Tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi menjelang Hari Raya Aidiladha. Mesti ramai yang dah tempah lembu untuk dikorbankan. Aku pun ada niat nak buat Qurban juga tahun ni.
Tahun lepas dah buat qurban Kemboja dengan eQurban.com. InsyaAllah tahun ni akan buat dengan eQurban lagi.
Buat tempahan korban dengan eQurban.com ni senang sebab semua urusan dibuat secara online. Duduk depan laptop pun boleh buat tempahan lembu korban.
Lepas dah buat tempahan Qurban, pihak eQurban akan laksanakan ibadah korban tu untuk kita di negara Kemboja.
Harga Qurban Kemboja
Dah ramai yang buat tempahan lembu korban dengan eQurban.com sebab harganya yang berpatutan. Selain untuk ibadah Qurban, boleh juga buat tempahan untuk Aqiqah.
Harga untuk ibadah Qurban dan Aqiqah yang ditawarkan oleh pihak eQurban.com adalah:
JUMLAH BAHAGIAN / EKOR | HARGA |
1 Bahagian Lembu | RM400 |
1 Ekor Lembu | RM2,800 |
1 Ekor Kambing | RM650 |
Murah kan? Bagi sesiapa yang berminat nak buat tempahan Qurban boleh daftar penyertaan secara online melalui laman sesawang eQurban.com.
Langkah-langkah untuk buat tempahan dah disediakan di laman web eQurban dalam halaman “Tempahan”. Ikut je arahan yang diberi.
Penyertaan Qurban tahun 2013 masih dibuka. Tarikh tutup penyertaan Qurban adalah pada 8 Oktober 2013 iaitu pada hari Selasa minggu depan.
Layari laman web eQurban.com untuk maklumat lanjut. Kalau berminat boleh terus buat tempahan.
Tahun ni InsyaAllah aku akan sertai team eQurban dalam Misi ke Kemboja. Boleh tengok lembu-lembu yang akan dikorbankan. Beraya kat sana lah tahun ni.
Tahun lepas buat korban nazar dengan satu company
Just nak tau macam mana pelaksanaan korban nazar dengan company yang tuan Anarm recommend ni ya
saya masih ada was2 sebab masa saya dapat sijil dia tak tulis korban nazar
korban nazar tu saya nazar kalau anak saya selamat saya nak buat
tapi bila dapat sijil takde tulis korban nazar
so hati ni tak sedap sangat
rasanya tahun ni kena buat lagi
mohon tuan Anarm tolong bagi guidance
terima kasih tuan
Assalamualaikum..
Berkenaan pertanyaan puan tentang Korban Nazar tu, ianya telah dikira sebagai SAH.. Jadi puan tak perlu lagi rasa was-was ye.. sebab waktu puan buat bayaran untuk korban nazar tu, puan dah pun berniat untuk nazar.. Pihak wakil yang melaksanakan korban dah menjalankan apa yang puan niatkan, iaitu untuk korban nazar..
Cuma, isu yang timbul sebab dalam sijil takde tulis korban nazar.. Tak menjadi masalah sebenarnya tu sebab niat korban nazar sudah SAH..
Kalau puan nak buat korban lagi sekali dengan company eQurban yang saya ceritakan dalam blog ni, pun boleh.. Dalam borang tempahan eQurban ada satu ruangan untuk puan nyatakan atau minta ditulis ‘korban nazar’ dalam sijil.. InsyaAllah pihak eQurban boleh buatkan..
Selepas buat bayaran, pihak eQurban akan laksanakan korban.. Lepas selesai semuanya, eQurban akan poskan sijil, resit dan gambar pelaksanaan korban (gambar lembu atau kambing yang dikorbankan)..
Untuk maklumat lebih jelas puan boleh layari laman web eQurban.com atau jika ada sebarang pertanyaan, puan boleh terus hubungi pihak eQurban.. eQurban juga ada Penasihat Syariah ( Ustaz Fadli Abd Rahim ) yang akan menjawab soalan2 berkaitan
semoga tahun depan bisa ada rizki untuk qurban,aamiin
Bagi yang melaksanakan ibadah kurban, semoga amalannya di terima Allah SWT
Pergh! Gi Kemboja tu :) Tak sabar nak baca entri dari Kemboja.
Tak lama lagi dah.
sape rasa belum buat, bolehlah cuba tahun ini.
cepat rebut peluang..harga murah tak terkalah ni
Gua beraya dekat Johor kali ini. Wife dah warning awal2
semakin mudah nak buat ibadah korban sekarang ni. rasanya elok buat korban di kemboja. kalau buat kat sini biasanya daging banyak dibazirkan. maklum sajalah, orang kita kat sini kan dah selalu sangat makan daging. dah muak.
Tinggal beberapa hari saja lagi…
tahun lepas berkorban dengan ezqurban…insha-Allah tahun berkorban di kampung :)
Dah lama tak rasa suasana korban kat kampung. Jarang sangat balik kampung masa raya haji.
Mudah untuk melaksanakan ibadah Qurban dan Aqiqah disamping beramal.
Dah dekat nak tutup penyertaan Ibadah Qurban di Kemboja… Kalau ada rezeki lebih tu jemputlah join…
Semoga rezeki kita semakin bertambah bila dah laksanakan ibadah Qurban.