Seperti mana yang korang dah baca di entri “Software Yang Ada Dalam Laptop Saya“, aku ada nyatakan sekali Audio Player yang aku guna.
Sebelum ni dah cerita tentang Video Player. Kali ni tentang Audio Player pulak. Audio Player atau Music Player dah tentu la untuk mainkan MP3, dengar lagu-lagu yang best.
Biasanya, kalau masuk bab music player atau pemain lagu, orang lebih banyak menggunakan Winamp. Tu daripada apa yang aku nampak la. Mungkin ada music player lain yang korang suka guna kan?
Tapi bagi aku, Winamp dah lama aku buang jauh-jauh sebab aku dah jumpa music player yang aku suka. Sampai sekarang aku layan lagu dengan music player ni – AIMP Audio Player.
AIMP Audio Player
AIMP Audio Player keluaran negara Russia ni dah masuk versi yang ketiga tapi masih di peringkat Beta (Test Version). Aku start guna AIMP untuk dengar lagu best sejak dari versi kedua yang biasanya orang tulis dengan nama AIMP2.
Oleh sebab ianya dah masuk ke versi ketiga, so jadi lah AIMP3.
Kelebihan AIMP Audio Player
- Ianya PERCUMA
- Support format audio yang banyak – MP1, MP2, MP3, MPC / MP+, AAC, AC3, Ogg, FLAC,APE, WavPack, Speex, WAV, CDA, WMA, S3M, XM, MOD, IT, MO3, MTM, UMX
- 18-band EQ dan built-in sound effects
- Fungsi dan Interface yang menarik
- 32-bit audio processing – menghasilkan sound yang berkualiti
- Penggunaan ‘multiple playlists’ dalam satu masa
- Sokongan untuk peningkatan fungsi modul yang membolehkan kita menambah ciri baru dan memperluaskan yang sedia ada; plugins seperti Input, Gen, DSP dari Winamp
- Boleh set time untuk matikan komputer
- Radio Online
- Saiz program dan penggunaan memori yang kecil
- Audio Converter – Membolehkan kita menukar format fail lagu dari pelbagai format ke format WMA, MP3, WAV, OGG
- Audio Grabber – Membolehkan kita menukar format AudioCD (CDA) dalam MP3, OGG, WAV atau WMA
- Perakam sound – Membolehkan kita merakam suara daripada peranti audio pada sistem dan simpan sebagai MP3, OGG, WAV dan WMA
- Tag Editor
- Pengurus Audio – Membolehkan kita menyusun fail-fail lagu dengan mudah tanda mendengar audio
Download AIMP Audio Player
Bagi yang suka tukar-tukar skin, boleh pilih dan download skin yang korang suka di Laman Web AIMP atau Deviantart.com.
Atau boleh juga download AIMP Skin Editor untuk buat skin korang sendiri.
aku baru try ni.. sebab winamp tak boleh nak istall. entah kenapa.. :D
sedang mencuba dgn jayanya..
kena pakai lama skit, baru boleh komen camner..
hehe..
bagus jugak nie … dah boring guna WMP je…leh try app baru :tongue:
wah nak try. eh cam best je web ni. x nak cite pakai plugin ape2 ke?
@emancloud, cite pakai plugin? plugin ape tu? plugin audio player ni ke atau plugin blog? :happy:
nice one. dah boring guna winamp. maybe aimp ni boleh jadi pengganti
@Amirez, selamat mencuba..
jarang dengo lagu kat internet sekarang ni. tapi still pakai winamp
wahh.. trimakasih bagi saranan.. :biggrin:
Splayer boleh buka byk jenis video file…. :biggrin: ..
@Busu.com, dah pernah try Splayer.. ada juga sesetengah video die tak support.. skrg ni untuk play video lebih menarik dengan Daum PotPlayer.. entri ni plak tentang audio player sahaja..
ak dr dulu gune foobar. hehe
wah! tak prasan yg versi 3 dah kuar! sblum ni pakai aimp2. aimp ni mmg dah bagus da! cume x leh nak support video pulak.. :tongue:
@Shahredza Izrin, dah nama pon audio player.. hehe.. kalo nk layan video, aku pakai PotPlayer..
aku dah cube benda alah nie, ternyata memang puas ati.hehehe
nak cuba aimp plak,sblmni pakai wmp ngan realplayer je :cool:
Saya pun dah jarang dengar lagu di laptop sebab home theater di rumah boleh baca melalui USB.
Seduttt! Hahaha. :biggrin:
aku merupakan pengguna tegar aimp2 hehehe….mana pc or lappy yang aku guna…tak kira kawan nyer ker (zaman study) mmg aku sedut aimp2 dan pasang kat pc dorang…tak lama kemudian winamp berjaya dihapuskan sama sekali…
winamp nie semak jer…huhuhu
p/s: aimp3 tue dalam versi beta kan?
@Sir Marcello, hahaha.. winamp memang semak.. aimp ni lagi best.. aimp3 masih versi beta.. aku pakai ok je.. ada tambahan function..
dah pernah try..tp bese guna windows media player je sng..sbb dulu asyik format je..mls install balik :cwy:
hoho, nak kena cubalah camni. aku selalu dengar jerk, tp tak pernah plak pakai. erk, linux punya ada tak? hehe
@Mohd Isa, untuk linux, try Banshee..
@Anarm, aku baru je guna. memang menarik, tp masalah. nak edit info file tak boleh. hoho…ada cara ke?
boleh cuba ni. suka layan lagu ketika online. thanks!
@megat, sama2.. sambil2 online memang sedap layan lagu..
hoho banshee tetap dihati :happy:
@syahrilhafiz, yeahh.. banshee.. i like..
Dah lama tak layan lagu kat atas komputer aku ni sejak terpaksa buang koleksi 10Gb lagu tahun lepas, skang ni ada 2-3 lagu jer tinggal atas komputer. Sebelum ni memang biasanya guna winamp, pasni lerh aa try yang ni plaks.
@Eizil, aku rasa aimp ni lagi best dari winamp.. tp tak tau la kot2 orang lain taste tak sama kan..
blum pnah dgr lg.. aku guna bs player.. lepas ni mungkin boleh cuba yg ni pulak..
@Ezany-Kun, aku penah pakai bs player seblom ni.. buat layan movie.. tp skrg layan movie aku pakai PotPlayer.. dgr lagu plak pakai AIMP ni..