PDRM (Polis Diraja Malaysia) sekarang ni sedang menawarkan diskaun 50% bagi pembayaran saman trafik terpilih kepada para pengguna jalan raya yang ingin menjelaskan saman mereka.
Pembayaran saman trafik PDRM boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MyEG atau RILEK.com.my bermula dari 18 hingga 22 Januari 2020.
Siapa ada tunggakan saman boleh segera langsaikan saman trafik PDRM tu dan nikmati diskaun 50% yang ditawarkan untuk masa terhad.
Jangan lepaskan peluang ini!
Jenis Saman Yang Tidak Boleh Menerima Diskaun
Tawaran diskaun 50% ini untuk kesalahan trafik yang tertentu sahaja. Jenis saman trafik yang TAK BOLEH terima diskaun:
- Saman Kemalangan
- Saman Op Selamat Tahun semasa
- Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
- Saman Berstatus Mahkamah
- Saman Berkaitan Kenderaan Lori
Aku pun ada beberapa saman yang belum bayar. Koleksi saman trafik yang aku dapat kebanyakannya sebab ‘speeding‘. Aku memang suka pandu laju. Haha..
Kadang-kadang aku tak faham had laju yang ditetapkan. Kononnya untuk elak kemalangan tak boleh bawa kereta laju-laju atas jalan raya. Tapi pandu kereta perlahan juga boleh jadi punca kemalangan jalan raya.
Disebabkan dah kena saman, nak taknak terpaksa bayar juga lah.
Dengan adanya tawaran diskaun 50% sempena Tahun Baru Cina, inilah masanya untuk bayar semua saman trafik tu. (Kalau cukup duit la..)
Bayar Saman Trafik PDRM Secara Online
Kaedah bayar saman trafik PDRM secara online ni lebih mudah sebab kita tak perlu beratur panjang di kaunter dan buang masa berjam-jam tunggu giliran.
Aku biasa guna perkhidmatan MyEG untuk bayar saman trafik secara online. RILEK tak pernah try lagi. Tadi cuba login akaun RILEK, rasa slow sangat web dia. Mungkin ramai tengah guna nak bayar saman.
Web MyEG laju je.
Cara Bayar Saman Trafik PDRM melalui MyEG
- Buka laman web MyEG – https://www.myeg.com.my
- Log masuk menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ni (jika belum daftar sebagai pengguna, sila daftar dulu)
- Pilih “Polis Diraja Malaysia” dari senarai perkhidmatan.
- Tekan butang “SEMAK & BAYAR SAMAN PDRM”.
- Buat carian menggunakan Nombor IC atau Nombor Kenderaan.
- Senarai saman trafik akan dipaparkan.
- Tandakan pada saman yang ingin dibayar dan tekan butang “Proceed“.
- Jumlah yang perlu dibayar akan terpapar, termasuk caj E-Service (RM2 bagi setiap saman) dan caj SST.
- Tekan “Proceed to Payment” untuk buat bayaran.
- Pilih kaedah pembayaran menggunakan Online Banking (FPX) atau Kad Kredit / Debit.
- Lepas dah buat bayaran, MyEG akan bagi resit yang diiktiraf oleh PDRM sebagai bukti pembayaran. Boleh download / print resit tu untuk disimpan.
- Selesai.
Saman yang dah dibayar akan tunjukkan status “Processing” dan mengambil masa sehingga 48 jam untuk transaksi dikemaskini pada server PDRM.
Bila dah siap dikemaskini, saman yang dah dibayar akan dikeluarkan dari senarai.
Selain bayar saman melalui laman web MyEG, boleh juga guna aplikasi MyEG di telefon bimbit.
Korang dah semak ke saman trafik? Ada berapa banyak saman? Jangan lupa bayar..
Terima kasih atas info, nak kena check. Macam hari tu ada bawa lebih had laju di kawasan yang ada kamera AES ?
baru tadi check saman.. takde yang dapat diskaun.. T_T