Catuan Bekalan Air Mengajar Kita Hargai Air

Kawasan rumah aku baru mula catuan air. Catuan bekalan air dibuat bagi mengawal penggunaan air ketika tahap takungan air di empangan berada pada paras kritikal seperti sekarang.

Bila air dah kena catu macam ni barulah rasa lebih hargai air.

Masa ada air, mandi bukan main lama. Air memang banyak dibazirkan. Ambil wuduk pun dengan air yang mengalir tak henti-henti dari paip yang dibuka besar-besar.

Bila kekurangan bekalan air, ambil wuduk dengan satu cebok air pun dah cukup. Pandai pulak jimat air. Masa ada air tak tahu nak berjimat. Mentang-mentang air percuma.

Catuan Bekalan Air negeri Selangor

Jaduan Catuan Bekalan Air

Ikut jadual catuan air yang dikeluarkan oleh pihak SYABAS, bekalan air dicatu selang 2 hari (2 hari ada air, 2 hari tiada air). Tapi kadang-kadang tak menentu dan tak ikut jadual yang ditetapkan.

Terpaksa aku beli tong air besar untuk tambah bekalan air selama 2 atau 3 hari. Takut tak cukup air nanti susah pulak nak ambil wudhu, nak mandi, nak buang air, dan nak memasak.

Catuan Bekalan Air Selangor
Bilik air jadi sempit sikit sebab ada tong air besar ni

Catuan bekalan air Selangor akan dilanjutkan lagi tiga bulan. Bermakna sampai bulan puasa dan hari raya.

Nampak gaya beli makanan untuk berbuka nanti kena cari bazar Ramadhan di kawasan yang ada air. Kalau bazar di kawasan takde air rasa macam tak sanggup pulak nak membeli juadah yang dijual.

Semoga hujan turun lebih banyak di kawasan tadahan, bagi penuh balik air empangan. Susah hidup dengan bekalan air yang terhad.

Tapi ada baiknya juga dalam situasi sekarang ni sebab catuan air dapat mengingatkan ramai orang supaya lebih hargai air dan jimat cermat menggunakan air.

jimat air semasa musim catuan bekalan air

23 Comments

  1. Setuju sangat dengan brader admin..Memang dengan keadaan sekarang ini ianya mengajar kita untuk berjimat cermat..ada hikmah disebalik kejadian..semoga brader admin dan semua yang terlibat tabah menghadapi ujian.

  2. tarif air kat malaysia memang murah, mugkin ini sebabnya kita kurang kisah dari segi penggunaannya.
    Sama-sama kita doakan supaya lebih kerap hujan supaya tadahan/takungan air naik semula.

    • Betul tu.. Nak kena doa banyak2 minta hujan lebih banyak kat kawasan tadahan.. Dengar cerita hujan yang turun sekarang ni bukan kat kawasan tadahan.. Sebab tu takungan air amik masa sikit nak naik semula..

    • Nampak macam pihak kerajaan pun tgh cuba sedaya upaya nak selesaikan isu bekalan air ni.. Rakyat kena banyakkan bersabar jela.. Sama2 kita doa semoga semua dipermudahkan dan isu air ni dapat diselesai dengan cepat.. Mintak hujan turun banyak2 kat kawasan tadahan air..

  3. Betul, bila time-time xder air nie la baru terasa betapa berharganya komoditi dunia tu.

  4. Alhamdulillah betul kata tuan,sebelum ni kebanyakan dari kita mmg langsung tak endahkan tentang penjimatan air.byk pembaziran yg dilakukan setiap hari.Tapi bila air dah kena catu barulah masing2 kelam kabut.Air menjadi sgt berharga ketika ini.Baru tersedar akan kepentingan air dalam kehidupan.semoga kita semua menjadi insan yang bersyukur.

    • InsyaAllah.. semoga kita semua akan jadi insan yang lebih bersyukur lepas ni.. Kena belajar guna air dengan cara yang lebih jimat.. Air memang sangat2 penting dalam hidup ni..

  5. Harap-harapnya gangguan bekalan air ni taklah seperti yang diberitahu. Tak sanggup nak mengadap masalah ini time raya nanti.

    Sekarang ni pun dah cukup susah.

    • Kalau time raya pun bekalan air tak cukup, alamatnya tak beraya sangat la kita tahun ni.. Buatnya tetamu datang beraya ramai2 takut tak cukup air minum pulak..

  6. Lama jugak ye catuan air ni akan dijalankan..sekurang-kurang lagi 3 bulan nak kena hadap..harap semua yang terlibat akan sentiasa dipermudahkan dalam menghadapi kesulitan bekalan air..

    • Harap2 macam tu lah.. Buat masa ni kena banyakkan bersabar hadapi ujian kurang bekalan air.. Baru sekarang rasa pentingnya air.. Susah jugak bila bekalan air terhad macam ni.. Nak guna air pun kena sukat2 takut tak cukup air pulak nanti..

  7. sememangnya begitu … bila banyak tak teringat nk berjimat atau hargai. Bila dh dicatu baru rasa nak berjimat dan yg lebih tak baik masih tak bersyukur walaupun belum lg diuji dng ketiadaan air yg berterusan

    • Harap2 jangan la takde air berterusan.. Sekarang ni pun dah rasa susah bila bekalan air terhad je.. Kalau lama sangat takde air tak tau la apa jadi..

    • Aku pun.. Kena main sukat cebok je sekarang ni takut tak cukup air pulak.. Cuma sekali sekala tu ada jugak la sukat guna baldi.. Lebihkan sikit air bagi badan lebih bersih lepas mandi..

    • Betul tu.. Kira bagus jugak la catuan air ni.. Kita jadi lebih ingat untuk jimatkan penggunaan air.. Kalau tak asyik dok membazir air je..

    • Kalau keluarga besar memang terasa sangat2 musim catuan air ni.. Nak kena jimat air kaw2.. Peniaga kedai2 makan pun banyak tutup kedai masa takde air.. Berkurang lah diorang punya income sekarang ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *