Review Filem: Don’t Breathe 2 (2021)

Aku baru lepas tengok movie Don’t Breathe 2 (2021) lakonan Stephen Lang. Don’t Breathe 2 ni berbeza dengan filem Don’t Breathe yang pertama. Kali ni Stephen Lang bawa watak sebagai seorang anti-villain.

Kalau korang belum tengok filem Don’t Breathe 1, kena tengok.. Best cerita dia. Lepas tu boleh layan Don’t Breathe 2 pulak.

Don't Breathe 2 (2021)

Sinopsis Don’t Breathe 2

Don’t Breathe 2 mengisahkan tentang Norman Nordstrom (Stephen Lang), seorang veteran tentera Navy SEAL yang buta tinggal bersama anjingnya, Shadow dan seorang budak perempuan berusia 11 tahun, Phoenix yang telah menjadi anak yatim piatu selepas rumahnya terbakar.

8 tahun lalu, Norman jumpa Phoenix sedang terbaring kat tengah jalan. Dia pun bawa balik dan jaga Phoenix macam anak kandungnya sendiri.

Sebab terlalu sayangkan Phoenix, Norman tak benarkan Phoenix keluar jauh dari rumah. Phoenix cuma boleh keluar sesekali je. Pergi sekolah pun tak boleh. Belajar kat rumah je.

Phoenix juga diajar teknik survival oleh Norman. Jika dia lulus semua latihan survival tu, Norman berjanji akan bagi dia keluar rumah.

Norman sangat menjaga keselamatan Phoenix sebab dia takut kehilangan anak yang dia sayang macam dalam filem Don’t Breathe 1.

Don't Breathe 2 Phoenix
Phoenix diberi latihan survival oleh Norman.

Satu hari, Hernandez (kawan Norman) minta untuk bawa Phoenix temankan dia keluar pergi ke bandar. Pada mulanya Norman tak bagi. Tapi selepas dipujuk, baru lah dia izinkan Phoenix keluar dengan Hernandez.

Semasa di bandar, ada penjahat cuba nak culik Phoenix. Tapi nasib baik Shadow ada bersama dengan dia masa tu. Penjahat tak jadi nak apa-apakan dia sebab tengok ada anjing garang.

Bila Phoenix, Shadow dan Hernandez dah naik van nak balik rumah, penjahat tu ikut mereka sampai ke rumah Norman.

Dont Breathe 2 Hernandez
Phoenix dan Hernandez baru balik dari bandar.

Pada malam tu, Norman sediakan makanan untuk Shadow. Tapi Shadow takda walaupun dah dipanggil. Bila dia nak isi makanan dalam bekas makanan Shadow, dia rasa pelik sebab makanan masih ada lagi dalam bekas tu. Shadow tak makan.

Norman pun nak keluar pergi cari Shadow. Masa tu dia tak tahu penjahat dah masuk dalam rumah. Penjahat tu berdiri betul-betul depan dia, tapi dia tak perasan dan terus keluar.

Phoenix pula duduk seorang diri dalam bilik.

Norman mula sedar sesuatu yang buruk dah berlaku bila dia jumpa Shadow dah mati. Badan Shadow berdarah dan ada luka kena tembak. Dia pun patah balik ke rumah untuk selamatkan Phoenix.

Di rumah, Phoenix sembunyi daripada penjahat dan cuba lari. Tapi tak sempat nak lari keluar dari rumah sebab dihalang oleh penjahat tu.

Bila Norman dah sampai kat rumah, dia terus pegang penjahat yang berada kat pintu dan suruh Phoenix pergi masuk dalam kotak besi di ruang bawah tanah.

Phoenix pun lari masuk dalam kotak besi dan terus kunci dari dalam. Tapi penjahat isi air pulak dalam kotak besi tu nak bagi dia lemas.

Dont Breathe 2 Norman headlock

Seperti yang diketahui dalam filem Don’t Breathe 1, Norman bukan calang-calang orang. Walaupun buta, dia ada kepakaran tersendiri untuk tumpaskan musuh dia.

Dia dah bunuh 2 daripada 5 orang penjahat yang masuk rumah dia. Tapi malangnya Phoenix diculik juga oleh penjahat-penjahat tu dan rumah Norman dibakar.

Lepas tu, Norman pun mula cari Phoenix dengan bantuan anjing milik penjahat. Anjing tu sebenarnya penjahat suruh serang Norman. Tapi Norman berjaya selamatkan diri dan kurung anjing tu. Bila rumah dia dibakar, anjing tu dia lepaskan balik.

Nasib baik ada anjing milik penjahat tu. Kalau tak, memang tak dapat nak cari Phoenix. Anjing tu bawa Norman ke tempat tuan dia.

Adegan seterusnya bersambung kat tempat persembunyian penjahat pulak.

Trailer Don’t Breathe 2 (2021)

Pada pendapat aku, Don’t Breathe 2 ni tak rasa sesak nafas sangat macam filem pertama. Filem pertama memang terasa sesak nafas bila orang tu pecah masuk rumah dia lepas tu tak boleh keluar.

Tapi jalan cerita Don’t Breathe 2 ni pun best juga sebab penuh dengan aksi, brutal, dan saspens.

Ending dia macam akan ada sambungan lagi. Don’t Breathe 3?

Rating personal: 7/10
 

Leave a Reply