Selamat menunaikan ibadah Puasa Ramadan 2019 diucapkan kepada semua sahabat, kenalan, pengunjung blog ini dan semua umat Islam di seluruh Malaysia.
Tak lupa juga kepada semua umat Islam yang berada di negara-negara lain.
Selamat berpuasa di bulan Ramadan!
Permulaan Puasa Ramadan Tahun 2019
Ramadan tahun 2019 ni aku mula berpuasa dengan mak dan abah aku di kampung.
Kebetulan tarikh mula berpuasa tahun ni jatuh pada hari isteri aku cuti bekerja. Jadi, sempat lah kami balik kampung sekejap.
Dapat juga lepas rindu jumpa mak dan abah aku. Jarang balik kampung, memang rasa rindu sangat.
Mak dan abah aku sihat je. Alhamdulillah..
Selain nak mulakan ibadah puasa bersama-sama mak dan abah aku, ada tujuan lain juga aku balik kampung. Nak pasangkan set dekoder MYTV yang aku dapat percuma baru-baru ni.
Kesian mak abah aku masih tengok TV siaran analog. Gambar pun ‘bersemut’ je. Penuh bintik-bintik dan kurang jelas.
Disebabkan kat rumah aku di KL dah ada Unifi TV, dekoder MYTV tu aku bagi pada mak dan abah aku untuk guna di kampung.
Cuma kena keluar modal sikit beli Antenna UHF (antena digital). Seeloknya guna antena digital jenis ‘outdoor’ – pasang di luar rumah baru boleh dapat siaran MYTV dengan jelas.
Antena TV yang ada kat rumah mak dan abah aku sekarang ni jenis ‘tulang ikan’ model lama. Tak pasti dah berapa tahun guna antena tu. Lebih 10 tahun kot.
Antena model lama rasanya tak support untuk terima signal siaran digital MYTV.
‘Tulang’ antena tu pun ada yang dah patah. Memang dah sampai masanya tukar antena baru.
Antena UHF aku dah belikan seminggu sebelum balik kampung. Beli online je kat Shopee. Harga RM28 termasuk kabel 10 meter untuk sambungkan dengan dekoder MYTV.
Kalau beli antena sahaja, harga RM20.
Dekoder MYTV tu aku dah pasang tadi sekali dengan antena dia. Siaran MYTV pun dah dapat tengok.
Senang je nak pasang. Boleh buat sendiri. Tak perlu upah orang untuk pasangkan.
Nanti aku kongsi cara pasang dekoder MYTV dalam entri seterusnya.
Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan
Sekali lagi aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Di kesempatan ini juga aku nak mohon ampun dan maaf andai ada terbuat salah silap.
Semoga Ramadan tahun 2019 ini yang terbaik buat kita semua, dan semoga segala ibadah yang dibuat sepanjang bulan puasa ni diterima oleh-Nya. InshaAllah..
sedihnya.. selamat tinggal ramadan. moga ada rezeki jumpa lagi tahun depan