Balik Kampung Raya bersama Keluarga

Hari ni hari terakhir masuk ofis sebelum bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Tinggal sehari saja lagi kita akan berpuasa. Sekejap je bulan Ramadhan dah sampai ke penghujung, kan? Jalan raya sekarang ni mesti tengah jem teruk sebab ramai yang dah bertolak pulang ke kampung masing-masing untuk sambut Hari Raya Aidilfitri 2013.

Balik Kampung Hari Raya Aidilfitri 2013

Insha Allah hari ni aku dan isteri tercinta akan bertolak balik kampung selepas solat Asar. Raya tahun ni dah buat undian akan beraya dulu di Teluk Intan, Perak (kampung aku). Raya ketiga baru balik beraya di Kelantan (kampung wife aku). Jauh jugak tu perjalanan dari Perak nak ke Kelantan. Harap semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah.

Sebelum balik kampung kena pastikan :

  • Maklumkan kepada jiran / polis,
  • Semua pintu dan tingkap telah dikunci rapi,
  • Serahkan kunci pendua kepada orang yang boleh dipercayai,
  • Matikan semua suis lampu, kipas dan lain-lain, serta tutup gas,
  • Jangan pasang lampu luar rumah (pencuri senang tahu rumah tiada orang),
  • Berdoa kepada Allah SWT mohon diberi keselamatan dan kesejahteraan.

Kepada rakan blogger, rakan Facebook dan rakan Twitter, yang mana nak balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya. Jangan lupa check kenderaan sebelum bertolak pulang ke kampung. Dalam perjalanan tu kalau rasa mengantuk, singgah berehat sekejap di R&R. Jangan terus je. Bahaya! Bukan setakat bahayakan diri sendiri, malah bahayakan orang lain jugak.

kawasan rehat balik beraya kampung

Boleh juga sediakan kain atau tuala kecil, basahkan dengan air dan gunakannya untuk sapu ke muka bila rasa mengantuk. Kalau balik kampung dengan isteri boleh suruh dia tolong urut tengkuk. Itupun kalau berteman. Kalau drive sorang-sorang kenalah guna cara lain. Mungkin dalam kereta time tu boleh pasang lagu raya kuat-kuat dan nyanyi sekali, atau mainkan CD ceramah agama yang bagus-bagus.

Tapi kalau rasa mengantuk tu dah tak tahan sangat, kena berhenti jugak la untuk berehat atau tidur sekejap sebelum teruskan perjalanan balik kampung. Demi keselamatan. Lambat sampai takpe, asalkan semuanya selamat. Kat kampung sana tu ada insan tersayang sedang menanti kepulangan kita untuk sambut Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Balik Kampung! Berhati-hatilah ketika memandu.

11 Comments

  1. Gema Takbir Menyapa Semesta,
    Membesarkan dan Mengagungkan Yang Maha Esa nan Maha Suci,
    Bersihkan Hati Kembali Fitri di Hari Kemenangan,
    Terkadang Mata Salah Melihat dan Mulut Salah Berucap,
    Hati kadang salah menduga serta Sikap Khilaf dalam Berprilaku,
    Bila Ada Salah Kata, Khilaf Perbuatan dan Sikap,
    Bila Ada Salah Baca dan Salah Komentar,
    Mohon Dimaafkan Lahir dan Batin,
    Selamat Merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1434 H

    Salam hormat saya sekeluarga
    Bang Iwan

  2. Assalamualaikum….

    Selamat pulang beraya di Pasir Mas……..bro.

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, Dalam gurau dan senda ada khalif dan dosa. MOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALANYA. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf, zahir dan batin. Daripada Kamil Salleh@sensasi2020.

  3. Bro anarm ni orang Teluk Intan ker?… Sekampung dengan Abang Ensem lah ni… Kecik betul dunia ni… hehehe

    Selamat Hari Raya Bro.. Maaf Zahir dan Batin….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *