Permintaan Pasang Infra TM Unifi di Kediaman

Pihak Telekom Malaysia sedang jalankan kaji selidik bagi permintaan pemasangan infra TM Unifi di kawasan perumahan aku. Untuk buat petisyen (demand list) la ni.

Dia nak kenalpasti berapa ramai penduduk kat sini yang memohon talian internet Unifi.

Ingatkan dah ada internet berkelajuan tinggi kat kawasan kediaman ni. Rupanya TM belum sediakan infra lagi.

Kaji Selidik TM Unifi

Tujuan pihak TM Unifi menjalankan kaji selidik ni ialah bagi menentukan kadar penggunaan internet dan keperluan penduduk.

Kaji selidik dibuat dari segi demografi, bilangan penduduk, bilangan unit serta penggunaan sebelum ditawarkan kemudahan TM Unifi di kawasan kediaman.

Kaji selidik permintaan pasang infra Unifi TM
Notis pemberitahuan tentang kaji selidik pihak TM yang ditampal oleh pihak pengurusan apartment.

Masa aku baru pindah rumah sewa kat sini memang kawasan perumahan ni tiada infrastruktur TM (talian telefon dan internet). Dapat tahu tak ada infra masa aku buat permohonan nak pindah talian Streamyx dari rumah lama.

Pihak TM sendiri sahkan tak ada infra lepas mereka hantar orang check liputan kawasan.

Agaknya sebab dulu kurang permintaan talian internet di kawasan ni. Sebab tu pihak TM tak ada perancangan untuk sediakan infra. Kos mahal kot.

Oleh sebab rumah tak ada infra TM, terpaksa aku buat keputusan tutup akaun Streamyx. Ingatkan boleh sambung guna internet Streamyx tu kat rumah baru. Sedih betul.

Lepas dah tutup akaun Streamyx, penggunaan internet di rumah dan luar rumah aku bergantung sepenuhnya pada Mobile Data. Kecuali bila aku keluar lepak kedai mamak, boleh tumpang WiFi percuma kat situ.

Sekarang aku banyak guna perkhidmatan data telco ONEXOX. Guna pelan prabayar (prepaid).

Borang kaji selidik TM Unifi Broadband Demand
Borang kaji selidik online — TM Unifi Broadband Demand

TM Unifi Broadband Demand

Tak pasti bila agaknya akan ada infra TM kat kawasan perumahan aku ni. Dah isi borang kaji selidik (online) yang dibuat untuk penduduk kat sini.

Kalau banyak permintaan daripada penduduk yang lain juga mungkin cepat sikit pihak TM sediakan infra.

Susah hidup tanpa internet zaman sekarang ni. Kalau ada internet laju dan unlimited kat rumah senang sikit aku nak buat bisnes online, buat duit dari rumah dan update blog.

Buat masa sekarang ni nasib baik ada internet ONEXOX.

25 Comments

  1. Boleh saya dapatkan contoh form untuk membuat permohonan pemasangan fiber optik ke taman saya??

  2. sangat natural artikel2 anda, berbagi cerita brsama kawan2.. :)

  3. setia dgn TM.. sebab walaupun banyak komplen, yg lain lagi teruk kot

  4. Teringin nak masukkan internet kat rumah. Tapi dok survey lagi yang termurah tapi terpaling best…heheh. ade ke camni??

  5. Mudah-mudahan adalah tu bang kalau ramai permintaan. Sy kat sini pun mmg kawasan yg perlukan internet kelajuan tinggi pasal dekat dgn kawasan universiti.

  6. Sesuai pakai tmpat saya ni . nanti nak mohon

  7. Boleh gila woo kalau takde internet zaman sekarang nie.. ehehe

    • Tau takpe.. Nasib baik ada internet provider yang lain. So, takde internet Unifi pun tak terkesan sangat. Cuma penggunaan internet tu limited sikit lah, tak macam Unifi, unlimited kuota..

