AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Hiburan » David Correy, Penyanyi Lagu Piala Dunia FIFA 2014 Coca-Cola

David Correy, Penyanyi Lagu Piala Dunia FIFA 2014 Coca-Cola

21/03/2014 Anarm 21 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2014, Coca-Cola selaku penaja kejohanan ini turut serta dalam menyebarkan semangat piala dunia melalui lagu rasmi bertajuk “The World Is Ours” yang diterbitkan sebagai lagu untuk kempen Coca-Cola’s The World’s Cup.

David Correy, seorang penyanyi Amerika berdarah Brazil dipilih untuk membawakan lagu “The World Is Ours” ini bersama dengan kumpulan percussion Brazil bergelar Monobloco yang hebat dengan sentuhan muzik khas negara Brazil dalam menyebarkan semangat piala dunia dengan jutaan penggemar bola sepak di seluruh dunia.

David Correy - Penyanyi lagu FIFA 2014 Coke

Lagu “The World Is Ours” nyanyian David Correy ini turut diadaptasi beberapa buah negara di dunia dengan penyesuaian komposisi muzik yang berbeza dan dengan instrumen tradisional serta penyanyi dari negara masing-masing.

Ini sebagai identiti negara tersebut dalam mendukung dan menyemarakkan lagi semangat kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil.

ISI KANDUNGAN hide
1 Siapa David Correy?
2 Permulaan David Correy bersama Coca-Cola
3 David Correy Seorang Bintang Bersinar

Siapa David Correy?

David Correy dilahirkan dalam kemiskinan di Recife, Brazil. Ibunya yang berusia 13 tahun semasa melahirkannya terpaksa meletakkan anaknya itu sebagai anak angkat ketika dia berusia satu setengah tahun.

Satu keluarga dari Amerika telah mengambil Correy sebagai anak angkat dan membesarkannya dengan jarak beribu batu di Riva, Maryland. Keluarga tersebut memberi kepentingan dalam nyanyian dan teater pada usia awal.

Justeru itu, Correy telah memegang peranan utama dalam beberapa muzikal sekolah dan memperoleh biasiswa penuh di Berklee College of Music yang berprestij.

David Correy lagu Coca-Cola Piala Dunia 2014

Tetapi hidup Correy tidak lama kemudiannya terpaksa menghadapi satu dugaan apabila menghidap penyakit polip yang memberi kesan pada suaranya. Ini telah memaksa Correy untuk meninggalkan Berklee pada tahun kedua pengajiannya.

Correy hidup dalam tekanan tetapi masih menulis lagu dan secara perlahan-lahan melatih semula keupayaannya untuk menyanyi.

Apabila kerjayanya mula berkembang, Correy berdepan dengan satu lagi dugaan apabila dia terlibat dalam kemalangan kereta yang serius menyebabkan pinggul dan kakinya patah. Correy menghabiskan masa selama setahun dalam pemulihan untuk kembali berjalan.

Permulaan David Correy bersama Coca-Cola

Setelah lama berehat, pada tahun 2012 Correy muncul di rancangan realiti X-Factor dan telah memenangi hati para hakim serta penonton dengan lantunan vokalnya, inspirasi daripada ceritanya serta semangat dan keyakinannya yang tidak pernah luntur.

Tetapi nasib tak menyebelahi Correy di mana dia tersingkir di peringkat akhir The X-Factor.

Namun begitu, ditakdirkan pada April 2013, Correy telah menerima email yang tidak disangka-sangka daripada pihak Coca-Cola ketika dia sedang dalam perjalanan ke Pantai Rehobath, Delaware.

Seminggu kemudian, Correy terbang ke Rio berjumpa dengan Joe Belliotti, ketua pemasaran muzik global Coca-Cola untuk rakaman lagu di studio.

David Correy FIFA 2014 Coca-Cola

David Correy Seorang Bintang Bersinar

Belliotti, ketua pemasaran muzik global Coca-Cola memberitahu Correy merupakan penyanyi paling sesuai dengan lagu untuk kempen global Coca-Cola dan Piala Dunia 2014. Correy sentiasa berbangga dengan asal-usulnya dan menyatakan dirinya sebagai peminat bola sepak yang fanatik.

Baru-baru ni Correy menyertai Monobloco dan Gaby Amarantos, penyanyi Brazil yang mengeluarkan single versi Portugis pada musim panas ini di Brazil untuk tayangan perdana “The World Is Ours” dalam majlis pelancaran istiadat FIFA World Cup Trophy Tour di Rio.

David Correy Coca-Cola

Dengar cerita David Correy akan berganding dengan penyanyi Malaysia menyanyikan lagu “The World Is Ours” ni. Siapa agaknya penyanyi Malaysia yang bakal digandingkan dengan beliau? Setakat ni masih belum tahu lagi siapa. Akan diumumkan nanti. Sama-sama kita nantikan.

Jom saksikan video klip David Correy dengan lagu rasmi Piala Dunia 2014 Coca Cola yang dinyanyikannya. Sebarkan lagu ini dan kita nyalakan semangat serta kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil.

David Correy – “The World Is Ours”

Yo! it’s David Correy and Monobloco
Let’s kick it to the world

Run like you’re born to fly
Live like you’ll never die
Dare what you dare to dream
and everything inbetween

We are drawn by the rhythms
that beat through our hearts
When we all come together
we’re seven billion stars

The world is ours

Seven billion stars
The world, The world, The world
The world is ours

Light up the world, Light up the world

Sing out your battlecry
Under the stadium sky
Oceans and land divide
United we feel inside

You can stand on my shoulders
and raise up your arms
When we all come together
we light up the dark

The world is ours

Seven billion stars
The world, The world, The world
The world is ours

Light up the world everybody
Light up the world todo el mundo
Light up the world everybody

Pra batucar, Pra batucar

The world is ours, The world is ours
Seven billion stars
The world, The world, The world
The world is ours

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Lagu Piala Dunia Coca-Cola “The World is Ours” Versi Malaysia

Kategori : Hiburan Keyword : coca-cola, david correy, fifa 2014, monobloco, piala dunia, the world is ours, world cup

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Duit BR1M 2014 Baru Masuk Akaun
Next article:
Makan Satay Menara di Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko

21 Comments

  1. Bro Sehat says

    09/12/2014 at 1:29 AM

    world cup telah berlalu dan akan datang penyanyi baru di world cup 2015 yeah

    Reply
  2. Tips Blog says

    09/12/2014 at 1:27 AM

    sering denger lagunya sih tapi baru tau dia penyanyi nya hahaha nice share om jadi tau nih penyanyi soundtrack fifa 2014

    Reply
  3. Gantengers says

    09/12/2014 at 1:25 AM

    wah david correy yang memulai karir bersama coca cola :D

    Reply
  4. Pendekar Berkuda says

    25/03/2014 at 12:06 AM

    Lagu yang bakal mengegarkan dunia.

    Reply
  5. Farid Laham says

    22/03/2014 at 12:28 PM

    wow lagu lama ni…semangat bola sepak bila dgr lagu ni

    Reply
  6. Hairul Azni says

    21/03/2014 at 9:39 PM

    Lagu yang boleh membangkitkan semangat bolasepak..tak sabar pulak nak tahu siapa penyanyi Malaysia yang akan bergandingan dengan David Corey ni..

    Reply
  7. Denaihati says

    21/03/2014 at 7:09 PM

    1st time dengar dah best lagu dah, memang power lagu ni…

    Reply
  8. Syahril Hafiz says

    21/03/2014 at 6:51 PM

    Ala apesal tak ambik Syakira, boleh wakaka wakaka eh sambil tengok The Voice 6
    Hebat orang berdarah Brasil ni, sedia ada job.. Bila Yuna nak menyelit ni. Hihi

    Reply
    • Anarm says

      22/03/2014 at 1:00 AM

      Syakira dah nyanyi untuk piala dunia lepas.. Tahun ni orang lain pulak.. Next piala dunia mana tahu giliran Yuna plak..

      Reply
  9. Tengku Syukri says

    21/03/2014 at 5:09 PM

    memang lucky dia ni terpilih menyanyikan lagu tema Fifa World Cup!

    Reply
  10. Hazman Fadzil says

    21/03/2014 at 3:18 PM

    Owwhh….penyanyi nie mesti dapat stok coca cola sepanjang tahun kan….

    Reply
    • Anarm says

      21/03/2014 at 3:40 PM

      Perghh.. Stok coca-cola sepanjang tahun.. Hari2 minum coca-cola.. Pergghh..

      Reply
  11. KiD says

    21/03/2014 at 12:50 PM

    world cup dah makin dekat… yeayyyy…. best gak lagu nyanyian david correy ni…

    Reply
    • Anarm says

      21/03/2014 at 3:40 PM

      Ha’ah.. Best lagu David Correy ni.. Aku siap convert jadi ringtone..

      Reply
  12. Ammar says

    21/03/2014 at 12:28 PM

    Apa apa pun lagu yg Africa dulu best… Lagu nyanyian Shakira. Tajuk apa ek? lupa dah.. hehehe

    Reply
    • Anarm says

      21/03/2014 at 3:39 PM

      Lagu Shakira yang tajuk “Waka-Waka” tu ke? Best jugak lagu tu..

      Reply
  13. Anuar says

    21/03/2014 at 10:11 AM

    Bestnya David Corey dapat melawat 89 negara dalam rangka mempromosikan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2014… Bila David Corey nak datang ke Malaysia ni?

    Reply
    • Anarm says

      21/03/2014 at 3:38 PM

      Tak tau lagi.. Dengar2 cerita minggu depan.. Belum confirm..

      Reply
  14. ejam says

    21/03/2014 at 10:11 AM

    sedap gak lagunya, bersemangat jer rasa.
    aku mencari makna “Pra batucar” tu tak jumpa plak…stress rasa…hehe

    Reply
    • Anarm says

      21/03/2014 at 2:51 PM

      Aku pun tak jumpa cari maksud “Pra batucar” tu.. Lirik copy paste.. Haha..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy