Duit BR1M 2014 Baru Masuk Akaun

Sebelum ni tengok orang lain seronok je update blog bagitau dah dapat duit BR1M. Ingatkan aku dah takde harapan nak merasa duit BR1M macam orang lain. Rupanya duit tu dah pun masuk akaun.

Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Hehe.

Bayaran BR1M 2014

Duit BR1M aku masuk pada 18 Mac 2014, tapi baru semalam aku dapat tahu. Itupun terkejut beruk dulu sebab masa nak keluarkan duit dari mesin ATM Maybank tiba-tiba rasa duit macam bertambah.

Risau ada orang tersalah transfer duit je. Pernah berlaku dulu.

Duit Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2014

Lepas ambil duit aku terus pergi kat kereta. Dalam kepala masih berfikir dan rasa pelik lagi macam mana duit boleh bertambah.

Terus aku buka Aplikasi Android Maybank2U dalam smartphone untuk check. Tengok rekod transaksi memang ada duit masuk.

Bila tengok ‘description‘ baru nampak ada tertulis “BR1M 2014“. Yeayy..

Duit BR1M aku dapat RM450 (bukan RM650 ke?). Banyak benda juga boleh beli dengan duit RM450 tu. Belum fikir lagi nak guna untuk apa.

Ingat nak transfer ke akaun bank isteri aku. Biar dia jela buat keputusan nak guna untuk apa. Asalkan jangan guna untuk benda-benda merepek dah la.

Duit BR1M 2014 masuk akaun Maybank

Zaman sekarang ni duit RM450 sekelip mata je boleh habis, kan?

Bajet untuk diri dan keluarga pun kadang-kadang tak jadi seperti yang dirancang.

Dengar cerita BR1M 4.0 akan dibayar secara bulanan atau 3 bulan sekali, betul ke? Ada tak kawan-kawan yang masih belum dapat duit BR1M?

17 Comments

Leave a Reply