Gangguan Bekalan Air Lagi

Hari ni bermula gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Kerja-kerja tu dijangka siap sepenuhnya pada jam 11:00 malam, 13 Oktober 2021.

Gangguan Bekalan Air Selangor
Gambar Hiasan (Sumber: Berita Harian)

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna bermula 14 Oktober 2021 jam 5:00 petang setelah sistem bekalan air distabilkan.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza, bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 16 Oktober 2021.

Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air

Wilayah atau kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ni ialah Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuala Langat, Petaling, dan Shah Alam.

Kawasan rumah aku pun terlibat juga.

Semalam aku dah simpan stok air, tadah dalam 2 tong besar dan 2 baldi kecil. Harap-harap cukup lah untuk guna sampai bekalan air kembali pulih. 4 hari tu..

Simpan bekalan air

Tong air besar tu aku beli 7 tahun lepas. Memang sediakan untuk simpan air sebab dah banyak kali kena catuan bekalan air.

Stok air penuh 1 tong biasanya boleh tahan dalam 2 hari. Itupun kena kawal juga guna air.

Siapa duduk di Selangor mesti kena ada bekas untuk simpan air. Selangor ni kan memang dari dulu lagi terkenal dengan gangguan bekalan air. Orang kata dah jadi sebahagian daripada cara hidup. Sabar jela..

Kemaskini Status Insiden

Aku baca kemaskini status insiden kat laman web hentitugas.airselangor.com tadi, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan dah dimulakan pada jam 9:00 pagi.

Tapi dalam pukul 11:00 pagi air masih ada kat rumah aku. Mungkin air dari dalam tangki kot.. Boleh la guna dulu air tangki. Dah habis nanti baru guna air yang tadah semalam.

Berjimat cermat la ye guna air tu..

 

Leave a Reply