Pertama kali makan di Makette Steamboat & Grill masa balik kampung cuti tahun baru cina hari tu. Bila balik kampung di Pasir Mas, Kelantan mesti ada je aktiviti makan beramai-ramai dengan ahli keluarga (sebelah isteri).
Raya cina biasanya isteri aku dapat cuti panjang. Boleh balik kampung lama sikit. Sempat balik kampung aku dulu di Perak, lepas tu baru balik Kelantan.
Bila dah berkumpul ahli keluarga, mula lah masing-masing merancang pergi keluar makan kat mana-mana tempat menarik.
Pilihan kali ni tempat makan steamboat di Kelantan — Makette Steamboat & Grill. Lokasinya di Tanah Merah.
Plan asalnya nak booking pada hari yang ada menu kambing golek, tapi tak berpeluang sebab dah penuh. Terpaksa booking hari lain.
Memang ramai orang datang makan di Makette Steamboat & Grill ni.
Macam Mana Nak ke Makette Steamboat & Grill
Kalau anda datang dari arah Pasir Mas / Kota Bharu, sebelum masuk bandar Tanah Merah akan jumpa signboard kedai di sebelah kanan.
Dari jauh dah boleh nampak. Besar dan tinggi signboard dia.
Kalau datang dari arah Machang / Jeli pula, kena menghala ke jalan Pasir Mas / Kota Bharu dan akan jumpa signboard besar tu di sebelah kiri.
Dah sampai Makette Steamboat & Grill, makan la sampai puas. Ada udang, daging lembu, ayam, sotong, fishball, megi, sayur, aiskrim, air minuman pelbagai perisa, kambing golek pun ada (setiap hari Ahad & Khamis).
Pilih je nak makan apa, nak minum air apa.
Harga Makan di Makette Steamboat & Grill
Berikut senarai harga makan di Makette Steamboat & Grill :
- Dewasa — RM20.00 (13 tahun ke atas)
- Kanak-kanak — RM12.00 (6-12 tahun)
- 5 tahun dan ke bawah — PERCUMA
- Hari lahir — PERCUMA
Best juga makan di Makette Steamboat & Grill. Sedap. Tempat dia pun selesa. Cuma aku rasa tak berapa banyak pilihan berbanding steambot tempat lain yang aku pernah pergi.
Tapi ok la dengan harga RM20 sahaja boleh makan sampai kenyang tak larat nak bangun.
Kena RM600 lebih makan ramai-ramai hari tu. Huhu..
MAKETTE STEAMBOAT & GRILL
129, Jalan Pasir Mas – Tanah Merah,
17500 Tanah Merah, Kelantan
Telefon : +60133215120
Facebook : fb.com/makette.hq
Makette Steamboat & Grill dibuka 6 hari seminggu dari jam 5:00 petang — 12:00 malam. Hari Selasa tutup, cuti.
Makette Steamboat & Grill (Tanah Merah)
Tempat makan menarik di Tanah Merah, Kelantan. Restoran makanan halal ini menawarkan hidangan barbeque, steamboat, buffet dengan harga yang berpatutan.
Address: 129 Jalan Pasir Mas - Tanah Merah, Tanah Merah, Kelantan, 17500, Malaysia
Phone Number: +60133215120
Days: monday, wednesday, thursday, friday, saturday, sunday
Opening Time: 05:00 PM
Closing Time: 12:00 AM
Serves Cuisine: barbeque, buffets, steamboat
Cantik dan unik sungguh cara display air minuman tu. kambing golek pun nampak menarik
kalau tengok kambing golek, kalo dah lepas makan pon boleh rasa lapar balik huhu
Banyak nya tempat makan di kelantan yang sedap sedap ya
Mewah makan tuan. Tak boleh tahan nampak senarai hidangan tu
.
Terus rasa lapar
Wah, memang sangat murahlah harganya. Best pulak makan ramai-ramai seisi keluarga
Balik kampung kali ni mesti makan sini
sedapnya makanan tu. boleh tambah berat badan ni. turun banyak dah.
murahnya!!!! ada kambik golek pulak tu!
Bila la boleh singgah sini, berkenan benar dengan kambing golek tu.
Biasa nampak restoran Steamboat ini di Tanah Merah tetspi belum pernah singgah.
Insya Allah, jika ada lalu ketika balik kampung, bolehlah try singgah nanti.
Terliur plak bila tengok kambing golek tu
Terliur jugak tengok kambing golek tu. Tapi tak sempat merasa sebab dah fully booked hari yang ada menu kambing tu.