Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Alhamdulillah syukur kerana kita semua telah berjaya menunaikan rukun Islam ketiga berpuasa dengan menahan nafsu, lapar dan dahaga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. InsyaAllah bertemu lagi pada tahun depan.

Hari ni Syawal menjelma tiba dan seluruh umat Islam gembira meraikan Hari Raya Aidilfitri. Semoga korang semua seronok menyambut hari raya dengan keluarga masing-masing.

anarm selamat hari raya aidilfitri 1434h 2013

Yang tak dapat balik raya tu harap janganlah bersedih sangat ye. Bagi mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung, hati-hati memandu. Semoga tiba di kampung halaman dengan selamat. Sambil-sambil pergi beraya tu kongsikan info trafik terkini di Facebook dan Twitter untuk panduan rakan-rakan lain merancang perjalanan.

Di kesempatan ini, aku (dan juga isteri) nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan blogger, rakan Facebook dan rakan Twitter, serta kepada semua yang mengenali diri aku.

Sekiranya ada salah dan silap yang aku dah buat, ianya adalah secara tak sengaja. Tak pernah terlintas di hati dan fikiran untuk buat sesuatu yang boleh menyinggung atau mengguris perasaan orang lain. Aku minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga – Anarm.Net & Surayasagi.com


Ucapan Selamat Hari Raya daripada Team Denaihati

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *