Sekeping Kad Raya daripada Isteri

Tengah lepak dalam bilik tiba-tiba isteri tercinta hulur sekeping kad raya. Dapat kad raya daripada isteri buat aku rasa happy je pada hari raya ni. Masa zaman bujang dan couple dulu pun dia selalu bagi aku kad raya. Dah bertimbun aku simpan kad raya yang dia pernah bagi sepanjang tempoh perkenalan kami.

kad raya seorang isteri

Bila dah ada ikatan yang sah seperti sekarang, kad raya biasa pun jadi sangat special. Tambah pula raya tahun ni Raya Aidilfitri pertama kami sebagai pasangan suami isteri. Walaupun pagi raya dah bersalaman, minta maaf dan sebagainya tapi masa tu cuma cakap ayat-ayat biasa. Bila tulis dalam kad ucapan hari raya, bukan main berbunga-bunga lagi ayat dia.

Lepas isteri aku bagi kad raya, aku terus buka dan baca isi kad tu depan dia. Dia dah pesan awal-awal jangan baca masa dia ada sekali dengan aku. Dah tau mesti dia malu, tapi aku buat jugak sebab suka tengok isteri aku malu-malu. Kih3. Aku baca sambil jeling dia bila ada baris ayat yang dia tulis tu agak jiwang. Isteri aku pun apa lagi, terus sembam muka kat tilam. Malu! Sampai muka jadi merah padam. Hehe.

Kadang-kadang memang susah nak luahkan semua perkara isi hati. Rasa segan, malu, mungkin juga takut dan macam-macam lagi. Dengan cara bagi kad macam ni, dalam kad tu boleh tulis dan luahkan segala macam benda yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata dari mulut. Masa tengah couple dulu pun kalau tak guna kad atau surat, kami luahkan guna SMS ataupun email.

Sekali sekala jiwang tak salah.

Aku hargai sangat-sangat apa yang isteri aku dah tulis dalam kad ucapan hari raya ni. Terima kasih, sayang.

p/s: Sori tulisan tak cantik.” – Ayat terakhir dalam kad raya daripada isteri aku. Macam surat cinta budak sekolah. Hahaha..

15 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  1. dah lama tak hantar kad raya kat my hubby…dulu-dulu ada ler….kekadang apa yang kita ucapkan tak sama apa yang kita luahkan…..

  2. Aalahi… Sweetnya…. Bahagianya hidup sebagai pasangan suami isteri… menyambut hari raya pertama sebagai pasangan suami isteri pula tu…. Semoga ikatan perkahwinan yang di bina berkekalan hingga ke akhir hayat….

  3. Tersangat romantik…jealous pulak tengok…apapun miga berkekalan dan bahagia sepanjang hayat. Insyallah