayer ni macam KMPlayer.. developer dia pon orang yang sama.. tapi Pot ni lagi better dari KMPlayer.. try la.. :happy:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *