Ada satu game menarik di Lazada yang aku suka main sekarang ni iaitu Lazland, game tanam padi. Setiap hari aku mesti buka aplikasi Lazada, bukan untuk online shopping tapi untuk main game ni. Kadang-kadang je aku shopping kat Lazada.

Apa yang best dengan game Lazland ni sebab kita bukan sekadar main game semata-mata, tapi boleh dapat hadiah sekampit beras 1 kg percuma! Kualiti berasnya pun elok. Beras putih jenama Mewah.
Setakat ni dah 5 kali aku dapat beras percuma dari game Lazland. Maknanya dah 5 kg beras aku dapat. Sekarang tengah tunggu nak menuai hasil padi buat kali ke-6 pulak.

Cara Main Game Lazland
Cara main game Lazland ni mudah je.. Apa yang perlu dibuat adalah siram padi setiap hari menggunakan air yang ditadah dan air yang dapat selepas buat ‘Daily Mission’.
Bila padi dah matang, bolehlah tuai hasilnya. Tapi kena tuai padi tu sebanyak 15 kali baru boleh tebus beras 1 kg percuma. Penghantaran pun percuma.

Proses untuk tuai padi sebanyak 15 kali tu ambil masa antara 1–2 bulan. Aku main sambil² mengisi masa lapang je.. Setiap 1–2 bulan dapat beras percuma kira ok lah daripada tak dapat apa-apa.
Kalau invite kawan-kawan main game ni juga dan ada buat pembelian di Lazada, akan dapat tambahan air untuk siram padi. Air banyak cepat sikit boleh tebus beras percuma tu.

Jom main game Lazland dan menang beras 1 kg percuma!
https://s.lazada.com.my/s.hQkOE