Lama dah aku rancang nak buat kad pengenalan baru. Nak tukar MyKad lama yang dah rosak cipnya. Cuma aku tak sempat nak pergi buat urusan tu di kaunter JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).
Pernah pergi sekali sebelum ni. Tapi ramai sangat orang masa tu.
Oleh sebab aku ada urusan lain lagi hari tu, tak dapat nak tunggu giliran lama-lama. Terus tak jadi buat.
Tukar MyKad di JPN Taman Melawati
Hari Isnin lepas baru aku ada masa terluang sekejap dapat pergi JPN Cawangan Taman Melawati berdekatan dengan rumah aku untuk buat urusan tukar MyKad baru.
Aku pergi dengan isteri aku hari tu sebab dia pun nak tukar MyKad baru juga.
MyKad lama dia masih guna gambar muda remaja semasa zaman belajar di kolej dulu. Dapat kad pengenalan baru nanti dah ‘tak muda’ dah la sebab guna gambar terkini. Hehe.
Sebelum ke JPN, aku sempat singgah Pejabat Pos Taman Melawati dulu poskan simkad ONEXOX yang pelanggan order secara online.
Bisnes tetap kena jalan sambil-sambil buat urusan lain.
Caj Bayaran Tukar MyKad
Nasib baik JPN Taman Melawati tak ramai orang pagi tu. Tunggu giliran sekejap je. Urusan di kaunter pun tak sampai 5 minit termasuk kontrol hensem depan kamera ambil gambar terkini untuk MyKad.
Tukar MyKad baru dikenakan bayaran RM10.
Tapi, kalau cip MyKad rosak (bukan sengaja rosakkan), kita boleh tukar secara percuma asalkan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh penyerahan kad.
Tempoh Gantian MyKad Disiapkan
Proses buat MyKad di cawangan JPN Taman Melawati, tempoh siap kena tunggu 2 minggu atau 10 hari waktu bekerja. Kawan-kawan di Facebook bagitau JPN tempat diorang ambil masa 1-2 jam je dah boleh siap MyKad baru.
Siap dalam masa 15 minit pun ada juga.
Bila aku cari maklumat di internet, baru tahu tempoh siap tukar MyKad sebenarnya bergantung pada cawangan JPN yang kita pergi.
SEMENANJUNG :
- Siap 24 jam — Ibu Pejabat JPN Putrajaya, JPN Ibu Negeri, UTC dan Cawangan Terpilih (Batu Pahat, Kluang, Kulim, Machang, Gua Musang, Raub, Temerloh, Seri Manjung, Larut Matang, Bagan Datoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Dungun, Besut)
- Siap 10 hari — Cawangan JPN yang lain
SABAH / SARAWAK :
- Siap 24 jam — JPN Ibu Negeri dan Cawangan Sandakan, Tawau, Keningau, Sri Aman, Sibu, Miri
- Siap 30 hari — Cawangan JPN yang lain
Cawangan JPN yang siap lambat tu aku rasa mungkin tak ada mesin untuk cetak IC. Mereka kumpul dulu semua permohonan, lepas tu cetak di tempat lain.
Sebab tu ambil masa lama.
Tapi kira ok la tempoh siap 10 hari. Pejam celik pejam celik je boleh tunggu sambil buat urusan kerja harian.
Sekejap je 10 hari. Lagipun aku memang tak sempat nak pergi JPN tempat lain yang boleh siap cepat tu.
Dokumen Pengenalan Sementara
Cuma yang tak bestnya selama 2 minggu ni kena guna dokumen pengenalan sementara. Keluar pergi mana-mana kena sentiasa bawa kertas dokumen tu.
Dah la kertas dia bersaiz besar. Tak tahu boleh lipat atau tidak.
Tapi aku lipat je sebab nak mudahkan simpan dalam beg duit.
Ada tempoh 1 minggu lagi kena tunggu sebelum boleh pergi ambil MyKad baru di JPN Taman Melawati. Ingat nak cuba call nanti. Mana tahu mungkin dah siap lebih awal.
*Untuk tukar MyKad secara online boleh ke laman web ‘Gantian MyKad Atas Talian‘.
Nak tanya sikit tadi saya pegi ke cawangan jpn tukar alamat ic dan dia orang bagi ic sementara ,so kalau saya bawak ic sementara tu pegi ke utc boleh ambil tak ic.atau kena tungu semingu ambil di cawangan…mintak info sikit kwn²
Ambil IC ikut pusat kutipan. Kalau buat di cawangan rasanya kena ambil di cawangan jugak, tak boleh ambil kat UTC. Tempoh ambil IC pun berbeza untuk setiap pusat kutipan.
Boleh cuba semak status permohonan IC kat laman web JPN.
https://semakan.jpn.gov.my/
Mycard saya rosak cepat sebab selalu buat bayar touch and go
.
Rasa leceh pula nak pergi tukar ni
.
Sebabnya dah pergi beberapa kali, kebetulan masa tu bulan baik untuk kaum india. Penuh sebab ank daftar perkahwinan
.
Terus kami batal tak jadi buat
.
Tangguh lagi, tak tahu bila nak buat
sekarang ni senang nak buat mykad.. tak perlu pegi JPN.. UTC pon boleh
Saya buat kat putrajaya memang dalam satu hari siap
Maykad kena jaga elok2. Kalau ada sampul plastik tu lagi bagus. Kadang2 chip tak boleh digunakan bila dah berdaki terpaksa gosok dgn eraser.
buat kat utc memang akan cepat siap.tapi kalau daerah yang xde utc, kadang makan sebulan jugaklah.
sekarang sehari pun dah boleh siap kan
kalau nak cepat kena buat kat main..
kalau kat branch memang lambat
Baru juga tukar. Punya lah lama, dari zaman sekolah lagi. Warna pun dah berubah,cip masih elok tapi memang nampak buruk sungguh.
Salam.
Dulu-dulu time sekolah nak buat IC maunya makan berbulan. Lagi-lagi kena beratur panjang dari pagi sampai ke tengahari.
sekarang dah mudah, ahaks ;)
Dah tukar baru lepas pihak bank tolong salotep IC. :D
Rare tak rare masa tu, cip masih ok. Kad yang tak ada rupa. Tapi dalam masa 1-2 hari itu patut pergi. UTC kan banyak sekarang :)
i pun tak tukar mykad lagi,,, erm alahai
Rupanya 10 hari je siap buat mykad baru, dulu bukan main lama sampai sebulan.
Mungkin masa akan datang, terus siap bila dibuat hari yang sama..
Sekarang ni MyKad dah boleh siap hari yang sama kalau buat di Ibu Pejabat JPN Putrajaya, JPN Ibu Negeri, UTC dan cawangan2 terpilih. Lebih kurang 1-2 jam je dah siap MyKad baru..
10 hari ni tempoh buat di JPN cawangan biasa. Kira lama jugak la bagi sesetengah orang. Yang siap dalam tempoh sebulan pun masih ada lagi. Ikut tempat.
Selalunya akan tukar MyKad bila bank tak boleh baca kad. :)
Tu laa.. Memang tukar MyKad sebab bank tak boleh baca kad. Masa nak collect debit card baru CIMB hari tu, time tu la cip MyKad tiba-tiba tak boleh baca. Orang CIMB suruh ganti MyKad dulu sebab cip bermasalah.
Tak pasal-pasal tertangguh urusan tukar card bank. Debit card CIMB pun dah expired, tak boleh cucuk duit.