Buat Web Guna cPanel atau DirectAdmin

Web Development

Selama ni aku buat laman web guna platform yang ada cPanel. Tapi job terbaru ni aku terpaksa guna DirectAdmin. Benda yang tak pernah aku sentuh, yang tak pernah aku explore.

Malam ni aku terpaksa bereksperimen dengan DirectAdmin demi tugas.

Ada yang tanya aku kat Twitter, cPanel dan DirectAdmin tu apekejadah? Aku nak terangkan kat orang tu pun tak tahu macam mana sebab kat Twitter kena tulis pendek-pendek je, tak boleh tulis panjang-panjang.

So, dalam entri ni aku nak tulis panjang-panjang bagi korang kenal apa itu Panel Kawalan Webhosting.

Panel Kawalan Webhosting

Panel Kawalan atau Control Panel merupakan perisian yang digunakan dalam webhosting bagi memudahkan pengendalian sesebuah laman web atau blog.

Jenis panel kawalan ni penting dalam menentukan aspek kemudahan sesebuah webhosting.

Sebenarnya, ada banyak jenis panel kawalan yang terdapat dalam pasaran webhosting. Antara yang sering digunakan ialah seperti cPanel, DirectAdmin, Plesk, dan lain-lain lagi.

Tapi yang paling banyak digunakan sekarang ni adalah panel kawalan jenis cPanel dan DirectAdmin (sila betulkan jika aku tersilap bagi info).

Panel kawalan ni hanya untuk laman web atau blog self-hosted (hosting sendiri). Bagi pengguna-pengguna Blogspot, WordPress.com atau platform-platform lain yang teringin nak ada hosting sendiri, boleh lah baca untuk tambahkan ilmu.

Panel Kawalan jenis cPanel

cPanel ialah panel kawalan webhosting edaran cPanel Inc yang direka khas untuk memudahkan kerja-kerja mentadbir dan mengurus laman web.

cPanel webhosting

Panel kawalan yang lengkap dengan ciri-ciri dan antaramuka yang ringkas (GUI) telah menjadikan cPanel antara panel kawalan paling popular dalam industri webhosting.

cPanel beroperasi dalam platform Linux dan didatangkan dengan pelbagai sokongan perisian seperti Fantastico, Statistik, Cron, phpMyAdmin, Backup/Restore dan lain-lain.

Panel Kawalan jenis DirectAdmin

DirectAdmin ialah panel kawalan paling stabil untuk platform Linux. Dikenali dengan jolokan “The Fastest Control Panel“, DirectAdmin mempunyai kemudahan dan ciri-ciri asas yang diperlukan oleh seseorang pengendali laman web.

DirectAdmin

Terdapat satu ciri istimewa yang dipanggil “autorecovery” di mana sistem akan memperoleh kembali data sekiranya panel kawalan ini mengalami kegagalan akibat daripada “crash“.

Antara sokongan perisian yang disediakan dalam DirectAdmin ialah SpamAssassin, phpMyAdmin, SSL Shared, dan Installatron.

Perbezaan cPanel dan DirectAdmin

Seperti yang korang dah baca tadi, cPanel dan DirectAdmin adalah antara contoh panel kawalan yang popular. Namun, ada perbezaan di antara keduanya.

Perbezaan utama adalah cara ia dibina, susun aturnya, pemilihan istilah, ikon-ikon serta rekaan antaramukanya. Tapi fungsinya lebih kurang sama je.

Bagi aku, cPanel lebih mudah berbanding DirectAdmin.

Daripada hasil carian yang aku buat kat Google, ramai yang cakap cPanel lebih lengkap dengan fungsi yang memudahkan kita untuk buat laman web atau blog.

DirectAdmin pula lebih kepada cara manual. Susah sikit la kot bila guna cara manual ni.

Tapi dari segi keselamatan, DirectAdmin adalah lebih secure berbanding cPanel kerana kebanyakan spam dan virus / malware mampu merosakkan system cPanel dalam server.

Selain daripada tu, cPanel dihubungkan dengan port 2082 / 2083 iaitu http://www.namadomain.com:2082 atau https://www.namadomain.com:2083 manakala DirectAdmin dihubungkan dengan port 2222 – http://www.namadomain.com:2222.

Di dalam sesebuah hosting biasanya hanya disediakan salah satu jenis panel kawalan ini. Tapi kalau korang nak guna kedua-duanya, korang bolehlah melanggan pakej hosting tambahan untuk domain yang berbeza.

Perbezaannya yang lain pula terletak pada harga. cPanel dah lama bertapak dan amat popular serta mempunyai harga lesen yang agak mahal. Manakala DirectAdmin pula masih baru dan mempunyai harga lesen yang agak murah.

Korang ada pendapat-pendapat lain tak? Tolong kongsikan di bahagian komen ek..

68 Comments

  1. assalamualaikum bro
    tqvm atas perkongsian ilmu ni, :blush: saya memang tak tau kedua perkara ni
    bila baca di sini baru jelas sedikit
    sebab ia sangat membantu saya yang sekarang terpakasa berdikari membina wordpress hosting setelah seseorang yang saya minta bantuan membina blog saya seblum ni teramat busy.

  2. bagi aku….aku dari mula2 buat wp ni pun pakai direct admin – fast, use less memory, and secure… kalu nk upload je guna ftp client..senang je kan.. huhu

    apapun itu opinion aku je…

  3. Aku pakai hosting fivio guna direct admin… Tapi tak explore.. Pakai yg basic2 je
    Hosting lain pakai cpanel je..
    .-= Post terbaru zool di blog beliau.. Fenomena Jus Jambu =-.

    • @zool: alhamdulillah sekarang dah paham skit dah dgn direct admin ni.. tu pon lepas 2 3 hari bersengkang mata, x tdo, study direct admin.. bertambah lg ilmu baru.. :happy:

  4. Salam :silly: Saya mula belajar guna Plesk dan Helm.. Tapi tu dulu masa zaman ngaji. Masa zaman saya tu tengah gila pasang PHPNuke. Ada sapa2 penah guna? Skg zaman orang gila blog. Ada blog yang top masa tu Bluhikari. Time dulu pakat gila CMS. Suma nak blajar pasang PHPNuke, Xoop, Drupal dll. Dulu rajin lah explore suma benda ni, maklum lah darah mudah. Tapi skang lagi rajin, rajin guna yang dah siap dah.. :lol: CP yang saya guna skg pun cPanel.. tu pun sebab dah default kat webhosting tu. Guna jer lah.. :whistle:

  5. Mula2 blajar guna direct admin…pas2 tukar pakai cpanel….ntah tp rasa mcm susah pulak cpanel….mgkin sbb xbiasa kan?sgalanya tbalik..hakhak..lalalla
    .-= Post terbaru Ash_my di blog beliau.. Idola Kecil 2? =-.

  6. baru first time aku dengar pasal directadmin nie.. huhu cam susah je nk faham benda ni.. xpela lain kali je la aku faham kan..hehe :whistle:

  7. Nasib baik kedua-duanya aku pernah guna, huhu =P
    Tapi Cpanel lagi mudah. Sebab senang nak wat keja

  8. syiok ngn penjelasan anam..
    aku suka cpanel…
    .-= Post terbaru Luth Textile di blog beliau.. 5 Kesalahan yang kerap dilakukan di Jalan Raya =-.

  9. Aku kalau cari hosting, benda ni la aku pandang dulu. Kalau nampak DirectAdmin, aku terus cari hosting lain.

  10. Guna sekali dua je direct admin waktu setup blog.sampai sekarang tak usik dah kecuali sekali-sekala ubah file permission.ilmu tentang internet dan hosting cukup luas rupanya.macam lautan tak bertepi.
    .-= Post terbaru blogresipi di blog beliau.. Cendawan Bakar Berempah =-.

  11. aku rase,aku adelah salah sorg yg tanye psl direct admin kt twitter..hehe
    .-= Post terbaru oh!dawie di blog beliau.. Contest : RM50 untuk dimenangi =-.

  12. cpanel pun tak habis nk guna
    tak pasti nk buat apa lagi
    selagi blog boleh run

    redah je lah…ada masalah2 nnt jerit je kt twitter…kehkeh ramai adik2 kesayangan kak jie yg nk tolong :tongue:
    .-= Post terbaru Kujie di blog beliau.. Berita KB Mall di Twitter =-.

  13. baru belajar guna direct admin, masa nak setup blog baru..hihi

    sebelum-sebelum ni upload file website, direct je, baik windows atau linux..ni baru nak belajar cPanel, DirectAdmin dan sebagainya..

    saya pulak budak baru nak bertatih…banyak yg tak tau…
    .-= Post terbaru dilot di blog beliau.. mimpi oh mimpi =-.

  14. bab ni aku tak pernah explorer lagi, tak boleh la nak beri pendapat. sebab aku pakai cPanel jerk. itu pun jenuh gak nak belajar dlu masa mula2 pakai hosting sendiri. hehe

  15. bagus info…sape yg ada pakai direct admin utk blog..? ada ke…?
    .-= Post terbaru syinrayafa di blog beliau.. Rukun Negara =-.

    • @syinrayafa: ade.. azizwan ckp die pkai direct admin.. xtau la utk blog die atau utk zon artis.. rasanye zon artis kot pkai direct admin sepaku.. semua unlimited.. :w00t:

  16. Ibarat guna Mac OS dan WIndows OS la ni…
    .-= Post terbaru Fazreen di blog beliau.. Internet Business Is Risky =-.

  17. Uiks bagus la tutorial ngko nie … mudah guna CPanel ntah mungkin sebab selalu guna kot… aku dah pernah guna Direct Admin, Pararel Plesk Panel http://www.parallels.com/products/plesk/?source=google_apac . dan satu lagi apa ntah ..

    Sebenarnya terpulang kepada pengguna. Tapi yang lebih penting support daripada hosting.

    Pernah guna jugak comand ssh guna putty dalam windows untuk connect ke server guna comand promt best jugak. Memacam arahan boleh bagi serentak berbanding GUI kat web ..

    • @hanif: perenggan ketiga tu satu ape pn aku xpaham ko tulis.. hehe.. bahasa ko pkai menunjukkan ko pakar bab2 ni.. ape2 hal bleh la mintak tlg ko ek.. ke kene bayar? erkk.. :dizzy:

      • @Anarm, hahaha sebenarnya masa tu aku tengah setupkan server Ubuntu kat opis … bilik jauh daripada server room … pakai la ssh server (maksudnya control pakai terminal). Hosting pun sama jer confignya cuma limitnya kita bukan server admin.

        Cpanel la mudah … tengah dok cari sapa pakar Linux . Aku pernah attend kursus Linux sampai sudah dia tak jawab soalan aku tanya celako tul

        • @hanif: hahaha.. aku smpai DirectAdmin pn aku dh pening.. yg control terminal ape sume ko ckp tu aku lgsung x penah tgk.. kalo dpt kt aku, komfem pengsan 44 hari.. hehe

  18. aku penah pakai direct admin..
    hahaha..
    ringkas giler benda yg ada dalam tu..
    hanya pro sahaja yg mampu lakukannya..
    tp basic dia semua sama bg aku,, :smile: :smile:
    .-= Post terbaru Si Naga di blog beliau.. 1 Tahun Yang Penuh Bermakna. =-.

  19. Aku dah pernah try DirectAdmin weh..
    1st time mencoba DA aku mmg weng skit pala otak aku.. lama² aku faham la skit².. :D
    Kene rajin mengexplore jee.. hohoho..

  20. ni 1st time aku tgk interface DirectAdmin..hoho
    umpamanya cpanel=microsoft, DA=linux la kan?(dari segi security dan popularity) :biggrin:
    .-= Post terbaru spatt di blog beliau.. Marilah Kita Kembali Ke Pangkal Jalan =-.

    • @spatt: aku rasa cPanel = linux.. DA = windows.. programmer best la kot kalo pkai direct admin ni..
      (aku main ckp je) :unsure:

  21. apesal x letak sekali pasal VistaPanel? :sideways:
    .-= Post terbaru Xylence di blog beliau.. Nintendo DS Lite Vs PSP 2000 ( Which One Should I Get? ) =-.

    • @Xylence: vistapanel tu aku rasa aku penah guna.. kt byethost.. free hosting kan? kan? ko pkai hosting tu ke? takkan kot… username jenuh nk hapal.. xleh set bg senang ingt.. main huruf2 + nombor2.. aku siap save kt notepad username akaun aku kt situ.. ilang username tu xtau cmne nk login dah.. hahaha :lol:

      • @Anarm,
        a’a ak mmg pakai hosting tuh xD
        mmg la perit sikit nk ingat bkn sikit tp mmg perit byk wakakak
        ye ak pon save kat notepad..
        btw, ak bkn nye selalu nk upload ape2
        pswd wp lain :lol:
        .-= Post terbaru Xylence di blog beliau.. Nintendo DS Lite Vs PSP 2000 ( Which One Should I Get? ) =-.

        • @Xylence: aku penah pkai hosting tu dulu.. tp sbb aku selalu login masuk panel, aku rasa mcm menyusahkan nk bukak notepad dulu pastu baru bleh login.. pastu aku tukar pkai hosting 000webhost.com seblom aku beli hosting ngn domain sndiri ni.. ternyata hosting berbayar memang memuaskan.. senang~ :wub:

          • @Anarm,
            ades, 000webhost lg senang kena ban due TOS adei…
            .-= Post terbaru Xylence di blog beliau.. Nintendo DS Lite Vs PSP 2000 ( Which One Should I Get? ) =-.

  22. Aku guna cpanel,rase lg mudah.
    .-= Post terbaru finalcross di blog beliau.. Top 10 of Free Fonts websites =-.

    • @finalcross: aku pn rasa cpanel lg mudah.. directadmin memang kene byk buat manual aaa.. letih.. silap buat kang abih.. seram btol..

  23. DirectAdmin memang susah nak guna. DirectAdmin dia lebih secure sebab tak sepopular cPanel bila dah sama hebat kureng secure juge.

    Biasalah benda baru semua murah, bila dah lama mahai le.. tak gitu? :happy:
    .-= Post terbaru Nikuve di blog beliau.. Kerosakan yang berlaku di muka Bumi berpunca dari Lelaki? =-.

    • @Nikuve: terima kasih sifu sbb beri pendapat kt blog ni.. hehe.. :happy:

      ni kali pertama aku sentuh direct admin.. memang pening kepala.. mcm mabuk laut..

  24. Salam,

    Aku memang banyak guna cPanel pun. Tapi rasanya pernah aku buat kerja dengan control panel DirectAdmin ni.
    Adakah konfigurasi file dia yang macam xammp tu, yang ada htdocs apa segala berbanding yg biasa aku pakai yg ada public html. Ker macam mana?
    .-= Post terbaru Mazudi di blog beliau.. Santai dengan tiga anak jantan sambil lihat ombak besar di Pantai Kuala Abang =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *