Hari ni merupakan hari pertama bersahur dan berpuasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Alhamdulillah, pagi tadi dapat aku rasai nikmat makan sahur.
Makan murtabak sekeping je kat kedai sambil sembang-sembang, borak-borak dan bergelak ketawa dengan seorang rakan, Hafeez a.k.a @feez98.
Ada sesetengah orang malas untuk bangun sahur. Lebih rajin melayan nafsu tidur daripada mengejar pahala bersahur. Ada juga yang masih ‘buta’ dengan keberkatan yang ada dalam bersahur.
Bersahur nampak macam biasa je tapi banyak keberkatan dan faedah yang boleh kita dapat daripadanya.
Hukum bersahur adalah sunat. Walaupun sunat, manfaat daripada bersahur itu adalah sangat besar di mana manfaatnya untuk diri sendiri akan memberikan kita tenaga untuk berpuasa.
Aktiviti bersahur itu juga dapat memberi kita pahala percuma kerana ianya adalah sunat dan merupakan sunnah Nabi S.A.W.
Kelebihan Makan Sahur
- Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar. Namun disunatkan untuk mengakhiri waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
- Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya. Di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang penuh berkat.
Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
- Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut agama lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
- Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
- Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur.
Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan mengganggu kesihatan.
Oleh sebab dah bersahur pagi tadi, puasa hari ni tak rasa lapar langsung. Tengok makanan kat bazar ramadhan tadi pon tak rasa terliur sangat. Cuma godaan paling kuat setakat ni adalah ROKOK!
Mungkin bulan Ramadhan kali ni aku boleh usaha lagi untuk berhenti merokok. Tahun-tahun lepas aku gagal. Mungkin cubaan pada tahun ni akan berjaya.
Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan online dan offline, serta semua umat Islam di serata dunia. Semoga ibadah puasa pada tahun ni memberi lebih ganjaran dan pahala buat kita semua.
Rajin-rajinlah bangun sahur. Jangan buat perkara-perkara makruh, apatah lagi perkara yang boleh membatalkan puasa. Solat terawih jangan lupa. Dapatkan seberapa banyak ganjaran pahala dalam bulan yang penuh berkat ini.
Ramadhan Kareem dari saya ;)
Entry yg bermanfaat utk semua.
salam.. boleh x anarm hantar kan ebbok tutorial utk cara2 menggunakan adobe photoshop cs5 complete please…. tq
Assalammualaikum Anarm, boleh tolong email kat aku ebook panduan solat sunat tarawih sebab file sharing tu aku punya kena block :sad: :cwy:
@mohzam, waalaikumussalam.. aku dah email ebook tu kat email yg ko pakai untuk komen kat sini.. ebook tu puasa tahun lepas aku ada share, tapi link dah mati.. aku cari balik pastu aku share kat sini plak.. harap dapat memberi ilmu dan manfaat.. terima kasih..
Banyak fadhilat bersahur yang tidak ketahui. Terima kasih berkongsi
@akubiomed, ada banyak lagi tu fadhilat dia.. tapi tak kisah la sikit ke banyak ke.. kalau sesuatu benda tu dapat bagi manfaat kat diri kita, apa salahnya kalau kita buat je.. takde rugi apa2 kan..
@Anarm, Cuba tanam azam untuk berhenti merokok.
lewatkan sahhur,cepatkan berbuka.istimewanya Islam :D
@Pacifista – X, benda simple je tu.. tapi ganjarannya besar.. :happy:
ustaz aku selalu pesan bab hukum sunat ni, dia cakap kalau buat dapat pahala tapi kalau tak buat rugi saja. betul jugak. rugi jela benda simple mcm tu malas nak praktikkan.
lepas sahur masa yang elok juga nak dapatkan idea menulis. macam lepas subuh jugak la.
anarm, tolong tgkkan sharebar aku. apasal tak center elemem2 yang ada dalam tu?
@afiq aiman, kalau imannya menebal,mudah je sahur ni.lagipun fadilatnya pun besar :D
@afiq aiman, memang rugi kalau tak buat benda sunat.. tambah2 dalam bulan puasa ni.. ganjaran pahala memang lagi banyak daripada biasa..
sharebar ko tu aku rasa dia tak center mungkin sebab button Google +1 yang ko pakai.. pilih button yang bubble count dia tu dok kat atas, bukan button +1 yg bubble kat tepi macam ko pakai skrg.. yg tu kalau nak pasang bawah entri boleh.. kalo kat sharebar pakai macam kat blog aku ni.. aku rasa mungkin sebab tu kot.. ce ko try tukar kejap..