Salam Aidilfitri daripada AnarmNet

Seperti biasa.. Tibanya bulan Syawal bererti kemenangan bagi semua umat Islam yang telah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Ketibaan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraaan dan keriangan.

Cuma diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan dalam menyambut perayaan Aidilfitri kerana bimbang akan menjauhkan kita daripada tujuan sebenar sambutan perayaan ini.

anarm aidiltri

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal yang mulia, AnarmNet sekeluarga ingin mengucapkan –

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam yang ada dan tidak lupa juga kepada semua pengunjung setia blog AnarmNet ni.

Ribuan ampuan dan maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap komen, tersakitkan hati, teremosi, tercarut, tercakap benda tak senonoh, dan bermacam-macam ‘TER’ lagi. Maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki.

Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ni dapat disambut dengan penuh keharmonian, keberkatan, kerjasama, dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diharap dapat diteruskan seperti biasa. Jangan jadikan aktiviti tersebut sekadar mengikut musim. Jadikannya amalan dalam kehidupan seharian kita.

Semoga segala perlakuan ibadah yang kita lakukan selama ni dapat dijadikan bekalan untuk kita menempuh hari akhirat kelak.

Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang telah mengutuskan kad raya dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin!!

Thanks to @Bubbles182 kerana bagi kad raya yang real punye. Amat-amat dihargai. Comel.. :)

Kad raya yang asli tetap menjadi pilihan aku. Thanks lagi sekali, @Bubbles182.

kad raya daripada bubbles182

Kad Raya daripada @Bubbles182

20 Comments

  1. Selamat Hari Raya Anarm. Maaf Zahir Dan Batin :biggrin: ..Anarm, kalo ada template website yg hari tu boleh bagi tak ? yang black tu..personal website..tringin nak pakai..yg ada icon social network semua tu..nama apa ek template tu ?

  2. selamat hari raya anarm..
    maaf zahir batin..
    kosong2 laa erk?
    kiranya diri ni ter pow rokok ko lebih..
    haha..
    :biggrin:

  3. Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa. Dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tak lepas dosa. Beribu maaf dipinta … Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

    • @Kujie, selamat hari raya juga utk kak jie.. mintak maaf byk2 kalau ada buat terasa hati ke apa2 ke, ayat dalam komen macam kasar skit ke, err… apa2 jelah.. harap diampunkan ye.. :smile:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *