Tahun 2010 dah hampir ke penghujungnya. Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutup tirainya dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis yang dah berlaku sepanjang tahun ni.
Peredaran masa yang cukup pantas bagi aku. Rasa macam baru je sambut kedatangan tahun 2010. Pejam celik pejam celik, dah pun sampai penghujung tahun.
Memori Tahun 2010
Kalau nak diceritakan balik di blog, mungkin tak cukup setakat 1 atau 2 entri. Tapi kalau asyik cerita tentang benda-benda yang dah lepas, nanti pelawat blog boleh rasa bosan pulak.
Apa kata kita sematkan sahaja semua tu dalam ingatan dan hati kita untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan kita di masa hadapan.
Mungkin ada di kalangan kita yang dah pun jadi blogger berjaya pada tahun 2010. Congratulation!
AnarmNet di Arena Blogging
Kedatangan tahun 2011 membawa blog ni masuk ke tahun yang ke-2 dalam dunia internet. Secara tak langsung dah memberi aku pengalaman blogging selama lebih kurang 3 tahun (hampir setahun menggunakan Blogspot + 2 tahun menggunakan WordPress).
Sepanjang 3 tahun membabitkan diri dalam dunia blogger, banyak benda yang dah berlaku untuk membolehkan aku sampai ke tahap sekarang. Perjalanan pun masih jauh lagi.
Aku dah nampak geng-geng otai blogger tengah melambai-lambai tangan menanti kedatangan aku di puncak sana. Hoho..
Tahun pertama hidup sebagai seorang blogger, mungkin ramai yang tak perasan kewujudan aku. Hanya menggunakan Blogspot yang kebanyakan orang anggap sebagai laman blog cap ayam.
Tetapi dengan brand cap ayam tu la aku banyak belajar perkara-perkara tentang blogging, cara menulis entri, cara blogwalking, bermain ilmu SEO, dan lain-lain hinggalah aku mengenali WordPress dan mampu miliki domain serta hosting sendiri seperti sekarang.
Blogger Tipu Keyword
Komuniti blogger semakin hari semakin bertambah. Satu fenomena yang sangat membanggakan. Bertambah ramai la rakan online kita.
Cuma rasa sedikit tak puas hati dan bengang. Blogger sekarang ni ramai yang terlalu ghairah mengejar ranking blog, takhta, duit pengiklanan, populariti, dan sebagainya.
Gara-gara nak mengejar semua tu, SEO disalahgunakan. Entri dan keyword kadang-kadang tak berkait langsung dengan apa yang disampaikan dalam entri.
Ya, memang tu blog korang. Korang punya pasal la kan. Tapi yang buat aku geram, dah banyak kali aku google bahan untuk buat kerja tapi asyik terjumpa blog-blog yang takde berkongsi langsung bahan yang aku tengah cari. Keyword je semata-mata.
Tak ke dipanggil menipu namanya tu? Macam mana kalau korang buat duit dengan blog tersebut? Apa hukumnya pendapatan yang korang perolehi tu? Internet boleh punah jahanam kalau ramai orang macam ni jadi blogger!
Azam dan Tahun Baru
‘Azam’ adalah perkataan yang sinonim dengan tahun baru. Setiap kali menjelang tahun baru, semua pakat tanam azam masing-masing.
Ada yang berazam nak tukar gaya dress up, nak buat rambut pacak-pacak, berazam cari awek kaya, nak pakwe badan tough, berazam nak study lebih tekun dan rajin, berazam nak pindah dari Blogspot ke WordPress, nak kahwin, buat anak banyak banyak, nak berhenti merokok, dan sebagainya.
Bagi aku pula, azam aku tetap sama macam azam tahun-tahun lepas, nak berhenti merokok! 5-6 tahun berturut-turut masih gagal untuk sempurnakan azam tu. Haha.
InsyaAllah aku akan cuba lagi untuk tahun 2011. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kan? Kan?
Tahun 2011 ni ada buat tambahan azam sikit. Berazam nak berjimat cermat, kerja dengan lebih fokus dan penuh komitmen, di samping nak pergiatkan lagi aktiviti buat duit melalui internet yang sedikit ketinggalan sejak kebelakangan ni.
Cukup sampai sini jela aku membebel. Semoga azam-azam korang semua berjaya dicapai dan disempurnakan. Teruskan usaha untuk berubah daripada yang buruk kepada yang baik, tapi jangan jadi yang sebaliknya.
Akhir kata, Happy New Year 2011 buat semua rakan online AnarmNet. Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011. Salam tahun baru. Happy blogging!
selamat tahun baru bro..
azam aku yang lepas banyak dah kot yg settle
azam kali ni fokus banyak sikit dalam dunia blogging ;D
selamat tahun baru anarm
@mrs jamal, selamat tahun baru jugak.. mekasih sbb lawat dan komen kat blog ni.. :happy:
Selamat tahun Baru abg.. harap menjadi la ye azam tu.. jgn azam tinggal azam lak, pastu forwrd ke tahun depan lg.. huhu
Jom pi beli NiQuitin :whistle:
@suraya, yelaa.. tahun ni buat btol2.. samat tahun baru syg.. :happy:
selamat tahun baru bro anarm , harap2 berjaya lah nak benti isap rokok tuh ek.. hurm..
@zik, selamat tahun baru.. harap2 tercapai impian tahun ni.. insyaallah..
selamat tahun baru sifu!
oh, setakat ni penipuan keyword tu tak ada lagi……….maybe.. :P
btw, suka gile guna style box tu…hehe
@MuJE, selamat tahun baru jugak.. kalo bleh elakkan penipuan keyword.. jadi blogger yang jujur.. baru mantap.. huhu..
style box? style box yang mane tu? yg buat ‘alert’, ‘info’, ‘note’, ‘download’, apa sume tu ek?
tahun 2010 banyak kenangan bagiku. tahun 2010 gak aku kenal anarm.
sori la anarm sebab aku jarang komen.
@RozaniGhani, 2010 jugak aku kenal ko.. hehe.. takpe tak komen.. tak wajib pon.. tapi kalo komen, dihargai sangat2.. :happy:
Selamat Tahun Baru, moga bertambah maju anarm.net :)
@GreenLava, selamat tahun baru.. terima kasih.. semoga blog rakan2 juga akan bertambah maju..
adakah aku diantara mereka2 yang memanipulasikan keywords? oh tidak. kadang aku tak sedar kalau aku buat macam tu. maklumlah,baru nak berjinak2 dengan dunia blog ni….
neway, selamat menyambut tahun baru bro. rupanya ko ni perokok gak erk. meuhehe…sama daaaa…
@Amry, memanipulasi keyword tu memang takleh lari dengan dunia blogger.. cuma kena pandai sesuaikan keyword dengan entri yang ditulis.. keyword tak semestinya hanya pada tajuk entri.. dalam entri, pada tag, label, perkataan yang bold, tu semua adalah SEO, bende yang akan dikumpul dan dibaca oleh spider kepunyaan google.. bila dah disalah tulis, yang sampai ke google search engine pon akan jadi info yang salah..
Selamat tahun baru anarm… :w00t: :w00t: :w00t: :w00t:
tahun 2010 tak banayk yang erubah pon…same jek….heeee
hope thn depan 2011 ni akan bg kenagnagn yang lebi indah…lebih baikdari tahun2 yg sudah kan..
nak akwe jgn lupe jemputyer heee tetibe…. :happy: :happy: :happy: :happy:
@eiyda, selamat tahun baru, awek.. hak3.. semoga perjalanan hidup tahun 2011 lebih baik drpd tahun 2010.. amin~
hehe. betul ada gak tajuk lain dengan entry, hampeh.
patut tambah satu lagi, bukan takat keyword kurang senonoh untuk artikel keagamaan, tetapi ada gak guna gambar kurang senonoh kot.
@Affan, gambar kurang senonoh tu memang tak dinafikan.. huhu..
@Anarm, nak kawin bila anarm. ehe
@Affan, erkk.. satu persoalan yang aku sendiri tak dapat nak jawab.. NEXT!! haha.. :lol:
@Anarm, haha. soalan mesti jawab.
@RedBoys, ada2..si saigitirus atau dikenali sue kowt..haha
first of all, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru bro. aku tertarik dengan isu keyword yg tiada kena-mengena dengan entri, sungguh memalukan buat macamtu. tambahan pula, hendak sampaikan isu agama. tapi diselit pula dengan benda yg tak senonoh, makukan trafik mencanak. income la kononnya, tp tidak mengerti hukum halal dan haram. harap, blogger-blogger kita memahami isu hukum di dunia internet ni. salam… :)
@Mohd Isa, selamat tahun baru 2011 jugak.. aku tulis isu keyword tu sebab aku ada jumpe beberapa blog yang buat macam tu.. menyimpang.. aku ni jenis bukan sekadar blogwalking je.. aku suke tengok keyword2 yang entri tu pakai, link yang dikongsi, ayat2 yang ditulis.. tu yang rasa tak buat hati tu.. hehe..
@Anarm, baguslah ko ni, aku tak pandang sgt keyword tu. sbb aku blogwalking pun blog member2. klu tak kena baru aku tegur.
yang pasal SEO tu, malas aku nak amek tahu. aku blogging suka-suka, dan jugak sambil tambah ilmu pasal html code, basic nak buat web page, etc. kalau ada orang datang baca blog, alhamdulillah. kalau takde, takpe lah. takde sampai nak kejar ranking apa semua.
isi entri blog pun aku cuba untuk letak sebanyak ilmu yang aku rasa boleh dimanfaatkan pembaca. kadang2 tu ada la kan entri personal.
anyway, semoga rezeki ko terus murah untuk tahun depan bro. :)
@nasih, sama la macam aku.. blogging berlandaskan niat nak belajar tentang web, blog, html, css, etc.. aku dulu pon jenis main hentam je masuk keyword apa2 pon.. kadang2 takde kaitan dengan entri.. huhu.. tapi sekarang ni rasa lain macam pulak kalo buat camtu.. jadi blogger kita nak kene jujur.. kalo tak, boleh rosak dunia blogger, dunia internet ni..
Memang payah nak pasti kan SEO dari title, description, content dan keyword seiring. Memang satu cabaran sebenarnya
@akubiomed, betul tu.. tapi kita sebagai owner blog, aku rasa semuanye senang kalau kita paham apa yang kita tulis, apa yang kita nak sampaikan, apa yang kita nak kongsi dengan pembaca.. cuma jangan terlalu terikat dengan mentaliti nak buat duit dengan blog.. bila otak dah fokus pada duit, macam2 boleh jadi..
Tu le kadang2 keyword melampau-lampau kelucahan dlm entri plak konon2 nak beri nasihat..
nak bermain keyword pun agak2 lah..
eh ada tak keyword aku yang terkena kat ko? tapi aku tak main keyword panas2
@zool, kengkadang, entri nasihat, tapi letak gambar bukan2. hoho. tajuk pun nak catchy. haha~
@aman,
Tajuk catchy macam ni ke
““Konsert Double Trouble Gila Best.. Boleh Peluk-peluk, ramas-ramas.. arghhh”,
“Saper Tak Suka Mandi Bogel”, “Gua Suka Masuk Lubang”, “Perempuan Gesel-gesel Tapi Gua Tak Stim”, “POTONG CONEC”
Hahaha
@Nizam6281, hahaha.. pastu intro dlm entri, “gempak tak tajuk?”, “saje je tulis camtu, tak tau nak tulis tajuk apa”, “maaf, tajuk hanya hiasan semata2”.. semua tu bullshit!!
@Anarm,
:tongue:
Ada kat OhXOXO.Com hehe
Gaduh lah kejap lagi hahaha
@Nizam6281, blog sape tu? permalinks pon tak setting cun lagi.. kih3.. biar la die.. taknak ah gaduh2.. buang masa..
@Nizam6281, haha. blog sapalah tu. :devil:
@zool, aku tak tuju kat sapa2.. kalo ade yang terasa tu, sila2 la ubah sikap.. huhu.. diorang bukan setakat main keyword2 panas je.. tapi main keyword yang tak berkaitan dengan entri.. contohnya macam tulis entri makan2, tapi pakai keyword ‘tgh berak’.. kan takde kaitan tu.. + tak senonoh berak sambil makan.. hahaha..
harap komuniti blogger akan lebih matang, dan tidak lagi hanya mengejar duit semata-mata. =) selamat tahun baru abang anarm. sama-sama melangkah ke tahun baru yang lebih baik lagi. yayy~ :heart:
@aman, yup.. semoga komuniti blogger dapat berblog dengan lebih matang.. walaupun usia masih tak matang.. kih3.. selamat tahun baru encik aman..