  8. Agak bila akan ada infra Unifi kat situ tu bro?

    • Tak pasti. Tunggu tindakan dari pihak TM je. Permintaan dah ada, cuma tak pasti berapa ramai penduduk yang minta..

      Kalau banyak permintaan kat kawasan ni mungkin cepat sikit TM sediakan infra Unifi..

      Kalau permintaan sikit, lambat lagi la kot. Sebab rasanya tak berbaloi TM keluarkan kos untuk pasang infra tapi yang akan guna infra tu tak ramai..

      Bisnes.. Biasa la.. Mesti nak untung, kan..

  9. Perubahan zaman…skrg internet mcm 1 keperluan. Sy mmg dah hampir sedekad jadi pelanggan unifi..alhamdulillah, coverage sentiasa bagus.

    Singgah dari Senarai Rakan Bloggers FB Mia.

    • Ya.. Zaman dah berubah. Dulu internet cuma kehendak. Sekarang dah jadi keperluan..

      Boleh kata semua orang zaman sekarang ni perlukan internet untuk bisnes, berhubung dengan kawan2 atau ahli keluarga yang dok jauh, dan lain-lain..

      Asalkan jangan sampai ketagih dengan internet dah la..

  10. Kawasan perumahan saya belum ada berita fiber optik akan masuk. Sekarang ini guna cooper wayar. :(

  11. saya pun tengah survey juga internet utk rumah

    • Internet untuk rumah rasanya Streamyx atau Unifi je yang paling ok setakat ni. Walaupun hari-hari ada nampak banyak komplen daripada pengguna. Hehe.

  12. Tempat kami pun tak masuk lagi unifi…nak minta masuk boleh ke?

    • Boleh minta. Cuma kalau kita sorang je yang minta, tak pasti bila akan dapat sebab pihak TM tengok pada demand / permintaan penduduk kat kawasan-kawasan yang blom ada unifi. Terutamanya kawasan perumahan baru..

      Boleh cuba kumpulkan seberapa ramai penduduk kat tempat tu, buat request. Rasanya kena ada lebih kurang 30-50 request (lagi ramai lagi bagus) supaya TM nampak banyak permintaan mohon internet unifi kat tempat tu.

      • macammana nak buat request tu ya ? saya ada tanya pekerja unifi , dorg minta saya buat petisyen . saya nak buat tapi taktau camne .

        • Kumpulkan seberapa banyak request (demand list) daripada penduduk kawasan.

          Macam kawasan tempat saya tinggal ni, pihak pengurusan buat petisyen guna borang online (Google Forms). Diorang tampal memo kat notice board untuk maklumkan tentang petisyen yang dibuat.

          Siapa yang nak guna unifi, cuma perlu buka link Google Forms tu dan isi maklumat dalam borang sebagai tanda sokongan untuk permintaan infra unifi.

          Nama Penuh:
          No. I/C:
          Alamat:
          No. Phone:
          Email:

          Lepas dah dapat banyak sokongan daripada penduduk kawasan, hantar demand list tu kepada pihak Unifi. Tempat saya sekarang ni dah pun dapat coverage Unifi lepas buat petisyen.

          Boleh la cuba. Minta jiran-jiran sign petisyen tu. Lagi ramai, lagi bagus.

          Maklumat lanjut boleh pergi mana-mana TM Points untuk tanya, atau contact pihak Unifi — https://unifi.com.my/support/contact-us

  13. Ada plan juga nak tukar ke streamyx lepas habis kontrak yang sekarang ni. Harap-harap ok lah kat tempat kami ni.

    • Ada internet Streamyx pun dah ok dah. Yang penting internet tanpa had (unlimited).

      Tapi kalau dapat internet Unifi lagi best sebab speed internet lebih laju dan kuota unlimited jugak.

  14. Sama hal seperti di Pontianak, sekarang sudah ada akses jaringan fiber optic IndiHome. Cuma belum menjangkau semua lokasi. Btw, gimana kecepatan internet disana? Cepat sangat kah?

Leave a Comment