Char Koay Teow Simply Delicious Kasi Sengat

Hari Ahad lepas aku berpeluang menikmati hidangan istimewa di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious milik Serina Redzuawan. Dah lama tak makan char koay teow. Best!

Kenal tak Serina Redzuawan? Anak perempuan Chef Wan yang comel lote tu.

Aku, Shakiddo dan Sohoque bertolak dari Shah Alam ke lokasi restoran yang terletak di The Strand Kota Damansara. Hujan lebat petang tu. Lebih kurang pukul 7:30 PM kami sampai dan terus mencari surau untuk solat Maghrib.

Nasib baik restoran ada surau. Event2 jugak, solat jangan diabaikan.

Char Koay Teow Simply Delicious Encorp Strand Kota Damansara

Restoran Char Koay Teow Simply Delicious, Kota Damansara

Ruang makan bahagian luar Restoran Char Koay Teow Simply Delicious
Bahagian luar kedai pun ada disediakan ruang untuk makan, minum dan lepak

Senang nak cari restoran ni sebab signboard kedai dia berwarna PINK. Senang nampak.

Tapi ada jugak blogger sesat tak jumpa cari kedai. Nama dia ‘Kak Nowa’.

Bukan setakat signboard je warna pink, kerusi dan meja pun sama, termasuk hiasan dalam restoran yang berkonsep santai ala-ala butik dengan kombinasi warna pink dan ungu.

Warna pink menjadi pilihan kerana ianya warna kegemaran Serina Redzuawan.

Selain menguruskan Restoran Char Koay Teow Simply Delicious, Serina Datuk Redzuawan juga merupakan penerbit kepada syarikat produksi YKS Film Maker Sdn Bhd, Farmasi Cosway dan juga pengasas perniagaan produk Anggun Serina.

Blogger di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious
Antara blogger yang sampai awal untuk makan Char Koay Teow Simply Delicious

Blogger makan Char Koay Teow Simply Delicious

Sebelum acara makan-makan bermula, Serina memberi sedikit ucapan alu-aluan atas kesudian kami memenuhi jemputan datang untuk menjamu selera hidangan yang disediakan.

Blogger kalau dijemput makan memang takkan tolak punya. Tambah-tambah lagi Food Blogger Melayu Popular, memang kerja dia makan je.

Serina juga berkongsi cerita bagaimana dia memulakan bisnes Restoran Char Kuey Teow Simply Delicious Penang Mai ni tanpa pengetahuan bapanya iaitu Datuk Chef Wan.

Bila Chef Wan dapat tahu, kena bebel la sekejap.

Tapi sekarang ni bapanya antara orang yang memberi sokongan kuat kepada Serina.

Serina Redzuawan pemilik Char Koay Teow Simply Delicious

Di samping tu, Serina juga memberi sedikit kata-kata motivasi kepada kami.

Untuk berjaya dalam sesuatu bisnes kita kena berani. Bila kita terfikir untuk buat sesuatu, teruskan je buat dengan sebaik-baiknya. Kalau kita gagal sekalipun, sekurang-kurangnya kita dah pun mencuba.

Lagipun semua bisnes kan ada risikonya.

Resipi Istimewa Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai

Resipi Char Koey Teow Simply Delicious Penang Mai ni adalah resipi daripada sahabat Serina Redzuawan sendiri iaitu Kak Salwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Awa’, yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan Simply Delicious.

Pada mulanya aku ingatkan char koay teow di restoran ni menggunakan resipi Chef Wan. Rupanya resipi char koay teow ni dicipta oleh Awa.

Menu Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Kota Damansara

Menu Char Koay Teow Simply Delicious

Harga menu Char Koay Teow Simply Delicious

Resipi char koay teow dia memang sedap! Paling terbaik antara banyak-banyak char koay teow yang aku pernah makan sebelum ni.

Malam tu aku order Char Koay Teow basah. Ada juga Char Koay Teow jenis yang kering. Tapi aku lebih suka yang basah.

Lepas dah habis sepinggan Char Koay Teow banjir, rasa nak tambah lagi sepinggan. Tapi segan pulak aku nak order lagi.

Nasib baik Sohoque bagitau dia dah order Char Koay Teow yang kering. Kongsi separuh-separuh dengan dia. Lepas dah rasa 2 resipi char koay teow tu, aku rasa yang basah lebih ummpphhhh kesedapan dia.

Char Koay Teow Simply Delicious, The Strand Kota Damansara

Minuman Simply Delicious

Char Koay Teow Simply Delicious - Food review by Blogger
Blogger tengah sibuk ambil gambar Char Koay Teow Simply Delicious
Deqnoor makan Char Koay Teow Simply Delicious
Tu diaa Deqnoor tengah layan makan char koay teow

Selain Char Koay Teow, restoran milik Serina Redzuawan juga ada menyediakan hidangan-hidangan lain seperti Koay Teow Goreng, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Udang, Satay, Otak-otak, Karipap, Murtabak, pau, dessert Choc Moist Cake, Durian Crepe, Tiramisu, Red Valvet, Pavlova Brownies…

Semua sedap!

Kami dah cuba try setiap hidangan yang ada, memang semuanya sedap-sedap dan menyelerakan. Satay dia bagi aku lebih sedap daripada Satay Kajang dan satay-satay lain yang aku selalu makan.

Aku suka rasa kuah kacang dia. Murtabak pun sedap. Dessert pun sedap juga.

Nasi Goreng Udang Simply Delicious Kota Damansara

Satay Restoran Simply Delicious Kota Damansara

Hidangan Restoran Simply Delicious milik Serina Datuk Redzuawan

Suasana di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious hari tu jadi lebih menarik dengan kehadiran Sofi Jikan yang baru lepas meeting dengan Serina Redzuawan.

Blogger-blogger ni pun apa lagi terus minta kebenaran nak bergambar. Sofi Jikan pun layan baik je masa ambil gambar dengan gaya “KASI SENGAT”. Low profile juga Sofi Jikan ni.

Gangsterock : Kasi Sengat, Filem Sulung Arahan Sofi Jikan

Untuk pengetahuan semua, Sofi Jikan sekarang ni dah jadi pengarah bagi filem Gangsterock: Kasi Sengat yang merupakan karya sulungnya di bawah produksi YKS Film Maker Sdn Bhd milik Yusof Kelana dan Serina Redzuawan. Hebat!

Daripada pelakon sekarang dah jadi pengarah filem pulak.

Semoga kerjaya Sofi Jikan dalam bidang pengarahan akan berjaya dan setanding dengan pengarah-pengarah tersohor tanah air.

Sofi Jikan bersama blogger di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai

Sofi Jikan bergambar bersama blogger dengan gaya kasi sengat

Terima kasih kepada Kak Serina kerana menjemput kami menjamu selera di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai. Semoga restoran ni dan perniagaan-perniagaan lain yang diceburi akan berjaya semuanya.

Kepada kawan-kawan yang teringin nak rasa hidangan istimewa di restoran ni bolehlah datang singgah. Makanannya memang tak mengecewakan. Ramai yang dah datang makan kat restoran ni semuanya cakap SEDAP!

Boleh datang makan dengan kawan-kawan atau family… atau awek. Alamatnya di bawah ni:

CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

No.Tel: 03-6151 4112 / 012-420 4112
Waktu Operasi: 10.00 AM – 1.00 AM (Setiap Hari)

Fanpage : Serina Redzuawan Official
Twitter : @serinaredzuawan
Instagram : serinaredzuawan
Blogger bersama Serina Redzuawan di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious
Ambil gambar beramai-ramai dengan Serina Redzuawan di depan Restoran Char Koay Teow Simply Delicious, The Strand Kota Damansara

28 Comments

  1. kacau jiwa tgk gambar2 makanan…

    char koay teow basah, kering..dua2 ambe rembat…janji sedap…hahaa

    nak kna singgah gak ni..dekat dah ngn opis wife ni..hehe

  2. Tu dia… Ramai rupanya pi join makan sekaki. Patut la fames semacam Char Koay Teow Simply Delicious nih.

    P.s. – Bila la Abe Sohoque nak buat review kat blog dia nih…

  3. Ramai blogger yang join makan dekat CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI… Tentu sedap rasanya… Maklumlah Owner merupakan anak Chef terkenal di Malaysia.. Mana tumpahnya kuah Char Koay Teow kalau tak ke dalam mangkuk… hehehe… ;)

  4. “..Bila kita terfikir untuk buat sesuatu, teruskan je buat dengan sebaik-baiknya. Kalau kita gagal sekalipun, sekurang-kurangnya kita dah pun mencuba. Lagipun semua bisnes kan ada risikonya..”

    best betul ayat ni..rasa terinspirasi untuk terus berjaya

    • Macam tu lah lebih kurang apa yang Serina bagitau.. Kalau kita teragak-agak untuk bertindak, memang bisnes takkan jadi.. Kalau berani berdepan dengan risiko, InshaAllah akan ada kejayaan dalam hidup.. Tapi tengok juga pada perancangan kita.. Kalau main buat je tanpa merancang pun tak jadi jugak..

  5. Woiittt.. kutuk ehhh sesat. X baik tau. Hehehe.. kita tunggu boduguard dia jemput ler.. jgn jeles.. heeeeee

    Tapi kan mlm tu ada org malu2 nak order. Sekali order 2 gelas air epal acam boy.. bahah

    • Memang segan nak order lagi.. Kalau ikutkan nafsu, rasanya 4 pinggan char koay teow boleh habiskan malam tu.. Bahahahaha.. Sebab segan, order air jela.. Air epal asam boi dia sedap!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *