Hidup Berani Untuk Gagal

Hari ni sedikit info yang serius untuk korang. So, penulisan aku kali ni adalah lebih ke arah formal, menggunakan Bahasa Melayu macam dalam buku teks. Hehe..

Mari kita mulakan bacaan.

Hidup Berani Untuk Gagal

Kegagalan? Memang sesuatu yang memeritkan. Siapa yang suka akan kegagalan? Tiada seorang pun yang sukakannya. Namun begitu, kegagalan itu perlu kerana sudah menjadi lumrah dalam kehidupan.

Hidup Berani Untuk Gagal – Harus berani menghadapi kegagalan dalam hidup kerana dengan kegagalan tu la kita akan dapat mempelajari dan memperbaiki setiap kelemahan kita. Kegagalan juga akan mematangkan diri kita.

Sudah menjadi tabiat manusia, apabila diri menghadapi kesukaran atau kegagalan, mereka akan menyalahkan takdir. Malah yang lebih teruk lagi mereka sanggup memarahi orang-orang di sekeliling dengan alasan mereka inilah yang menjadi punca kegagalan tersebut.

Di sini kita perlu ingat bahawa kegagalan kita adalah disebabkan oleh diri kita sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain. Kenapa?

Kerana hanya minda dan diri kita sahaja yang berupaya menentukan sama ada usaha kita akan menghasilkan kejayaan ataupun kegagalan!

Kegagalan kita pada hari ini bermaksud kita belajar sesuatu pada hari ini dan bukannya kita hilang segalanya. Hidup Berani Untuk Gagal.

Jika suatu hari nanti kita telah berjaya, kita akan berterima kasih kepada kegagalan tersebut kerana dengan kegagalan itulah kita belajar untuk mencapai ke arah kejayaan.

thomas edisonKita ambil contoh Thomas Alva Edison, iaitu orang yang bertanggungjawab mencipta mentol lampu yang kita gunakan sekarang.

Tahukah anda berapa kali Thomas Alva Edison berdepan dengan kegagalan sebelum beliau berjaya menyempurnakan ciptaan mentol lampunya itu?

Beliau mengalami kegagalan hampir 1000 kali! Namun beliau tidak pernah putus asa. Berbekalkan prinsip Hidup Berani Untuk Gagal, beliau terus berusaha tanpa putus asa dan akhirnya usahanya untuk kali ke-1000 menempa kejayaan dengan terhasilnya mentol lampu.

Ini bermakna beliau telah menghadapi kegagalan sebanyak 999 kali! Apabila ditanya tentang kegagalannya, beliau hanya menjawab, “Saya tidak pernah gagal. Saya telah berjaya mencipta mentol lampu. Hanya perlu melalui 1000 proses sahaja.”

hidup-berani-untuk-gagal

Hidup Berani Untuk gagal?

Entri ni sebenarnya merupakan penyertaan bagi contest Hidup Berani Untuk Gagal yang dianjurkan oleh Denaihati (Yang Terbuku Di Hati).

Contest Hidup Berani Untuk Gagal ni merupakan contest terakhir untuk penutup tahun 2009 dan untuk menyertainya adalah sangat mudah di mana anda hanya perlu menulis satu entri bebas di blog/weblog masing-masing.

Info tentang contest Hidup Berani Untuk Gagal

  • Contest Hidup Berani Untuk Gagal mudah sahaja iaitu pada penghujung contest, blog yang tersenarai di laman carian google.com (updated) menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1-5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6-10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.
  • Hadiah-hadiah adalah sumbangan daripada DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.
  • Kepada yang rajin mempromosikan contestHIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referral maka lebih banyaklah hadiahnya.
  • Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat contest Hidup Berani Untuk Gagal

  • Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog sama ada berbahasa Melayu atau English.
  • Buat satu entri (bebas) di blog ANDA dan wajib ada perkataan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
  • Nyatakan dari mana anda ketahui tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini. Contoh:

    “Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog AnarmNet“.

  • Dalam entri anda wajib ada nama-nama sponsor (tolong update bila ada sponsor baru ye).
  • Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
  • Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di weblog Denaihati – Yang Terbuku Di Hati.
  • Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkannya.
  • Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri blog beliau.
  • Follow Facebook Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
  • Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.
  • Hadiah hanya untuk weblog sahaja. Website forum dan website umum tidak dikira. Seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
  • Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Hidup Berani Untuk gagal? Sertai sekarang!

Layari blog Denaihati untuk info yang lebih lengkap.

Terima kasih kepada Azizwan.com kerana telah mempromosikan contest Hidup Berani Untuk Gagal yang menarik ni. Sekiranya anda telah menyertai, diucapkan semoga berjaya!

Bagi yang belum menyertai, apa tunggu lagi? Join la sekarang!

51 Comments

  1. huhu aku ade join gak,semoga berjaya yer bro :lol:
    .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Sepaku Hosting =-.

    • @wazy: rasa mcm xde harapan je sbb otai2 ramai yg join jugak.. ranking kire pkai google.com plak tu.. kalo google.com.my boleh tahan skit la.. huhuu

      • @Anarm,
        Heheh tak salah kalau kita nak mencuba ye tak ,sama macam tajuk contest ni Hidup Berani Untuk Gagal tapi kalau Hidup Berani Untuk Menang tu syok skit kot :biggrin:
        .-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Sepaku Hosting =-.

  2. wahahaha takut aku tgk entri ko…ada kebolehan nih..aku hanya nasib jer..tahniah2..semoga berjaya..dpt duit belanjer aku sate kajang ye..kih3..
    .-= Post terbaru Roslan Nazri di blog beliau.. Hidup Berani Untuk Gagal, Prinsip Pegangan Hidup Aku =-.

  3. jumpa blog ni bila search untuk contest ni..xmasuk pun tapi suka dengan kemeriahan contest ni..macam2 ragam dapat dilihat..gud luck bro! :alien:
    .-= Post terbaru meezwan di blog beliau.. Rahsia Gempak Newbie-16 Produk Terhebat Newbie! =-.

  4. Hi Anarm, Selamat berkenal-kenalan :-)

    Dari contest ini AJ leh samapai kat blog bro. :-)
    Selamat berkenalan :-)

    AJ pun baru aja sertai contest ini.

    Just berani gagal try error tuk Cabaran SEO ini. :-)

    Good luck Anarm. Keep work :-)
    .-= Post terbaru aminjohar di blog beliau.. Hidup Berani Untuk Gagal =-.

    • @aminjohar: selamat berkenalan.. terima kasih sbb masuk blog ni dan tinggalkan komen..
      good luck juga utk AJ.. teruskan berSEO :happy:

  5. :w00t: sambil join contest sambil memberi motivasi, baguih. good luck!
    .-= Post terbaru naz di blog beliau.. Hidup Berani Untuk Gagal =-.

  6. Semoga saudara berjaya.

    Enri ni menarik macam rencana motivasi pulak. :)
    .-= Post terbaru Kak Long Mawar Merah di blog beliau.. Sabut tak timbul, batu tak tenggelam =-.

  7. nasib bek blog aku english klu x blum tentu lg aku join ini contest :D.

    xleh jadi ni kena ada gak personal malay blog 1 tuk merepek..hahaha

    • @Kujie: denaihati ckp FB tu utk marketing je..
      “nota: twitter dan facebook untuk marketing tapi bukan perkara yang menyebabkan penyertaan ditolak.”

      xde FB pn xpe kot.. kak jie join la.. mane tau ade rezki, bleh beli baju baru.. hehee :happy:

  8. Giler best entrizzz… terpegun membace.. hehee.. semoga berjaya anarm…

    haih.. si wan ni bile la nk submit.. hihihi.. aku pun lum submit agi.. lalalala..~ :lol:

    • @Mr.Bintang, aku dah submit la bro.. takut dia reject je sbb bunyi entri terbaru DH tu cam lain je. huhu..
      .-= Post terbaru azizwan(dot)com di blog beliau.. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

      • @azizwan(dot)com: takkan reject kot.. aku tgk entri ko baek, ok je.. cume jenuh skit la nk abihkn baca tu.. haha.. kalo kene reject, ko update jela entri tu.. DH mesti ok pnye..

  9. woot.. gila mantap opening.. klau ada hadiah entri terbaik, rasanya entri ni boleh dpt kot. huhu.. (harap2 la ada sbb DH ckp contest ni byk kejutan).. anyway, thanks bro sbb join contest ni (sbb jadikan aku as referral sbenarnya. hehe) dan semoga berjaya :cool:
    .-= Post terbaru azizwan(dot)com di blog beliau.. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    • @azizwan(dot)com: hahaha.. DH ckp ko blom submit lg penyertaan ko.. bile nk submit? entri ko pn bleh tahan.. berjaya aku baca smpai abis.. :lol:

  10. wow,lumayan tuh..walau bizi ngan bnyk benda tp rasa nak join lak..bkn kene bayar pun kan..huhu
    .-= Post terbaru spatt di blog beliau.. Cabaran SEO Datang Lagi! =-.

      • @Anarm, adoi..ko cayelah sangat cakap topo tuh..beliau adalah si kacak yang penipu besar..ahaha
        sori topo, jangan marah.. :D
        .-= Post terbaru spatt di blog beliau.. Motivasi – Hidup Berani Untuk Gagal? =-.

    • @Melz: ape yg diblurkan? nk join, just ikut syarat yg denaihati dah tetapkan.. kt blog die pn ade terangkan camne cara nk join.. mungkin ayat aku berbelit2 kot..

  11. terima kasih join contest. blog ni tersenarai peserta ke 12. Tapi kan bro Azizwan pun tak summit lagi ..ha ha ha. Tulisan kat entri ni memang power semuga menjadi sedikit sumbangan kepada blogger Malaysia.

    nota : twitter dan facebook untuk marketing tapi buka perkara yang menyebabkan penyertaan ditolak.
    .-= Post terbaru denaihati di blog beliau.. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    • @denaihati: sama2.. terima kasih jugak sbb terima penyertaan ni.. bro azizwan tak submit lg rupanye.. patut la xde nmpk link blog die kt list tu.. time tulis entri ni rasa semacam sbb xpenah update blog pkai bahasa buku teks.. hehe..

  12. Salam,

    ooo.. contest rupanya. Ingatkan artikel “dare to fail” versi melayu tadi.
    Suka dgn syarat nak menang yg berdasarkan Google Search rank tu.
    .-= Post terbaru Mazudi di blog beliau.. Resepi tapai pulut bungkus daun getah untuk desert selepas hari raya =-.

    • @Mazudi: hahaha.. ni main tulis je ni.. tp ade la skit unsur2 “dare to fail” kot.. so, tunggu ape lg? jom la join sekali contest Hidup Berani Untuk Gagal ni.. hadiah duit tu.. banyak tuu.. :tongue:

  13. Teringin nak join contest nih sebenarnya~
    tapi sebab syarat dia suruh follow fb dan promote contest kat fb tu yg jadi pikir 2-3 kali~
    sebabnya bukan setakat kawan2 saja yg ada di fb saya tuh, malah Dean IPT saya, pensyarah-pensyarah, malah kaunselor saya juga ada di fb saya tu. malulah saya kalau mereka lihat saya duk melayan contest2 di internet yg mungkin pd mereka, saya hanya membuang masa lepas habis blaja ni~

    kalau tak sebab syarat pasal fb, memang dah lama saya join contest nih~ :sad:
    .-= Post terbaru Akuro San di blog beliau.. Dunia Blog Yang Berwarna-warni =-.

    • @Akuro San: ntah2 pensyarah, kaunselor tu pn join jugak kot.. try check betol2.. hehe.. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL :wink:

    • @syinrayafa: hadiah lumayan beb.. join jela.. bukan senang nk dpt peluang ni.. takkan nk biar bg aku menang kot.. hahaha.. :lol:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *