Dapat Dekoder Percuma daripada MYTV

Hari Jumaat lepas aku dapat set dekoder percuma daripada MYTV. Alhamdulillah, sampai juga dekoder percuma yang dijanjikan.

Pagi Jumaat tu aku check peti surat, tengok ada notis daripada poslaju suruh ambil barang di kaunter serahan tingkap. Mungkin masa posmen hantar barang tu aku takda kat rumah, jadi dia tinggalkan notis pengambilan je.

Aku ingatkan barang apa. Dekat 20 minit bawa kereta pergi ke kaunter poslaju nak ambil barang tu. Rupanya dekoder MYTV.

Dekoder percuma daripada MYTV

Macam mana aku dapat set dekoder MYTV ni secara percuma?

Awal tahun hari tu aku ada terima surat yang memberitahu aku terpilih dalam Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional. Siapa yang terpilih akan dapat sebuah set dekoder MYTV percuma.

Dia minta buat pengesahan butiran peribadi sebelum dekoder dihantar. Aku pun buat je la pengesahan tu melalui Facebook Page MYTV.

Dia suruh call talian khidmat pelanggan sebenarnya. Tapi aku tak dapat call sebab line asyik sibuk je. Ramai kot yang call sepanjang hari tu sebab nak buat pengesahan untuk dapatkan dekoder MYTV percuma.

Surat pengesahan dekoder MYTV percuma

Hampir 3 bulan baru dapat dekoder MYTV ni lepas buat pengesahan. Lama betul proses penghantaran. Tracking pos pun takda bagi. Sampai aku pun dah terlupa pasal benda ni.

Dekoder Percuma daripada MYTV untuk Penerima BSHR

Penerima set dekoder percuma MYTV ni dipilih dari kalangan 2 juta penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) — sebelum ni dipanggil BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia).

Tak semua yang terima duit bantuan tu layak dapat dekoder percuma sumbangan daripada MYTV Broadcasting. Yang terpilih sahaja akan dapat. Kalau tak terpilih, tak dapat lah. Nak buat macam mana, kan?

Set Dekoder MYTV percuma

Set dekoder MYTV unboxing

Harga dekoder MYTV ni aku tengok di laman web rasmi MYTV Broadcasting, harganya RM187. Kalau nak beli, boleh dapatkan melalui wakil penjual MYTV atau boleh juga beli secara online melalui laman Shopee MYTV Broadcasting.

Kira aku ni salah seorang yang bertuah sebab dapat free je.

Bukan nak sangat pun. Tapi kalau dah diberi percuma, ambil je la. Orang kata, “rezeki jangan ditolak”. Kalau tak dapat pun takpe. TV pun aku jarang tengok.

Peralihan Siaran Analog ke Siaran Digital

Kalau tak silap aku tak lama lagi semua orang memang perlukan dekoder ni sebab kerajaan Malaysia kini dalam proses untuk beralih ke siaran digital (DTT) sepenuhnya dan siaran TV analog yang kita tengok selama ni akan ditutup.

Maknanya, bila dah siap migrasi dari siaran analog ke siaran digital, siapa yang belum ada dekoder untuk siaran digital dah tak dapat tengok TV ke? Kecuali ada langgan Astro atau Unifi TV?

Aku pun tak pasti.

Dekoder DVB-T2 untuk Siaran TV Digital MyFreeview

Untuk nikmati siaran TV digital tak semestinya kena guna dekoder MYTV ni. Korang boleh je beli mana-mana dekoder lain asalkan dekoder tu jenis DVB-T2 (Digital Video Broadcasting – Second Generation Terrestrial).

Atau kalau ada duit lebih, boleh beli TV baru terus. Pilih TV yang memang dah sedia ada ‘built-in DVB-T2 receiver‘ untuk membolehkan terima siaran digital.

Kat Lazada pun ada jual Dekoder DVB-T2 kalau nak. Lagi senang beli online je. Harga pun lebih murah, tak sampai RM100.

Jangan lupa beli sekali antena TV jenis UHF yang macam ‘tulang ikan’ tu untuk dapatkan siaran digital MyFreeview. Antena tu ada 2 jenis, untuk kegunaan ‘indoor’ atau ‘outdoor’. Rasanya guna yang outdoor punya lagi bagus.

Dekoder DVB-T2 (Lazada)
Beli Dekoder DVB-T2 di Lazada

Dekoder MYTV yang aku dapat ni aku fikir nak bawa balik kampung je pasang kat rumah mak abah aku. Sebabnya kat rumah aku sekarang dah ada Unifi TV, pakej sekali dengan internet Unifi yang aku langgan.

Pasang dekoder MYTV kat kampung boleh la mak abah aku tengok TV gambar cantik sikit. Kalau tak, nampak bintik-bintik je.

Kepada yang minta aku jual murah-murah dekoder MYTV yang aku dapat percuma ni, maaf lah ye. Lagipun kat kotak dia ada tulis “Bukan untuk dijual”. Hehe..

5 Comments

  1. wow, aku ada dapat alamat kelantan tapi belum pasang, lepas nie kau boleh buat toturial pasang mytv. hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *