Sempena 1 Mei 2019 ni aku nak ucapkan “Selamat Hari Pekerja” dan “Selamat Bercuti” kepada semua pekerja di seluruh Malaysia.
Hari cuti ni korang buat aktiviti apa? Keluar jalan-jalan? Makan-makan? Ke pergi tengok wayang cerita Avengers: Endgame?
Aku tak sempat lagi nak pergi tengok cerita Avengers tu. Sibuk.
Cuti Hari Pekerja
Cuti hari pekerja hari ni aku tak pergi mana-mana. Duduk rumah je. Tapi tak cuti pun. Kena hadap laptop buat kerja.
Bekerja sendiri ni waktu kerja tak sama macam bekerja makan gaji yang ikut waktu pejabat. Kadang-kadang sampai takda masa nak bercuti. Hari cuti pun kena buat kerja.
Ada yang cakap orang kerja sendiri ni best sebab boleh bercuti bila-bila masa. Ikut suka hati sendiri je nak cuti bila. Takda siapa yang halang.
Betul.
Cuma, yang tak bestnya kena kerja lebih kuat daripada biasa. Kerja lebih, dapat lebih. Kerja kurang, dapat pun kurang. Kalau tak buat kerja, tak dapat apa-apa la..
Bila pendapatan kurang, nak cuti pun takda mood.

Lain lah kalau kerja makan gaji. Tak buat kerja (mengular) pun tetap dibayar gaji. Tapi jangan la buat macam tu. Nanti gaji atau rezeki yang kita dapat tu jadi tak berkat.
Bila rezeki yang kita dapat tak berkat, kesannya kita akan rasa tak pernah cukup. Duit selalu tak cukup walaupun gaji banyak beribu-ribu.
Rezeki yang mendapat berkat dari Allah pula, sedikit pun kita akan rasa dah melebihi keperluan.
Kerja itu juga satu ibadah. Jadi, kena lah buat betul-betul.
Tak kira kerja sendiri atau kerja makan gaji dengan orang (majikan). Yang penting, bila buat kerja tu kena buat bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT.
Hari cuti ni boleh la berehat puas-puas. Dah habis cuti, sambung balik buat kerja ya.. Jangan bawa mood bercuti ke tempat kerja pulak.
Semoga kita semua terus komited dalam melakukan segala kerja dan tugasan yang telah diamanahkan kepada kita.
Selamat maju jaya semua dan selamat beristirahat di hari cuti ni.