Google Engineer, David Barksdale Dipecat

David Barksdale Google Engineer dipecat
  David Barksdale (photo: Gawker)

Google Senior Vice President of Engineering, Bill Coughran menyatakan bahawa mereka telah memecat seorang daripada juruteranya, David Barksdale kerana melanggar dasar privasi yang telah ditetapkan oleh syarikat raksasa tersebut.

David Barksdale, bekas jurutera Google berusia 27 tahun berulang kali menggunakan kedudukannya sebagai anggota kumpulan elit teknikal di syarikat itu dengan mengakses akaun Gmail dan Google Voice yang dimiliki oleh empat remaja tanpa persetujuan mereka sepanjang tempoh dia bekerja di situ.

Barksdale dikatakan berkenalan dengan remaja tersebut melalui kumpulan teknologi di wilayah Seattle ketika bekerja sebagai ‘Site Reliability Engineer‘ di pejabat Google di Kirkland, Washington.

David Barksdale Melanggar Dasar Privasi

Google tidak memberikan sebarang butiran lanjut tentang pelanggaran dasar oleh Barksdale itu tetapi laman web Gawker.com menyatakan bahawa Barksdale telah menyadap panggilan masuk dari Google Voice (perkhidmatan telefon Internet Google) setelah kenalannya itu yang merupakan remaja lelaki berusia 15 tahun menolak untuk memberitahu nama teman wanita barunya.

Setelah mengakses akaun remaja itu untuk mengambil nama dan nombor telefon teman wanitanya, Barksdale kemudian mengejek remaja lelaki tersebut dan mengancam untuk menelefon teman wanita barunya itu.

Insiden itu menyebabkan ibu bapa remaja terbabit melaporkan kepada pihak Google dan Barksdale dipecat pada bulan Julai 2010 dan hanya diketahui umum pada bulan ini.

Google Engineer, David Barksdale dipecat

Dalam insiden lain, Barksdale telah membuang sekatan ke atas dirinya daripada senarai rakan Gtalk walaupun remaja terbabit telah memutuskan komunikasi dengan jurutera Google itu.

Kes yang berlaku ini cukup membuatkan pihak Google berasa kesal kerana hal itu membuktikan bahawa dengan mudah setiap orang dapat mengakses dan menyalahgunakan informasi yang disimpan secara online.

Ini merupakan insiden yang kedua di mana jurutera Google dipecat kerana melanggar dasar privasi yang telah ditetapkan.

“Kami mengeluarkan David Barksdale karana telah melanggar dasar privasi dalaman yang dimiliki oleh Google. Kami dengan berhati-hati akan mengawal jumlah pekerja yang memiliki akses ke dalam sistem, dan secara rutin akan meningkatkan sistem privasi yang kami miliki seperti meningkatkan jumlah masa kami untuk melakukan audit bagi memastikan kawalan yang berkesan dan efektif.” – Bill Coughran, Senior Vice President, Engineering, Google

Pejabat Google, Kirkland, Washington
  Pejabat Google di Kirkland, Washington (photo: Gawker)

Rugi betol! Dah kerja tempat best tapi buat perangai pulak.

Kalau aku dapat kerja kat Google, memang aku kerja betul-betul. Gaji dah tentu tahap boleh shopping spender banyak-banyak takyah tengok tanda harga. Main beli je ikut suka.. keh keh keh..

Bekerja la dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan selalu sangat mengular kat tempat kerja. Bekerjasama la dengan pekerja-pekerja lain kat ofis korang tu (bukan berkumpul dok mengumpat).

Hormat boss korang ye. Jangan amalkan cakap-cakap belakang tentang boss korang. Kalau rasa berani sikit, sound la boss korang mintak naik gaji. Heheh..

53 Comments

  1. Yang paling best baca entri pasal Google ni sebab nak ushar dalaman office diorang. Hehe.. Hal berkaitan engineer tu tak amik port sgt. Tapi bapak kurus giler engineer ni, mamat2 yg terer pc semuanya aku tengok kurus2 jek.. lol

  2. konsep pecah amanah la ni. Jgn la diamalkan kalo da kantoi cmni la jadinya. pe pekdah ceroboh privasi orang sal nak ejek..ha3..mamat ni tekanan sgt ke keje kat google tu? :lol:

  3. cuba try apply… mana thau ada kekosongan…
    leh gak tumpang gembira..
    sbb leh ckp kat org luar
    “kawan sumi kerja kat google tau”
    hehehehe………

  4. :angry: sewel ke mamat Barksdale ni.dpt kerja tmpat gempak giler.
    siap boleh jadi power rangers.boleh plak buat hal.

  5. Itu kes yg dilapur dan dikesan

    mcm mana kalau akaun kita diakses diam2

    kita pun tak sedar?

    bukan kita lah..contoh org besar2..pemimpin negara ke

  6. hehe, kufur nikmat betollaaa mamat tue.. kikiki.. cantek siall pejabat google, teringin nak pegi satu hari nanti.. hohoho… btw, selamat hari raya, maaf zahir batin.. :D

  7. lempang laju2 kang baru tau…xde keje btol die ni..ade ke g tgk personal data org…kan da kene pecat…

  8. rugi rugi rugi….. dah la kena pecat….buat keje bodoh pulak tu…acces akaun orang semata2 nak amik no phone…adus…kebodosan yang teramat sangat tu….kalau access dapat duit berjuta boleh la accept..berbaloi la jugak…adohaiiii….hehehe

  9. hampeh tol~ kalo dh kena pecat konfirm xde org nk amek, melainkan kalo da org tu upah dia srh sabotaj. haha

  10. ayat last tu yg tak tahan tu. huhu..

    dah bagus2 kerja kat google.. dia buat hal la pulak.. kan dah kena pecat.. padan muka. heheee..

  11. wa…
    menarik citer ni..
    hahahaa..
    ade gak kes camni..
    tapi baguslaa google..
    diorang bertindak cepat..

  12. adusss ruginya
    klau aku diberi peluang kerja dengan google memang abis bersyukur la
    kerja dengan sebaik mungkin…

  13. manusia ni mana penah cukup..dah ada kuasa tak reti gunakan..tak tau jaga amanah..rugi doo kena pecat dari google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *