AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Saham Bangunan Wakaf Madrasah An-Nuur

Saham Bangunan Wakaf Madrasah An-Nuur

26/04/2014 Anarm 9 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Entri kali ni aku nak cerita tentang saham bangunan wakaf Madrasah An-Nuur yang mana mudir madrasah ni juga merupakan seorang blogger iaitu Ustaz Effendi.

Di kalangan rakan blogger, Ustaz Effendi lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Noehas.

Untuk pengetahuan semua, pihak Madrasah An-Nuur (MAN) sedang mengumpul dana untuk membina satu lagi bangunan di tanah dalam kawasan madrasah sekarang bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.

Pihak madrasah memerlukan dana sebanyak lebih RM600,000 bagi menyiapkan bangunan dan prasarana bangunan ini.

Ilustrasi 3D bangunan baru Madrasah An-Nuur

Ilustrasi 3D bangunan baru Madrasah An-Nuur

Dana Membina Bangunan Madrasah An-Nuur

Setakat ni Madrasah An-Nuur telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM200,000 lebih. Tetapi jumlah dana yang ada tu masih belum mencukupi untuk membolehkan bangunan baru ni dibina sepenuhnya.

Bagi mengumpul dana yang selebihnya, pihak madrasah telah memberi tawaran membeli saham wakaf dengan nilai RM100 untuk satu lot.

Saham wakaf ini membolehkan kita memberi sumbangan dan mendapat bahagian daripada pembinaan bangunan baru yang akan digunakan oleh para pelajar madrasah untuk belajar ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

Saham Bangunan Wakaf Madrasah An-Nuur

Lakaran pelan bangunan wakaf Madrasah An-Nuur

Lakaran pelan bangunan wakaf Madrasah An-Nuur

Saham Bangunan Wakaf Madrasah An-Nuur

Sekiranya anda ingin memberi sumbangan kepada MAN bolehlah layari halaman khas “Saham Bangunan Wakaf Madrasah Annuur“.

Jika nilai RM100 (saham wakaf 1 lot) rasa terlalu besar, boleh je hulurkan bantuan mengikut apa yang kita mampu. Tak semestinya perlu beli satu lot penuh.

Semoga sumbangan yang dihulurkan akan diterima oleh Allah swt. Aminn..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Informasi Keyword : dana pembinaan madrasah, kesang laut, madrasah annuur, madrasah tahfiz al-quran, saham bangunan wakaf, saham wakaf, sekolah arab johor, ustaz effendi, ustaz noehas

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Next article:
Masalah Talian Celcom

9 Comments

  1. Ibu.FatihahSakinah says

    20/05/2014 at 5:04 PM

    Thanks for the info, insyaa Allah akan cuba membantu mengikut kemampuan.
    Tq to admin Anarm.

    Reply
  2. yusri says

    08/05/2014 at 6:53 PM

    Saham untuk akhirat ni. Sama-sama kita mewakafkan harta kita.

    Reply
  3. reezluv says

    03/05/2014 at 5:59 PM

    bagus sekali ni..mohon share ye

    Reply
  4. Firdaus Azizi says

    29/04/2014 at 1:02 AM

    Ini boleh jadi saham akhirat yang sangat bagus… Terima kasih atas info nya Bro Anarm!

    Reply
    • Anarm says

      29/04/2014 at 5:50 PM

      Sama-sama.. Memang saham akhirat yang bagus.. Hulur bantuan untuk bina tempat belajar agama.. Besar pahalanya..

      Reply
  5. Anuar says

    26/04/2014 at 10:38 AM

    In Shaa Allah akan cuba membantu sedaya yang termampu… Semoga ramai rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan…

    Reply
    • Anarm says

      29/04/2014 at 5:49 PM

      Alhamdulillah.. Sama-sama kita bantu beri sumbangan untuk pembinaan bangunan madrasah tu.. Semoga sumbangan yang dihulurkan akan diterima oleh Allah swt. Aminn..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy