Genesis Framework Blog Lebih Mesra SEO

Aku tengok ramai blogger sekarang ni dah mula menggunakan Genesis Framework untuk blog mereka (blog WordPress). Apa yang menarik minat blogger untuk bertukar ke Genesis?

Mungkin sebab kelebihan dan ciri-ciri istimewa yang ada padanya.

Genesis Framework theme WordPress mesra SEO

Pengenalan Genesis Framework

Genesis Framework yang dibangunkan oleh StudioPress dilengkapi dengan fungsi SEO terbina di dalamnya. Fungsi SEO yang didatangkan sekali tu membuatkan blog yang menggunakan Genesis Framework akan jadi lebih mesra SEO.

Blogger yang kurang mahir dengan teknik SEO pun akan rasa senang menggunakan Genesis kerana ianya telah dioptimumkan untuk search engine.

Antara blogger hebat luar negara yang menggunakan Genesis Framework di blog mereka ialah ProBlogger.net, CopyBlogger.com, WPBeginner.com, ChrisBrogan.com dan ramai lagi.

Blogger dalam negara pula yang menggunakan Genesis ialah Denaihati.com, Kujie2.com, Eizil.com, AffanRuslan.com, eXplorasa.my, AbangEnsem.com dan ramai lagi.

Genesis Framework SEO setting
Genesis Framework yang mesra SEO (enjin carian)

Blog AnarmNet ni pun sikit masa lagi akan bertukar theme baru menggunakan Genesis Framework juga. InsyaAllah bulan 2 nanti.

Genesis Child Theme

Sekarang aku masih dalam proses edit Genesis Child Theme yang akan digunakan. Semua kerja mengubahsuai child theme Genesis aku buat di localhost menggunakan WordPress Portable.

Bila dah siap edit nanti baru boleh pasang dan aktifkan di blog ni.

Masa mula-mula aku cuba edit theme Genesis rasa agak pening sikit sebab fail-fail dia tak seperti theme yang biasa aku guna. Mungkin sebab aku tak pernah pakai child theme.

Lepas dapat tunjuk ajar daripada bro Eizil dan sedikit ulangkaji di Google, rupanya senang je guna Genesis Framework ni. Lebih senang daripada guna theme biasa. Nak ubahsuai theme yang disediakan pun teramatlah senang.

Perkongsian tutorial daripada pengguna Genesis yang lain pun banyak. Mudah nak cari untuk dibuat rujukan.

Genesis The Foundation

Genesis Framework adalah berbayar. Harganya $59.95 atau lebih kurang RM200.

Kalau nak sekali child theme yang cantik-cantik boleh beli Pro Plus Package berharga $399.95 (RM1,000 lebih) – akan dapat rangka Genesis beserta 43 premium child theme dengan support, unlimited updates dan lain-lain lagi.

Blogger yang nak guna Genesis untuk blog mereka kalau tak mampu bayar sendiri mungkin boleh beli dengan cara berkongsi modal dengan rakan-rakan blogger lain.

Lepas tu pilih la child theme yang berkenan nak digunakan di blog masing-masing.

WordPress + Genesis Framework = MANTAP!

88 Comments

  1. very nice work thank you for posting this article

  2. Tuan, saya amat berminat dengan genesis theme ini, cuma tak ada modal untuk dapatkannya. Ada ke versi percuma theme genesis? harap tuan boleh bantu. Terima kasih

    • Theme genesis ada yang percuma.. Cuma theme tu hanya boleh diaktifkan bersama dengan Genesis Framework (berbayar)..

      Mungkin boleh kumpulkan beberapa orang rakan blogger yang berminat dengan Genesis juga.. Lepas tu masing2 keluarkan sedikit modal untuk beli Genesis Framework..

  3. Assalammualaikum…. anarm,

    template genesis nie.. cantik dan mesra seo. Untuk blogspot xder ker anarm… blogspot theme yang mesra seo pun kebanyakkan blogger pakai theme yang bro HH sarankan..

    mselim3

  4. Banyak yg perlu di belajar ni kalau nak guna genesis. Aku berminat nak guna. Sekarang tengah bercadang nak ambil genesis framework US59.95 tu. Perlu child theme utk edit atau bolhe guna terus genesis framework ni tanpa di edit ? TQ Anarm. masih blurr…

  5. Saya pun baru nak belajar-belajar Genesis ni..tak berapa pandai lagi

    • Guna Genesis memang best.. Cuma kena banyak belajar dan rajin rujuk tutorial tentang Genesis yang ada kat internet.. Bila dah betul2 faham tentang Genesis akan jadi lebih mudah nak guna..

      Lagipun Genesis framework ni mesra SEO.. Sebab tu ramai pilih untuk guna Genesis kat blog..

  6. keren lah……

  7. Bagi penggila theme2 dari genesis wajib pakai genesis framework

  8. Wow….Genesis memang cantik,nak kumpul-kumpul modal dulu baru upgrade,free tak dah ke bro…..!

  9. Tak mampu nak beli jenis ni, apapun tahniah buat anda jika ingin bertukar. Semoga blog bro terus mantap.

  10. Ramai betul blogger bertukar Genesis utk tahun 2014 nih. Siap beli secara berjamaah lagi theme nie. Yg paling menarik, update artikel blog pasal theme nie ayatnya lebih kurang sama, erm.. kena rembat satu nih nmpak gayanya.

  11. Dah lama aku tau pasal Genesis ni .. ramai blogger antarabngsa dok promote . tapi haram aku tak hadam apa benda nya tu betul2 … karat dah rasanya nak fikir.

  12. saya baca habis semua komen-komen yang ada..kerana topik theme memang best

  13. patut la tiba-tiba ramai je yang guna genesis haha.. aku belum mampu lagi nak pakai genesis ni. Satu hari nanti mungkin, mungkin la haha

  14. Kalau ambe fikir bab themes ni, mau boleh lebam bijik mata ni..haha

    apapun, mmg cantik dan simple plus laju blog2 yg guna genesis…

    blog ni bila lagi? hehhehehe

  15. fullamak .. kalau cenggitu saya pun teringin nak cuba Genesis ni .. tapi saya suka theme berbentuk Grid, macam Dynamic View di Blogspot tu.

  16. ya genesis lebih mantap sekarang, tidak macam thesis 2.0.. huhu.. sebab itu bertukar arah.. Child theme memang mantap, lebih senang di edit berbanding thesis.. Belum ada budget untuk beli premium.. Harga mahal :)

  17. haha akhirnya gua pun ikut – ikut orang

  18. nak kena berubah juga blog fyna nih. ^_^

  19. dlu mmg aku xpandang pun Genesis ni sebab masa tu duk semua katanya Thesis lg bagus..skali aku try pakai..trus puas hati..ringan dan senang bangat nak edit…ahaha..mcm thesis.agak pecah kepala juga sebenarnya..

    sejak pakai ni blog lg best nampaknya dimata search engine dan moga makin best..hurm…dh beli theme premium..rambang mata plak nk gunakan mana satu..ahaha

  20. Saya tak begitu faham mengenai genesis framework ini. Apakah theme yang saya pakai sekarang ini termasuk genesis framework tak?

    • Genesis Framework ni sejenis ‘rangka’ theme yang dibangunkan oleh StudioPress.com.. Dengan framework yang sudah disediakan tu, kita boleh gunakan untuk develop child theme (custom theme) untuk digunakan di blog WordPress..

      Theme Genesis cuma boleh dibeli daripada StudioPress.com.. Theme selain daripada StudioPress biasanya menggunakan framework yang berlainan atau cuma theme biasa..

  21. perasan jugak ramai yang dah guna theme genesis nih , boleh difikirkan nih…=)

  22. ramai plak guna genesis ni… jelezzzz plak….

    dari segi ciri2 nya nampak hebat… mesra SEO….

  23. Baru nak mula explore Genesis ni. Berminat dengan theme Magazine Pro dan Metro tu. Harap2nya sesuailah dengan konsep travel/photography blog ni. Huhu

  24. baru tahu benda ni… terima kasih untuk infonya

  25. macam menarik je…genesis ni…kena buat research lagi ni kalau nak guna n beli…

  26. Genesis memang best recommended themes, dulu pernah pakai juga

  27. Ni yang buat rasa hati nak pakai genesis juga.
    Kena study juga ler nampaknya.
    Kalau tak faham juga upah orang jeler edit child theme..hehe.

  28. Theme Genesis antara terbaik dan boleh kurangkan penggunaan plugin.

    • Yup.. Betul.. Boleh kurangkan penggunaan plugin bila pakai Genesis.. Cuma jangan dibuang pulak plugin SEO.. Walaupun fungsi SEO dah tersedia dalam Genesis, tapi masih perlukan support dari plugin untuk kuatkan lagi SEO..

  29. aku start minat untuk guna genesis ni bila baca entri problogger la. dia siap bg comparison dengan thesis.

  30. waaahhhh… ada eXplorasa disebut. tq bro.. nnti belanja cendol..

    tp header eXplorasa tu…???? errrr… hmmmm..

    • Yeayy.. Dapat cendol.. Header tunggu aku free nanti boleh tolong buat..

      Gravatar untuk eXplorasa jangan lupa buat bro.. Komen eXplorasa takde keluar gambar gravatar ni.. Gravatar penting jugak untuk branding blog..

  31. nampaknya memang ramai yang tukar genesis ni. Bukan blog ni genesis, buka blog sana genesis. Satu fenomena ni. haha

  32. tahniah bro…. aku ni bila la nak tukar ke domain berbayar…. lambat lg kot

  33. ada guna utk blog saya satu lagi, memang mooth…

  34. Yeah! Aku pun baru tukar tadi. Malas nak edit lagi. Main hook je , tu pun lain gila dari Thesis. Untuk aku genesis ni bagus untuk orang yang suka perkara rumit. Keh3

  35. Thanks for the mention.
    Maybe aku antara org terawal guna Genesis kat Malaysia. Haha. Dulu takde siapa heran, masa era ramai guna Thesis.

    Ramai pengguna Thesis pindah ke Genesis sbb Thesis 2.0 nampak sgt complicated.
    Apa2 pun guna framework mcm Genesis ni ada learning curve, banyak benda nak kena belajar, mcm loop hook, shortcode etc. Most of the time, nak buat custom chils theme, guna style.css dan functions.php file pun dah cukup.

    Rasanya aku dah guna hampir 3 tahun dan still byk benda baru aku jumpa kalau develop custom theme. Hehe.

    Kalau ada apa2 soalan blh roger kat twitter, kut2 blh bantu ke hehe.

    Ps: kalau kat twitter tu rajin2 la tgk hashtag #genesiswp

    • Aku pun rasa bro antara yang terawal pakai Genesis kat blog.. Memang banyak lagi nak kena belajar tentang Genesis Framework ni.. Masa mula2 nak try edit theme, otak aku dah blank sebab ada fail style.css dengan functions.php je.. Tak tau nak buat apa. Hahaha..

      Kalau ada apa2 soalan tentang Genesis boleh la tanya dgn bro ek.. Nak tengok hashtag #genesiswp dulu kot2 ada ilmu baru boleh dapat..

    • Aku mula2 kenal Genesis bila masuk blog affan, kujie dengan denaihati..tapi jatuh cinta pandang pertama bila masuk blog affan ni..minimalist..tapi lama tak update bro..ape cer. hehehe

  36. Saya memang blur sangat dengan semua bab theme ni…ambil saja satu theme dan guna…habis takat tu saja…mungkin nak masuk kelas kot…atau tak perlu…ada nasihat?

    • Rasa macam tak reti pulak nak bagi nasihat.. Hehe.. Nak belajar bab theme boleh aje. Tapi sebelum tu kena tengok pada Tujuan, Minat dan Keperluan jugak kot..

      – Tujuan kita belajar tu untuk apa?
      – Kita berminat ke nak belajar?
      – Perlu ke kita belajar benda tu?

      Kalau memang berminat dan rasa perlu belajar benda tu untuk capai tujuan, apa salahnya masuk kelas dan belajar..

      Tengok theme blog bro nampak dah power.. Design simple, cantik.. Memang sesuai dengan nama domain “HidupRingkas”..

  37. Awesome bro… Join us hahahaha….

  38. ada juga blog aku yang lain guna genesis, not bad dia punya SEO. but aku still setting gunakan WordPress SEO by Yoast. tak perlu kot nak edit framework ni, just guna je child theme yang ada. sempoi. :p

    • Yup.. Framework memang tak perlu edit.. Nanti ada update baru kang habis hilang semua yang dah edit.. Better edit kat child theme je..

      Aku guna All-in-One SEO Pack je sekarang.. WordPress SEO by Yoast pernah jugak try sebelum ni tapi SEO blog jadi kelaut.. Tak tau kenapa..

  39. Aku tengah pakai genesis juga sekarang. Pakai child theme yang free dulu. Tengah setting yang berbayar yang baru beli hari tu. Senang juga setting genesis ni.

    • Ha’ah.. Senang jugak nak setting n customize theme Genesis.. Aku tak try lagi child theme yang berbayar.. Guna yang free dulu kot.. Itupun tak siap edit lagi..

  40. tgu gua punya blog plak update theme genesis haha

  41. Tak sabar nak tengok design baru bro Anarm nanti :)

    • Design theme baru mungkin tak jauh beza sangat dengan design theme sekarang. Kalau boleh nak cuba kekalkan design macam theme sekarang ni sebab dah puas hati dah.. Tengah study lagi macam mana nak customize theme Genesis ikut susun atur yg sama..

  42. Lepas ni bila dah ramai rakan blogger menggunakan genesis framework, tentu persaingan dalam contest seo menjadi semakin sengit. . Blogger yang menggunakan platform blogspot seperti saya, semakin jauh ketinggalan. .

    • Tak jugak bro.. SEO bukan bergantung sepenuhnya pada framework atau theme yang kita guna kat blog.. Teknik SEO dalam penulisan sebenarnya yang main peranan lebih untuk SEO sesebuah blog..

      Kalau tahu cara penulisan yang penuh ciri-ciri SEO, guna Blogspot atau WordPress takde beza sangat.. Blogspot dan WordPress cuma pilihan platform untuk kita blogging..

  43. Harian Post sedang menggunakan Sixteen Nine + Genesis. Sangat best!

    Terima kasih kepada ahli jemaah Genesis hehe…

    • Mantap! Cuma blog Harian Post tu kena banyakkan update lagi. Nama pun “Harian Post”.. maknanya kena update setiap hari.. Baru blog bertambah power..

  44. wah…lately ramai bloggers tukar ke genesis. Sy pernah pakai dulu, tp skrg lebih selesa dgn template skrg

  45. yap. tak dinafikan.

    cuma aku lebih suka guna yang percuma.

    bab seo tu, teknik, skill dan gaya penulisan yang banyak main peranan. guna premium atau theme berbayar, lebih kepada short-cut.

    apapun, mana-mana pun boleh guna. Takde hal. hoho..

  46. genesis memang mantap..

  47. ramainya yang bercerita pasal theme ni… tp bila sebut bab edit2 ni mmg tak reti la… teringin jgk nak pakai bila dah ramai yg bercerita..

    • Bab edit2 tu bagi blogger yang mahir edit theme je. Kalau tak reti pun boleh pakai Genesis. Banyak theme dia memang dah sedia cantik. Tak edit pun takpe..

      yang suka edit2 theme ni biasanya nakkan design theme yang lebih unik.. kalau ramai pakai theme yg design sama je rasa tak best plak kan..

  48. pergh.. nampak mantap.. memang perasan ada yang cakap pasal benda ni..

  49. blog kawe biar cam tu je dulu.. sb slesa, lagi pun load tak lame sgt..

    penah gak terpikir nak gune genesis..

  50. huhuuh..tak reti nak edit framework ni..bleh la buat tutorial nanti

Leave a Comment