David Correy, Penyanyi Lagu Piala Dunia FIFA 2014 Coca-Cola

Sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2014, Coca-Cola selaku penaja kejohanan ini turut serta dalam menyebarkan semangat piala dunia melalui lagu rasmi bertajuk “The World Is Ours” yang diterbitkan sebagai lagu untuk kempen Coca-Cola’s The World’s Cup.

David Correy, seorang penyanyi Amerika berdarah Brazil dipilih untuk membawakan lagu “The World Is Ours” ini bersama dengan kumpulan percussion Brazil bergelar Monobloco yang hebat dengan sentuhan muzik khas negara Brazil dalam menyebarkan semangat piala dunia dengan jutaan penggemar bola sepak di seluruh dunia.

David Correy - Penyanyi lagu FIFA 2014 Coke

Lagu “The World Is Ours” nyanyian David Correy ini turut diadaptasi beberapa buah negara di dunia dengan penyesuaian komposisi muzik yang berbeza dan dengan instrumen tradisional serta penyanyi dari negara masing-masing.

Ini sebagai identiti negara tersebut dalam mendukung dan menyemarakkan lagi semangat kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil.

Siapa David Correy?

David Correy dilahirkan dalam kemiskinan di Recife, Brazil. Ibunya yang berusia 13 tahun semasa melahirkannya terpaksa meletakkan anaknya itu sebagai anak angkat ketika dia berusia satu setengah tahun.

Satu keluarga dari Amerika telah mengambil Correy sebagai anak angkat dan membesarkannya dengan jarak beribu batu di Riva, Maryland. Keluarga tersebut memberi kepentingan dalam nyanyian dan teater pada usia awal.

Justeru itu, Correy telah memegang peranan utama dalam beberapa muzikal sekolah dan memperoleh biasiswa penuh di Berklee College of Music yang berprestij.

David Correy lagu Coca-Cola Piala Dunia 2014

Tetapi hidup Correy tidak lama kemudiannya terpaksa menghadapi satu dugaan apabila menghidap penyakit polip yang memberi kesan pada suaranya. Ini telah memaksa Correy untuk meninggalkan Berklee pada tahun kedua pengajiannya.

Correy hidup dalam tekanan tetapi masih menulis lagu dan secara perlahan-lahan melatih semula keupayaannya untuk menyanyi.

Apabila kerjayanya mula berkembang, Correy berdepan dengan satu lagi dugaan apabila dia terlibat dalam kemalangan kereta yang serius menyebabkan pinggul dan kakinya patah. Correy menghabiskan masa selama setahun dalam pemulihan untuk kembali berjalan.

Permulaan David Correy bersama Coca-Cola

Setelah lama berehat, pada tahun 2012 Correy muncul di rancangan realiti X-Factor dan telah memenangi hati para hakim serta penonton dengan lantunan vokalnya, inspirasi daripada ceritanya serta semangat dan keyakinannya yang tidak pernah luntur.

Tetapi nasib tak menyebelahi Correy di mana dia tersingkir di peringkat akhir The X-Factor.

Namun begitu, ditakdirkan pada April 2013, Correy telah menerima email yang tidak disangka-sangka daripada pihak Coca-Cola ketika dia sedang dalam perjalanan ke Pantai Rehobath, Delaware.

Seminggu kemudian, Correy terbang ke Rio berjumpa dengan Joe Belliotti, ketua pemasaran muzik global Coca-Cola untuk rakaman lagu di studio.

David Correy FIFA 2014 Coca-Cola

David Correy Seorang Bintang Bersinar

Belliotti, ketua pemasaran muzik global Coca-Cola memberitahu Correy merupakan penyanyi paling sesuai dengan lagu untuk kempen global Coca-Cola dan Piala Dunia 2014. Correy sentiasa berbangga dengan asal-usulnya dan menyatakan dirinya sebagai peminat bola sepak yang fanatik.

Baru-baru ni Correy menyertai Monobloco dan Gaby Amarantos, penyanyi Brazil yang mengeluarkan single versi Portugis pada musim panas ini di Brazil untuk tayangan perdana “The World Is Ours” dalam majlis pelancaran istiadat FIFA World Cup Trophy Tour di Rio.

David Correy Coca-Cola

Dengar cerita David Correy akan berganding dengan penyanyi Malaysia menyanyikan lagu “The World Is Ours” ni. Siapa agaknya penyanyi Malaysia yang bakal digandingkan dengan beliau? Setakat ni masih belum tahu lagi siapa. Akan diumumkan nanti. Sama-sama kita nantikan.

Jom saksikan video klip David Correy dengan lagu rasmi Piala Dunia 2014 Coca Cola yang dinyanyikannya. Sebarkan lagu ini dan kita nyalakan semangat serta kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil.

David Correy – “The World Is Ours”

Yo! it’s David Correy and Monobloco
Let’s kick it to the world

Run like you’re born to fly
Live like you’ll never die
Dare what you dare to dream
and everything inbetween

We are drawn by the rhythms
that beat through our hearts
When we all come together
we’re seven billion stars

The world is ours

Seven billion stars
The world, The world, The world
The world is ours

Light up the world, Light up the world

Sing out your battlecry
Under the stadium sky
Oceans and land divide
United we feel inside

You can stand on my shoulders
and raise up your arms
When we all come together
we light up the dark

The world is ours

Seven billion stars
The world, The world, The world
The world is ours

Light up the world everybody
Light up the world todo el mundo
Light up the world everybody

Pra batucar, Pra batucar

The world is ours, The world is ours
Seven billion stars
The world, The world, The world
The world is ours

21 Comments

  1. sering denger lagunya sih tapi baru tau dia penyanyi nya hahaha nice share om jadi tau nih penyanyi soundtrack fifa 2014

  2. Bestnya David Corey dapat melawat 89 negara dalam rangka mempromosikan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2014… Bila David Corey nak datang ke Malaysia ni?

Leave a Reply