Update Status Facebook Secara Auto

Baru-baru ni kecoh dengan berita kononnya Facebook akan ditutup. Semua user yang fanatik dengan Facebook dah macam meracau tak tentu pasal bila dengar atau terbaca status Facebook berkenaan berita panas ni.

Bagi aku pulak, pertama kali aku baca tentang berita tu, aku dah tergelak. Kalau tak percaya, tanya Encik Jaws kita. Beliau saksi di tempat kejadian.

Update Status Facebook Secara Auto

Lupakan kisah Facebook nak tutup tu. Dah basi kot. Ok!

Entri kali ni berkait dengan Facebook jugak iaitu “Kemaskini Status Facebook Secara Auto“. Benda ni merupakan satu laman web yang boleh dihubungkan dengan Facebook dan Twitter.

Aku terjumpa web ni time tengah mengexplore aplikasi-aplikasi yang ada di Facebook.

Pada mulanya, saja nak mencari aplikasi Facebook yang boleh buat connection antara Facebook dan Twitter supaya jadi lebih menarik (selain Selective Tweets yang aku pakai sekarang).

Aku ni Twitter user yang boleh dikatakan tegar jugak la. Update status Facebook pun dari Twitter je. Memang lebih gila menggunakan Twitter berbanding Facebook.

Tapi masih juga memerlukan Facebook untuk lakukan kerja-kerja buat duit di internet. Err… Panjang sangat dah intro ni.

LaterBro.com

Update Status Facebook Dengan LaterBro

LaterBro.com merupakan laman web yang membolehkan kita buat schedule untuk update status Twitter dan Facebook. Schedule di sini bermaksud kita setkan masa untuk kita update status.

Contohnya, kita setkan pada jam 9:00 pagi untuk update status di Facebook dengan ucapan “Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Apa khabar?”.

Kemudian, bila dah tiba jam 9:00 pagi, LaterBro akan hantar status kita tu ke Facebook.

schedule facebook status dengan laterbro.com
Contoh status Facebook yang diupdate dengan LaterBro.com

Secara ringkasnya, status tu akan diupdate mengikut jadual yang kita dah buat. Tambah menarik lagi, schedule status tu kita boleh setkan untuk dihantar setiap hari, setiap minggu, setiap tahun, setiap…..

Semua akan auto update mengikut tarikh dan masa yang kita tetapkan. Korang tengok sendiri lah kat LaterBro.com. Lepas ni boleh la buat projek ternakan spam kat Facebook.

Untuk digunakan pada Twitter pula, setahu aku Twitter sekarang ni dah tak izinkan kita buat auto tweet. Setakat ni aku masih belum cuba lagi ke atas akaun Twitter aku. Takut jugak kalau langgar syarat yang dah ditetapkan, nanti tak pasal-pasal akaun Twitter aku kena suspend.

Kalau korang nak cuba, dipersilakan. Apa-apa kesan buruk yang berlaku adalah atas tanggungjawab korang sendiri ye.

Selamat bersosial di dunia online. Jangan tersalah update status pulak.

Hati-hati. Zaman sekarang ni orang banyak makan duit saman. Saman seringgit dua tu takpe lagi. Kalau 6 juta?? Duit banyak tu dah boleh buat kawin 4.. Erkk..

PS: Korang rasa LaterBro.com ni ada kena mengena tak dengan Bro Framestone?

39 Comments

  1. terbaiklah anarm,mcm2 ada dlm blog anar.net ni.

    *Thumbs up geng…

  2. Uishhh….ni kaki2 spammer ni cukup minat kalo tau info nih….huhuhhu

  3. ko mmg pun penguna twitter yang tegar.. kenal ko pun lalui twitter..
    twitter ade twuffter.com..

  4. menarik.
    aku set..
    ubuntu <3..ehehe

  5. wahh teknik bagus ni tapi jangan set spam sudahlah..nanti org menyampah pulak dengan kita

  6. huhu, macam la, aku teringan nk buat autopost, just set time jekan, xpyh susah2 btol x? takut juga kalau du banned. merana tak sudah, hehehe

  7. pergh, menarik ni. bolehlah aku set setiap minit. haha

  8. ada tak aplikasi untuk suruh orang like kan gambar kita?lol
    jgn kena banned sudah nanti..sayang akaun facebook aku :cwy:

  9. satu lagi aplikasi yg bagus untuk autoupdate. tapi jarang sangat update fb skang ni, entah kenapa

    • @Amirez, aku update status facebook dari twitter je.. kadang2 malas nk bukak facebook.. facebook berhantu~ kih3.. nasib baik bleh hantar tweet ke facebook, jadi status..

      • Agak berguna juga LaterBro.com untuk usahawan-usahawan siber yang boleh BIZNEZ JUTA-JUTA. Yang peliknya LaterBro ini tiada iklan langsung. Ads-free website kot. :ninja:

  10. aku baru buat pasal selective tweets…new info ni…thanks bro

  11. kalu twiiter boleh guna twuffer….sama gak

  12. cmni pn ade ek..hebat2 :cool:

    Entri bes kat sini Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan | Final Korea Open Super Series 2011

  13. Later Bro!hehe,nama mmg cun tapi part auto tu yg aku takut. Takut dicop spammer,haha.
    Lagipun xda sapa yg sudi nak fb ngan aku,huhu :cwy:

  14. lepas ni jangan la ade pulak yang salah guna autoupdate ni…buat menyemak la pulak bila ada yang buat spam..

  15. waaa bagus ni memang dok cari ..senang update satu je jadi banyak hahaha

  16. gerek seyh nama dia…later bro…
    cara gaks kan…cuma tak dapat gune dekat twitter
    ish…

    • @Piston Pecah, kat twitter bleh je guna.. tp utk auto tweet setiap hari / setiap minggu tu aku x pasti.. setahu aku, twitter dah larang users buat auto tweet (schedule berkali2).. schedule bleh guna utk sekali je.. nk tweet lagi, kene buat schedule baru..

  17. later bro n bro framestone..
    erm.. :tongue:

  18. nice one. benda ni memang bagus untuk buat duit kat fb ni.
    cuma jgn spam sudahlah. huhu

  19. wahhh..leh try ni..hehe

  20. Hahaha sengal . Mana ada kaitan dengan Broframestone . LOL

    Ko lah telah perdaya aku tekan link ko . Ciss

  21. Hurmm bagus untuk orang yang gilakan update status jer.. huhuhuh. aku ni pulak.. jrg on9 fb kot..

  22. Haaa, nie kalau orang biznes buat camniie, kompem aku block. btw, tade ke applikasi yang boleh maenkan game kite kat fb? cam cityville :P kalau ade, aku nak! Hahahaha

  23. salam..
    wah, mudahnya kalo gini..pergi mana2 pun tak risau dah nak update status..
    mjurlah sy jenis yg tak kisah nak update status..tak adalah perlukan application mcm ni..hehe

Leave a Comment