Tercapai juga hasrat nak tukar HDD kepada SSD untuk komputer aku. Baru aku tahu rupanya harga SSD (Solid State Drive) sekarang ni dah murah. Lebih murah berbanding beberapa tahun yang lalu.
Dulu aku pernah nak pasang SSD untuk laptop. Tapi tak jadi beli, sebab masa tu harga SSD mahal nak mati. Saiz storan 120GB pun harganya dalam RM300 kalau tak silap aku.
Sekarang ni dengan RM300 dah boleh beli SSD bersaiz 480GB. Kalau tambah duit dalam RM100 lagi, boleh beli yang 960GB.
Saiz 120GB pula bawah RM100 dah boleh dapat.
Tapi 120GB macam kecil sangat. Lebih baik pilih saiz storan sekurang-kurang 240GB. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli yang kapasiti lebih besar. Tengok pada keperluan sendiri.
SSD Lebih Laju Berbanding HDD
Rasanya ramai dah tahu SSD lebih laju daripada HDD (hard disk biasa).
Desktop PC atau laptop yang menggunakan SSD akan jadi lebih pantas kerana SSD mempunyai kelajuan ‘membaca dan menulis data’ (Read/Write) berkali-kali ganda lebih laju berbanding HDD.
Kelajuan ‘Read/Write’ bagi HDD sekitar 80-160MB/s, manakala SSD (jenis SATA) pula kelajuannya sehingga 560MB/s.
Kalau komputer anda hanya menyokong port SATA II (komputer model lama), kelajuan ‘Read/Write’ maksimum sehingga 300MB/s sahaja. Bermakna anda hanya akan dapat separuh daripada kelajuan sebenar SSD SATA III.
Tapi masih lagi lebih laju daripada HDD. Kira berbaloi juga lah tukar ke SSD walaupun untuk komputer model lama.
Ada juga SSD jenis lain, NVMe yang mana lebih laju daripada SSD SATA. Dia punya speed sampai 3,500MB/s.
Tapi bergantung pada motherboard yang menyokong SSD jenis tu. Kalau motherboard komputer model lama biasanya tak boleh guna sebab takda port untuk pasang.
Guna SSD jenis SATA pun dah cukup bagus dan terbaik. SSD SATA menggunakan port yang sama dengan HDD. Jadi, ianya boleh dipasang dan digunakan pada mana-mana komputer, tak kira komputer model lama atau baru.
Harga SSD SATA juga lebih murah.
SSD Lajukan Komputer
Bila dah tukar daripada HDD kepada SSD pasti akan terasa perbezaannya. Contoh, tempoh masa yang diambil untuk ‘booting’ (hidupkan komputer).
Macam PC aku yang dah guna SSD, tempoh ‘booting’ ambil masa dalam 10 saat je untuk masuk ke desktop. Semasa guna HDD sebelum ni, 20-30 saat pun tak siap ‘booting’ lagi.
Proses restart, shut down, cut-copy-paste, scan antivirus, install perisian dan guna perisian juga akan jadi lebih lancar dan cepat dengan SSD.
Untuk main game lagi best guna SSD. Loading games tu akan jadi lebih laju.
Paling aku puas hati sejak guna SSD — tak perlu tunggu lama bila buka perisian Adobe (Photoshop, Illustrator, Premiere Pro) yang berat. Dalam 3-4 saat je dah siap loading.
Sebelum ni, setiap kali nak guna perisian Adobe mesti kena tunggu habis loading dulu sebelum boleh guna. Lama pulak tu. Semasa tengah guna pula selalu sangat tersangkut-sangkut.
Selepas tukar ke SSD, komputer aku terus jadi laju dan lancar je. Dah takda sangkut-sangkut. Macam tak percaya pun ada juga.
Tak sangka komputer boleh jadi lebih laju dengan hanya tukar HDD kepada SSD. Sekarang ni PC aku dah bertambah baik berbanding dulu. Best betul.
Siapa rasa PC atau laptop dia slow macam siput, bolehlah tukar kepada SSD (Solid State Drive).
Kelebihan SSD
Berbanding HDD (Hard Disk Drive), SSD mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut:
- Kelajuan ‘Read/Write’ lebih pantas berbanding HDD
- Mempercepatkan proses ‘booting’ (hidupkan komputer)
- Proses restart, shut down, copy fail, guna perisian jadi lebih lancar
- Melajukan proses loading ketika bermain games
- Kurang penggunaan kuasa — dapat menjimatkan kuasa bateri
- Lebih tahan lama & tahan gegaran berbanding HDD
- Lebih kecil dan ringan berbanding HDD
- Senyap (tiada pergerakan mekanikal yang menghasilkan bunyi)
- Kurang penghasilan haba berbanding HDD
- Menggunakan port yang sama dengan HDD (SATA I, II, III) — menjadikannya sesuai dipasang pada mana-mana komputer
Kekurangan SSD
Kekurangan SSD dibandingkan dengan HDD adalah seperti berikut:
- Harga SSD lebih mahal daripada HDD
- Kapasiti atau saiz ruang storan yang kecil berbanding HDD
5 Tips Memilih SSD
Cara memilih SSD mudah je sebenarnya. Lagipun spesifikasi SSD semuanya boleh dikatakan hampir sama. Semua SSD mampu memproses data dengan lebih cepat.
Yang membuat ramai orang tak tahu nak pilih SSD yang mana satu sebab terlalu banyak jenama SSD ada di pasaran sekarang ni. Kalau kurang pengetahuan tentang SSD, memang boleh memeningkan kepala.
Untuk mudahkan anda membuat pilihan, ada beberapa faktor yang perlu diperhatikan sebelum membeli sebuah SSD.
1. Kapasiti / Saiz Storan SSD
Tentukan berapa besar kapasiti atau ruang storan SSD yang anda perlukan untuk penyimpanan fail. Semakin besar kapasiti yang anda pilih, semakin mahal harga yang perlu anda bayar untuk beli SSD tersebut.
- 120GB – 128GB :
SSD berkapasiti 120GB paling murah harganya. Mudah didapatkan secara online, seperti di Shopee. Cuma, ianya lebih sesuai digunakan hanya untuk ‘booting’ OS (sistem operasi) kerana saiz storannya yang kecil.
Sistem operasi Windows 10 pun dah menggunakan 20GB. Bakinya pula akan diguna untuk install program, driver dan kemaskini Windows.
Untuk penyimpanan media bersaiz besar, kapasiti 120GB tak mencukupi. Boleh guna ruang storan berasingan. Gunakan HDD, lebih murah. - 240GB – 256GB :
SSD dengan kapasiti 240GB sesuai untuk permulaan dan menjadi pilihan bagi kebanyakan orang kerana harganya yang tak terlalu mahal.
Untuk sistem operasi dan program, saiz 240GB dah mencukupi. Juga boleh digunakan untuk penyimpanan media dan beberapa game yang sering anda main. Loading game tersebut akan jadi lebih pantas. - 480GB – 512GB :
Jika anda perlukan SSD berkapasiti besar dan performance yang lebih tinggi, anda boleh pertimbangkan SSD dengan ruang storan 480GB. Kelajuannya (Read/Write) lebih baik berbanding SSD berkapasiti kecil.
Menjadi pilihan kebanyakan gamers atau pengguna yang suka bermain game. Sangat sesuai untuk pemasangan sistem operasi, penyimpanan media dan beberapa games dengan spesifikasi yang tinggi. - 960GB – 1TB :
Bajet yang lebih akan memberikan performance yang lebih tinggi dan kapasiti yang lebih besar. SSD dengan saiz storan 960GB – 1TB sesuai untuk mereka yang banyak melakukan kerja-kerja seperti editing gambar dan video.
Di samping tu untuk bermain games serta digunakan untuk menyimpan dokumen, gambar, muzik/lagu dan video.
2. Harga SSD Mengikut Bajet Anda
Seperti yang anda tahu, harga SSD lebih mahal berbanding HDD. Kalau nak SSD dengan kapasiti (ruang storan) yang besar, harganya pun akan lebih mahal.
Jadi, kena tahu berapa bajet anda supaya pilihan SSD tu bertepatan dengan harga yang anda mampu bayar.
Anggaran Harga SSD SATA:
- 120GB = Bawah RM100
- 240GB = RM100 ke atas
- 480GB = RM200 ke atas
- 960GB = RM400 ke atas
Harga berbeza mengikut spesifikasi dan jenama pengeluar SSD.
Kelajuan ‘Membaca Data’ (Read) dari sebuah SSD SATA biasanya sekitar 550MB/s dan kelajuan ‘Menulis Data’ (Write) pula sekitar 500MB/s.
Pilih SSD dengan kelajuan ‘Read/Write’ sekitar 500-550MB/s. Lebih atau kurang sedikit tak memberi kesan ketara pada prestasi SSD. Anda tetap akan rasa perbezaan kelajuan SSD berbanding HDD.
4. Jenama SSD
Jenama SSD yang biasa kita dengar seperti Samsung, SanDisk, Intel, Patriot, Western Digital, Adata, Crucial, Kingston, Apacer dan lain-lain.
Sekiranya anda mementingkan data yang akan disimpan dalam SSD tersebut, elakkan membeli SSD dengan jenama yang tak dikenali.
Dari segi harga, ianya mungkin jauh lebih murah. Tapi, jangan ambil risiko memilih jenama SSD yang kurang popular.
5. Jaminan
Dalam memilih SSD, sebaiknya cari yang ada jaminan sekurang-kurang 3 tahun. Tempoh jaminan yang panjang bermaksud pengeluar SSD tersebut yakin ianya mampu bertahan daripada sebarang kerosakan sepanjang tempoh jaminan.
Bagi mengurangkan risiko, belilah SSD dengan jenama yang dikenali untuk prestasi yang lebih baik, terjamin dan jangka hayat yang lama.
5 tips pemilihan SSD yang diterangkan tadi rasanya dah cukup untuk anda jadikan panduan semasa membeli SSD.
Takda banyak beza sangat mana-mana SSD yang dijual di pasaran. Semuanya lebih kurang sama je. Asalkan jangan beli SSD yang terlalu murah dengan jenama yang tak pernah didengar.
Jom tukar HDD kepada SSD. Memang sangat puas hati.
bro tukar ssd kna format ke dan berapa cas penukaran ssd
Tukar SSD kena install balik windows dalam SSD tu. Atau boleh guna software “Macrium Reflect” untuk clone file2 dalam hardisk lama masuk ke SSD. Boleh rujuk tutorial kat youtube.
Saya buat fresh install windows kat SSD. Tak buat clone sebab biasanya ambil masa lama nak clone tu.
Kalau install windows sekejap je siap. Terus boleh guna. File2 dalam hardisk lama boleh cut & paste kemudian. Atau biar je dalam hardisk lama. Hardisk lama boleh jadikan 2nd storage untuk simpan file.
Kalau tukar SSD kat kedai tak pasti berapa caj. Saya buat sendiri je. Kos cuma harga beli SSD.
murah je rupanya, ingatkan mahal. nak upgrade la. malas beli baru. laptop ni baru 2 tahun guna.
Hai. Nak tanye. Kalau tukar hd ke ssd akan kacau file2 yg memang ada dlm lptop tak?
File tak kacau sebab HDD dan SSD tu hardisk yang berbeza. File2 dalam laptop semua disimpan dalam HDD.
Nak tukar ke SSD, HDD tu kena cabut dan keluarkan dari laptop, baru boleh pasang SSD kat tempat dia. Tukar hardisk. File2 asal laptop tu tetap ada dalam HDD walaupun dah cabut.
Dah pasang SSD cuma kena install sistem operasi (windows) kat SSD tu. Takda sistem operasi, laptop tak berfungsi. Atau boleh jugak clone file dari HDD masuk ke SSD termasuk sistem operasi.
Recommended buat fresh install kat SSD. Install semula sistem operasi, install semula software, dan lain2.
HDD lama boleh jadikan tempat simpan file2 yang tak perlukan speed sangat. Jadikan external hardisk ke.. Atau.. Kalau laptop ada slot CD/DVD yang jarang guna atau dah tak guna, boleh beli ‘hdd caddy’ untuk tukar slot CD/DVD tu jadi slot untuk hardisk. Lepas tu masukkan HDD kat situ.
haha..
memang kena tukaq gak tahun nih.
cepat beli SSD sebelum harga naik, skrg 120GB baru RM67jenama kingston,,,heheee
Betul.. Bawah RM100 dah boleh dapat 120GB. Dah murah harga SSD sekarang ni. Siapa guna HDD lagi memang kena tukar ke SSD.
Betul, memang rasa perubahan kelajuan. Terutamanya masa mula-mula boot komputer.
Kan… Guna SSD, boot komputer sekejap je dah siap. Memang laju daripada boot guna hardisk biasa.
Sebelum ni tak tau pon pasal tukar SSD ni. tapi awal tahun hari tu, teman member tukar dia punya laptop ke SSD. Laptop dah lebih 5 tahun. Bila tanya dia, ada perubahan tak, dia kata macam laptop baru lajunya.
Terus tukar dan memang ada beza.. Jadi lebih laju.. tak sia2 tukar. harga pon dalam 100 je, tak yah beli laptop baru.
nice artikel.
PC / laptop lama memang sesuai sangat tukar ke SSD. Terus jadi laju. Harga SSD pun dah murah. Semua orang mampu pakai SSD sekarang ni.
Serius aa..? Laptop aku memang slow ni.
Esok nak pergi beli SSD… SSD apa yang bagus?
Aku pun tak pasti SSD apa yang bagus. Sama je kot mana-mana jenama pun.
Nak pilih SSD tengok dia punya speed, sebab ada SSD yang speed dia slow sikit. Tapi tak banyak sangat beza speed dia.
PC aku guna SSD jenama Patriot Burst. Setakat ni ok je. Laju jugak.. Beli kat Shopee dapat harga murah sikit.