Laptop Rosak, Selamatkan Fail Dalam Hard Disk

Laptop yang aku guna bertahun-tahun dah rosak baru-baru ni. Sedih betul bila laptop rosak. Banyak jasa dia pada aku selama ni.

Sekarang laptop tu dah tak boleh dihidupkan. Tak tahu apa punca kerosakan. Aku tak reti sangat pasal laptop ni. Kalau PC senang sikit.

Mungkin dah sampai masanya kot. Lagipun dah lama sangat dia berkhidmat untuk aku.

Laptop ASUS rosak
Tengah fikir — Nak hantar baiki laptop ni? Atau beli laptop baru? Atau beli PC desktop?

Sekarang ni aku banyak bergantung pada smartphone untuk buat kerja. Bila ada sesetengah kerja yang tak boleh dibuat guna phone, terpaksa pinjam sekejap PC isteri aku untuk buat kerja tu.

PC tu pun buat hal juga pada hari yang sama laptop aku rosak. Sebelum tu elok je isteri aku guna buat kerja dia. Bila aku nak guna, tiba-tiba tak boleh ON pula.

Berkali-kali tekan butang ‘power’, tetap tak hidup juga. Lampu butang ‘power’ pun tak bernyala.

Aku syak masalah dia berpunca dari PSU (Power Supply Unit). Bila aku check, memang sah PSU dah rosak. Takda power. Sebab tu PC tak hidup.

Lepas tukar PSU yang baru, terus ok balik. Dah boleh ON.

Salpido Power Supply ATX-500W

Nasib baik ada PSU harga murah. Aku beli PSU ‘Salpido 500W‘ di Shopee dengan harga RM33.

Kalau beli PSU berjenama lain yang lebih power, harga dia pun mahal sikit. Aku beli yang murah je. Asalkan PC dapat dihidupkan dah cukup.

Laptop rosak, nasib baik ada PC.

Selamatkan Fail Dalam Hard Disk Laptop Rosak

Berbalik pada cerita tentang laptop rosak tu.

Bila laptop rosak, mesti akan rasa risau dengan fail-fail penting yang disimpan dalam hard disk laptop tu. Bertambah-tambah risau lagi bila takda buat backup.

Jadi, macam mana nak selamatkan fail di dalam hard disk laptop tu? Mudah je.

Caranya — Jadikan hard disk laptop sebagai external hard disk.

Kena pastikan hard disk laptop tu masih berfungsi dengan baik. Kalau hard disk dah rosak, tak boleh buat apa lah.

Tukar Hard Disk Laptop menjadi External Hard Disk

Untuk tukarkan hard disk laptop (internal) menjadi external hard disk, apa yang perlu dibuat:

1. Cabut Hard Disk Laptop

Nak jadikan sebagai external hard disk, kenalah cabut hard disk laptop terlebih dahulu.

Kalau tak cabut hard disk tu, macam mana nak jadikan sebagai external hard disk, kan?

Tak tahu cara nak buka dan cabut hard disk laptop?

Boleh rujuk tutorial di YouTube atau google “cara buka hardisk laptop” mengikut model laptop yang digunakan.

2. Guna ‘SATA to USB Converter’ / ‘Hard Drive Enclosure’

Setelah hard disk laptop dah dicabut dan dikeluarkan, langkah seterusnya — Gunakan kabel ‘SATA to USB Converter‘ atau ‘Hard Drive Enclosure‘ yang didatangkan bersama casing.

Benda ini lah yang akan tukarkan internal hard disk laptop menjadi external hard disk.

Aku guna Hard Drive Enclosure (atau HDD Enclosure) yang ada casing ‘transparent’. Boleh nampak bahagian dalam. Casing jenis lain yang berwarna pun ada.

External Hard Disk Casing

External case untuk hard disk laptop

HDD Enclosure boleh dapatkan di Shopee atau Lazada dengan harga sekitar RM20 sahaja. Dapat sekali dengan kabel USB 3.0 super speed.

Pilih HDD Enclosure 2.5″ untuk saiz hard disk laptop.

Dah ada HDD Enclosure, masukkan je hard disk laptop yang dah dicabut tadi ke dalam casing dia. Lepas tu, boleh terus guna macam external hard disk yang biasa tu dengan sambungan kabel USB.

Hard Disk Laptop jadi External Hard Disk

Nampak gambar di atas ni? Hardisk laptop aku dah masukkan ke dalam casing HDD Enclosure. Sekarang hard disk laptop tu dah bertukar menjadi external hard disk.

Untuk guna, sambungkan kabel USB hard disk tu ke PC atau laptop lain. ‘Plug & Play’ je.

Bila lampu LED indicator dah bernyala, itu menunjukkan hard disk dah pun bersambung dengan PC atau laptop.

Hardisk laptop sebagai external hardisk

Buka ‘My Computer’ atau ‘This PC’ dan anda akan nampak segala partition dan fail-fail yang ada di dalam hard disk.

Lepas tu, bolehlah buat apa-apa yang patut dengan fail di dalam hard disk tu. Nak copy, paste, cut, delete atau format data dalam hard disk tersebut pun boleh.

Senang kan?

 
Alhamdulillah, fail-fail kerja yang aku simpan dalam hard disk laptop masih selamat. Hard disk boleh guna lagi walaupun laptop dah rosak.

Korang kalau ada laptop lama yang dah rosak atau tak pakai, lebih baik ambil hard disk dia jadikan sebagai external hardisk. Daripada buang atau terbiar macam tu je,

Kalau hard disk belum rosak lah..

Sekurang-kurangnya masih boleh guna hard disk tu untuk simpan fail, lagu, movie dan sebagainya. Atau gunakan sebagai ruang storan untuk backup fail-fail yang penting.

Tak perlu beli external hard disk yang lain dah.

6 Comments

  1. salam..saya dah buat mcm encik buat tu dan dah bertahun ok je..tapi tiba2 xboleh buka pulak skrg..lampu kt hdd tu dah xmenyala..maknanya hard disk sy dah rosak ke?

  2. Mcm mana nak dptkan fail yg kita save kat desktop tu dlm hardisk yg kita buat external ye? Byk fail keje kat situ ?

    • Default location (folder) untuk fail-fail di Desktop:
      %SystemDrive%\Users\%UserProfile%\Desktop

      Contoh:
      C:\Users\Zaki\Desktop

      Bila internal hardisk dah ditukar jadi external, fail di Desktop tu boleh dapatkan di folder yang sama dalam external hardisk. Cuma drive letter “C:\” je yang bertukar.

      Mungkin dah bertukar jadi D, F, G, H atau lain-lain. Ikut drive letter yang dibaca oleh komputer untuk external hardisk tu.

      Kalau komputer baca external hardisk tu sebagai drive D:, folder Desktop ada di D:\Users\Zaki\Desktop.

      Kalau komputer baca external hardisk sebagai drive F:, folder Desktop ada di F:\Users\Zaki\Desktop.

  3. Bagus, hard disk masih ok :), pakai hdd docking station ok jugak …

  4. Ohh..tak tahu pulak ada benda ni.. Kat rumah aku ada banyak hdd laptop tak pakai.. Boleh la jadikan external

Leave a Comment