Wahed Invest – Pelaburan Patuh Syariah Dengan Modal Serendah RM100

Korang pernah dengar nama Wahed Invest? Kalau tak pernah dengar, boleh teruskan membaca sebab dalam entri ni aku nak kongsikan sedikit info tentang Wahed Invest – Pelaburan Patuh Syariah.

Masa aku dapat tahu tentang Wahed Invest ni, terus rasa berminat nak melabur kat situ. Tapi rasa ragu-ragu pun ada juga. Maklum sajalah sekarang ni banyak kes scam. Kena hati-hati.

Tapi lepas aku buat carian dan baca info-info tentang Wahed Invest, barulah rasa yakin ianya medium pelaburan yang boleh dipercayai, telus dan yang paling penting, patuh syariah.

Wahed Invest bermula di US pada 2017. Di Malaysia, baru masuk 3 bulan (semasa entri ni ditulis) setelah Wahed Invest pilih Malaysia jadi hab serantau.

Wahed Invest platform pelaburan digital patuh syariah

Wahed Invest Malaysia

Wahed Invest merupakan medium pelaburan berbentuk saham patuh syariah dan halal. Mendapat kelulusan halal daripada Shariyah Review Bureau.

Wahed Invest Malaysia telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Bermakna ianya berlesen dan mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia untuk mengumpul pelaburan dari orang awam.

Wahed Invest lesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Lesen dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Lesen ini diletakkan di bawah nama Wahed Technologies Sdn. Bhd. (Wahed Invest Malaysia) untuk aktiviti pengurusan dana.

Apabila melabur di Wahed Invest, dana kita akan dimasukkan ke Pacific Trustees Berhad yang bertugas untuk menyimpan dan menjaga dana pelabur.

Robo-Advisor Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Wahed Invest ni penasihat kewangan jenis ‘Robo-Advisor‘. Maka hampir semua urusan tak melibatkan manusia. Buat secara online je. Tak ada ejen dan tak ada contact dengan manusia.

Mereka memberikan khidmat nasihat kewangan digital berdasarkan peraturan atau algoritma matematik.

Secara ringkasnya, Wahed Invest adalah satu platform pelaburan patuh syariah yang sah (bukan scam) dan memudahkan urusan pelabur, segalanya di hujung jari.

Jika korang pun berminat nak melabur di Wahed Invest macam aku, boleh teruskan melabur tanpa rasa bimbang.

Bank Muamalat pun bekerjasama dengan Wahed Invest dalam menawarkan sistem pelaburan digital patuh syariah kepada pelanggan bank tersebut.

Kerjasama antara Wahed Invest Malaysia dan Bank Muamalat
Kerjasama antara Wahed Invest Malaysia dan Bank Muamalat.

Perlindungan Dalam Wahed Invest

Sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dengan Suruhanjaya Sekuriti, pelanggan Wahed Invest Malaysia dilindungi sehingga RM100,000 oleh Capital Market Compensation Fund (CMC).

Bukan duit kita di bank sahaja dilindungi oleh PIDM. Duit pelaburan kita pun dilindungi oleh CMC. Rasa lega kan apabila dilindungi.

Cara Buka Akaun Wahed Invest

Sebelum melabur dengan Wahed Invest, korang kena buka akaun terlebih dahulu.

Untuk buka akaun boleh buat secara online melalui aplikasi Wahed Invest yang boleh digunakan di telefon bimbit dengan sistem operasi Android dan iOS.

Download aplikasi Wahed Invest

Klik bit.do/wahedinvest untuk muat turun dan install aplikasi.

Daftar Akaun Melalui Aplikasi Wahed Invest

Buka aplikasi Wahed Invest dan tekan butang “Get Started“.

Kemudian masukkan alamat email dan password yang korang nak gunakan untuk akaun Wahed Invest.

Password mestilah sekurang-kurangnya 8 karakter dengan kombinasi nombor, simbol, huruf besar dan huruf kecil.

Daftar akaun Wahed Invest

Sistem akan hantar kod pengesahan 6-digit ke alamat email.

Masukkan kod pengesahan yang diterima tu di ruangan yang disediakan (dalam aplikasi) dan tekan butang “Verify“.

Daftar akaun Wahed Invest

Langkah seterusnya, pilih untuk aktifkan notifications atau tidak (disaran aktifkan). Kemudian, pilih negara “Malaysia”.

Proses pendaftaran dia sangat mudah. Ikut je setiap arahan yang diberikan.

Pemilihan Portfolio Pelaburan

Korang perlu jawab 8 soalan untuk sistem membuat penilaian bagi menentukan jenis portfolio yang bersesuaian dengan objektif pelaburan korang, tahap toleransi terhadap risiko, profil kewangan dan pengalaman pelaburan.

Soalan penilaian portfolio Wahed Invest

Daripada jawapan yang korang berikan tu, Wahed Invest akan cadangkan jenis portfolio yang bersesuaian.

Korang juga boleh pilih portfolio selain daripada yang dicadangkan tu mengikut strategi pelaburan dan matlamat kewangan korang.

Jenis Portfolio Wahed Invest

  • Sangat Agresif (pulangan paling tinggi, risiko paling tinggi)
  • Agresif
  • Sederhana Agresif
  • Sederhana
  • Sederhana Konservatif
  • Sangat Konservatif (pulangan paling rendah, risiko paling rendah)
  • Emas

Jenis portfolio pelaburan Wahed Invest

Tekan butang “Select This Portfolio” pada pilihan portfolio yang korang inginkan.

