Renew Insuran Kereta dan Cukai Jalan di Kiosk MyEG

Bulan ni cukup 1 tahun usia Cik Alza kesayangan aku. Jadi, dah sampai masanya nak kena perbaharui insuran dan cukai jalan.

First time nak buat sendiri insuran dan road tax kereta. Mula-mula nak renew secara online melalui website MyEG tapi line internet macam tak berapa stabil pulak. Internet kejap-kejap terputus. Loading web pun bukan main lama.

Terus tutup sebab rasa tak berani nak guna sistem online MyEG dengan keadaan internet macam tu.

myeg renew insurance roadtax online

Aku pun pergi Kiosk MyEG di Bandar Baru Bangi tengahari semalam untuk buat urusan renew cukai jalan dan insuran kereta. Nasib baik dekat je dengan ofis dan tak kena menunggu lama.

Dalam 5-10 minit je orang kat situ buatkan sampai siap, dan terus dapat road tax baru untuk Cik Alza.

Tahun depan nak cuba buat sendiri secara online.

Lebih kurang RM1,500 kena bayar untuk buat road tax dan insuran baru. Fuhh! Memang sengkek dibuatnya bila tiba masa nak renew 2 benda ni.

Road tax tak mahal, cuma insuran je yang mahal sikit.

Kena amalkan simpan duit setiap bulan untuk renew pada tahun depan pula.

Nasib baik ada NCD (No Claim Discount). Jumlah yang kena bayar akan jadi murah sikit untuk tahun-tahun berikutnya.

Itupun kalau takde buat claim sebab kemalangan. Kena sentiasa berhati-hati bawa kereta supaya tak berlaku kemalangan dan dapat manfaatkan NCD.

kereta perodua alza
Cik Alza (Kredit: Surayasagi.com)

Bila dah guna kereta ni, selain duit insuran dan cukai jalan, nak kena kira juga perbelanjaan untuk minyak, tol, parking, kos maintenance, alat ganti, ansuran bulanan dan kos-kos lain.

Sesetengah orang beli kereta dia ‘terlupa’ nak kira kos-kos lain untuk kereta. Apa yang dia kira cuma duit ansuran bulanan yang memang kena bayar.

Bila rasa diri dah mampu nak bayar ansuran bulanan sebanyak RM sekian-sekian, terus beli kereta ‘best‘. Bila sampai masa kena keluar duit lebih sikit untuk kereta, mula lah pening kepala fikir mana nak cari duit.

Panduan Lengkap Jaga Kereta

Tiba-tiba teringat member yang selalu telefon sebab nak pinjam duit untuk bayar kereta. Duit dia banyak habis modified kereta je. Kalau cantik takpe jugak.

Ini aku tengok dah macam tenuk atas jalan raya. Penat nak melayan kawan macam tu.

44 Comments

  1. amboi.. sekarang ni semuanya mudah…
    dengan adanya teknologi buat apapun pun senang cepat plak tu…

  2. alhamdulillah, kereta per’wira’ saya pun dah habis installment…tinggal nak maintain je sekarang nih…cuma agak lapuk sebab cat dah mati…tunggu masa je nak mengecat balik…

  3. Kereta yang Bro guna sekarang dah habis bayar.. Cuma tinggal kereta MyVi milik isteri je…

    Tahun lepas renew memang mahal sebab ada benda yang diclaim. Hope tahun ini xbeberapa mahal sangat sebab xde claim apa-apa.

    Cuma tarikh nak renew itu betul-betul dalam tempoh masa jadi bapak.. So agak beban sikit disitu.

    Tang service, 2-3x sebulan. Parah juga kenkadang tetapi bila fikirkan, kereta ini yang paling banyak berjasa. Sebelum ini hantar service dekat dealer. Now terus dengan Perodua.

  4. kalau kat myeg dapat additional 10% tak??sebab kalau kita direct pergi takaful company (contoh takaful malaysia) kita akan dapat additional 10%..selalunya kalau through agent..agent akan amek 10% tu..hehehe

  5. Saya pun biasa renew online via MyEG jer. Senang sebab geran kereta ada dengan bank. Kalau pergi kedai-kedai untuk renew, kena cas duit runner.

    Btw, Kiosk MyEG nih first time saya dengar :P

  6. aku antar insan yg bernaisb baik kot..sbb ofis aku sebelah JPJ je..dan org insuran siap berkhemah dkt depan JPJ tu..mmg xde masalah jln kaki je pergi renew roadtax..hu3..tp betul NCD tu patut dijadikan perangsang untuk kita drive hati-hati..jgn bw laju2..nnt eksiden

  7. biasa main kutu dengan kawan2 untuk perbaharui roadtax.
    kalau roadtax mati bulan Jun, jadi mintalah pada mak kutu untuk dapat duit kutu bu iuclan Jun..

    • Yup kutu roadtax sgt membantu. Tak terasa sgt keluarkan duit byk sekaligus.
      Dah 2 tahun buat amalan ini, akan diteruskan tahun berikutnya.

  8. anarm … akk suami isteri memang amalkan simpan 100 untuk roadtax dan insuran kereta setiap bln , lepas tu masa bayar loan kereta lebihkan 100 … jadi kalau terdesak sangat , loan kereta blh skip dan insuran + roadtax tetap boleh bayar. :)

    bukan simpan utk kereta je , ada mcm2 jenis sampul termauk yuran anak2 , duit sakit demam dan duit tabung tangan. Memang tips dr org tua ni

  9. Seorang member beritahu teknik terbaik ialah mengukur kemampuan diri sebelum beli kereta. Kereta yang kita mampu pakai ialah yang kita mampu bayar ansuran dengan kadar pinjaman 5 tahun (bukan 9 tahun). Walau bagaimanapun, kita beli dengan perjanjian 9 tahun juga. Tapi kita bayar ikut kemampuan tadi iaitu kadar 5 tahun. Bila sampai masa nak renew insuran, bulan tu kita boleh skip ansuran bulanan. Cuma teknik ni susah nak diimplementasi sebab kalau kira 5 tahun saja, rata-rata ramai yang cuma mampu beli kereta kecik Viva.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *