Tengahari semalam sempat singgah sekejap di majlis perkahwinan blogger Yana Yassin yang diadakan di Dewan Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. Selamat pengantin baru diucapkan kepada rakan blogger kita yang dah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Sharul Izman.
Kini dah sah sebagai suami isteri. Tahniah!
Pembuka Tahun Baru 2014 ni ramai juga kawan-kawan yang sudah menamatkan zaman bujang mereka. Baguslah. Perkahwinan kan merupakan ibadah yang dituntut.
Lebih kurang pukul 12:00 tengahari aku bersama bro Eizil bertolak dari ofis Denaihati Network menuju ke lokasi majlis resepsi. Tercari-cari juga tempat majlis diadakan sebab tak pernah pergi.
Nasib baik bro Eizil dah biasa dengan jalan-jalan di KL.
Akhirnya kami sampai juga ke Dewan Masjid Bukit Aman. Itupun selepas bertanya dengan 2 orang anggota polis. Terima kasih encik polis kerana tolong tunjukkan tempatnya.
Masuk je dalam dewan kami terus pergi ke arah pelamin untuk ambil gambar pengantin yang sedang bersanding.
Teringat masa aku bernikah dulu. Rasa berdebar-debar saat tu memang lain macam. Debaran dia lebih power daripada debaran masa nak bersunat.
Tapi sekarang kalau ada peluang macam ni sekali lagi memang tak rasa apa dah kot. Ehh! Itupun kalau ada peluang lah. Rasanya macam takkan ada. Hehe..
Ramai juga yang hadir majlis resepsi Yana Yassin semalam. Blogger pun ramai datang. Tak sempat jumpa semua sebab aku dan Eizil beransur balik awal sikit sebab ada tugas lain nak kena selesaikan.
Lepas makan hidangan sedap yang disediakan, sebelum balik ambil gambar ramai-ramai dulu bersama pengantin dan rakan blogger yang lain.
Tahniah sekali lagi kepada pengantin baru Yana Yassin dan Sharul Izman. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah, kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat, dan tabah hadapi segala dugaan dalam hidup berumahtangga.
Selamat menempuh alam perkahwinan.
Tahniah kepada Yana Yassin dan Sharul. Semoga senantiasa berbahagia dan rukun dalam membina biduk pernikahan
EH tertiba ternampak awek comel dekat gambar last tue he…23x Hari itu gua dtng guna waze je… Tak de la susah sangat nak cari… tapi…… jenuh nak cari parking…
Pasal teringin tue, gua pun teringin juga he…23x
Awek comel? Mana satu?
Teringin naik pelamin lagi sekali ke bro? Hehe..
tak dapat pergi..gua kat johor masa ni..hoho..anyway..tahniah yana n suami. :)
Selamat Pengantin Baru Yana Yassin dan Sharul
Selamat menempuh hiup baru dan semoga keluarga yang dibina senantiasa bahagia :)
tahniah kepada mereka. Kahwin juga akhirnya.
Selamat pengantin baru yana yasin…
wah meriahlah sangat mempelai atas sana sempat buat peace lagi.tahniah dari saya juga
Selamat pengantin baru.
Semoga kekal hingga ke syurga.
Amiin.
Kerlass Kak Nora…
muka dya dulu spotted! hehehe…
Cantik Yana…
Alhamdulillah… Barakallahufikum…
Tahniah kepada Yana Yassin dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke syurga :)
P.s. – Bro Anarm bila lagi sekali? Haha…
alhamdulilah… syukur atas perkahwinan yana dan sharul.
Tanniah kepada pasangan Yana Yassin dan Sharul. :-)
wah meriah majlis kawen yana yassin hehe..apa pun tahniah :)
bro anarm… nak naik pelamin lagi yea.. hehehee
Semalam dah naik pelamin kan masa amik gambar.. Tapi dok tepi je. Haha..
Dekat Kemboja kalau kahwin ada pelamin tak bro?
#SajaTanya