Portfolio boleh ditukar setiap 3 bulan sekali.

Selepas dah buat pilihan portfolio, tekan butang “Create My Account“.

Kemudian isi maklumat nama penuh, tarikh lahir, alamat, nombor telefon bimbit dan lain-lain yang diperlukan untuk proses buka akaun.

Maklumat akaun Wahed Invest

Pastikan isi alamat yang betul sebab nanti perlu buat pengesahan alamat tu. Kena upload gambar MyKad / lesen memandu / bil utiliti / bil telco, atau lain-lain dokumen yang mengandungi butiran alamat yang sama.

Paling mudah, guna alamat seperti dalam MyKad atau lesen memandu je. Untuk pengesahan alamat pun guna dokumen MyKad atau lesen memandu jugak.

Nombor telefon pun kena isi nombor yang betul dan yang masih aktif digunakan. Kod 6-digit akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon tu untuk tujuan pengesahan.

Lepas tu, teruskan lagi dengan proses pendaftaran sehingga aplikasi memaparkan maklumat akaun pelaburan korang.

Langkah seterusnya, korang perlu masukkan kod rujukan (referral code).

Kod Rujukan / Referral Code (PENTING!)

Untuk pengetahuan, Wahed Invest sekarang ni menawarkan bonus RM10 percuma kepada pelabur-pelabur baru.

Tetapi ada syarat untuk dapatkan bonus RM10 tu.

Syaratnya, pendaftaran mesti guna kod rujukan: KHAANA1

Wahed Invest referral code KHAANA1
Kod Rujukan: KHAANA1

Korang perlu tekan pautan “Do you have a referral code?” (rujuk gambar di atas) dan masukkan kod KHAANA1 untuk melayakkan korang terima bonus RM10 ke dalam akaun pelaburan.

Pastikan jangan skip bahagian kod rujukan ni. Kalau daftar tanpa kod rujukan, rugi lah tak dapat RM10 duit percuma!

Wahed Invest telah membuat kemaskini bayaran bonus program rujukan di mana jumlah bonus rujukan tersebut telah ditukar kepada RM10 berkuatkuasa dari 15 Jun 2020.

Lepas dah masukkan kod KHAANA1, tekan butang “Apply“.

Seterusnya, baca dan tanda pada kotak “I accept all terms and agreements“, kemudian tekan butang “Open My Account“.

Pengesahan Identiti

Proses yang seterusnya, perlu buat pengesahan identiti. Di sini korang kena buat pengesahan dengan mengambil gambar Passport, Lesen Memandu atau MyKad / Kad Pengenalan (gambar depan dan belakang).

Pastikan gambar tersebut jelas dan boleh dibaca.

Selain tu, korang perlu rakam video selfie untuk pengesahan diri dan juga upload gambar dokumen untuk pengesahan alamat.

Pengesahan identiti pelaburan Wahed Invest

Masukkan Deposit ke Akaun Pelaburan

Korang boleh mula masukkan deposit untuk dana pelaburan (minimum RM100) dengan membuat pindahan wang melalui Online Banking – Instant Pay (FPX) atau Wire Transfer.

Jika deposit guna kaedah Instant Pay (FPX), minimum kena masukkan RM101 sebab ada caj transaksi RM1.00 untuk perkhidmatan FPX. Deposit guna kaedah Wire Transfer tiada caj transaksi.

Duit pelaburan RM100 perlu dimasukkan dari akaun bank sendiri. Tak boleh dari akaun bank milik orang lain atau akaun bank syarikat.

Kemudian, tunggu akaun korang disemak dan deposit disahkan dalam tempoh 1-2 hari waktu bekerja.

Kadang-kadang ambil masa lebih lama. Tunggu je..

Masukkan duit pelaburan Wahed Invest

Referral bonus RM10 akan dapat selepas 30 hari dari tarikh deposit pertama. Korang kena kekalkan dana pelaburan minimum RM100 tu selama 30 hari bagi melayakkan terima bonus RM10 tersebut.

Selepas 30 hari, bonus RM10 akan terus masuk ke dalam akaun Wahed Invest korang, menjadikan dana pelaburan sebanyak RM110.

Dalam masa sebulan je boleh dapat untung 10%. Itu tak termasuk lagi dividen dan cash bonus.

Cara Melabur Dengan Wahed Invest

Selepas akaun dah disahkan dan duit pun dah masuk, pihak Wahed Invest akan membuat pelaburan berdasarkan portfolio kita.

Duit kita akan dilaburkan dalam pelbagai instrumen seperti:

  • Saham Malaysia
  • Saham Amerika Syarikat
  • Sukuk (Bon Islamik)
  • Emas

Portfolio pelaburan Wahed Invest

Kita hanya pantau prestasi dan semak pelaburan kita melalui aplikasi.

Kalau rasa nak tambah pelaburan, boleh masukkan duit lagi. Nak keluarkan duit pun boleh bila-bila masa, tanpa sebarang caj pengeluaran.


Nak tahu lebih lanjut tentang Wahed Invest, layari laman web wahedinvest.com dan boleh baca semua maklumat yang terdapat dalam web tu.

Siapa berminat nak melabur dengan Wahed Invest, boleh daftar akaun sekarang. Jangan lupa semasa daftar masukkan kod rujukan: KHAANA1
 

3 Comments

  1. Alhamdulillah. Saya sudah mula melabur dengan Wahed Invest. Bagi memudahkan kerja, saya sudah setkan potongan setiap bulan. Ini baru betul, duduk diam dapat duit. ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *