Saham Bangunan Wakaf Madrasah An-Nuur

Entri kali ni aku nak cerita tentang saham bangunan wakaf Madrasah An-Nuur yang mana mudir madrasah ni juga merupakan seorang blogger iaitu Ustaz Effendi.

Di kalangan rakan blogger, Ustaz Effendi lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Noehas.

Untuk pengetahuan semua, pihak Madrasah An-Nuur (MAN) sedang mengumpul dana untuk membina satu lagi bangunan di tanah dalam kawasan madrasah sekarang bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.

Pihak madrasah memerlukan dana sebanyak lebih RM600,000 bagi menyiapkan bangunan dan prasarana bangunan ini.

Ilustrasi 3D bangunan baru Madrasah An-Nuur
Ilustrasi 3D bangunan baru Madrasah An-Nuur

Dana Membina Bangunan Madrasah An-Nuur

Setakat ni Madrasah An-Nuur telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM200,000 lebih. Tetapi jumlah dana yang ada tu masih belum mencukupi untuk membolehkan bangunan baru ni dibina sepenuhnya.

Bagi mengumpul dana yang selebihnya, pihak madrasah telah memberi tawaran membeli saham wakaf dengan nilai RM100 untuk satu lot.

Saham wakaf ini membolehkan kita memberi sumbangan dan mendapat bahagian daripada pembinaan bangunan baru yang akan digunakan oleh para pelajar madrasah untuk belajar ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

Saham Bangunan Wakaf Madrasah An-Nuur

Lakaran pelan bangunan wakaf Madrasah An-Nuur
Lakaran pelan bangunan wakaf Madrasah An-Nuur

Saham Bangunan Wakaf Madrasah An-Nuur

Sekiranya anda ingin memberi sumbangan kepada MAN bolehlah layari halaman khas “Saham Bangunan Wakaf Madrasah Annuur“.

Jika nilai RM100 (saham wakaf 1 lot) rasa terlalu besar, boleh je hulurkan bantuan mengikut apa yang kita mampu. Tak semestinya perlu beli satu lot penuh.

Semoga sumbangan yang dihulurkan akan diterima oleh Allah swt. Aminn..

9 Comments

    • Alhamdulillah.. Sama-sama kita bantu beri sumbangan untuk pembinaan bangunan madrasah tu.. Semoga sumbangan yang dihulurkan akan diterima oleh Allah swt. Aminn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *