Beberapa hari yang lepas aku login ke blog lama aku di blogspot. Terasa rindu pula kat blog tu sebab bermula dari situ lah aku belajar tentang selok belok dalam dunia blogging ni.
Daripada situ juga la aku mengasah balik ilmu coding HTML, CSS, Javascript yang pernah aku belajar di kolej dulu.
Bila ingat balik sewaktu di kolej, memang aku belajar sambil lewa. Bak kata pepatah, “Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri“.
Kepada yang masih study tu, jangan contohi perangai macam aku ni. Tolong belajar rajin-rajin sebab dari situ la akan menentukan masa depan korang.
Di blog lama aku tu, aku tengok masih ada lagi pelawat yang setia singgah kat situ walaupun dah berbulan-bulan aku tinggalkan tanpa update. Rupanya masih ada lagi pelawat blog lama aku yang tak tahu aku dah berpindah ke WordPress.
Ada jugak yang hantar email, tanya bila nak update. Ada yang aku sempat balas, ada jugak yang aku tak sempat nak balas, lepas tu terus terlupa. Adehh..
Blog Tanpa Pelawat
Semua blogger mungkin dah tahu yang pelawat atau visitor tu penting kan? Blog tanpa pelawat adalah umpama pokok tanpa buah.
Oleh itu, mana-mana blog korang yang terabai tu, yang dah ada pelawat setia, mungkin akan merugikan korang.
Tambahan pula sekarang ni ramai yang dah berpindah dari blogspot ke wordpress sejak Justkhai sediakan pakej yang agak lumayan untuk para blogger. Mungkin ada beberapa orang yang dah mula tinggalkan blogspot dia yang ada pelawat yang ramai.
Ada juga yang dah delete blogspot dia sebab dah otai di WordPress. Tolong jangan delete! Arahkan pelawat-pelawat blog korang tu ke blog yang baru. Macam mana caranya?
Cara Pindahkan Pelawat Blog Lama ke Blog Baru
Ada 2 cara yang aku rasa sesuai untuk digunakan. Mungkin ada cara-cara yang lain lagi. Kat sini aku ajar cara yang simple dan mudah jela.
- Buat satu entri baru di blog lama, bagitau yang korang dah berpindah ke blog atau domain yang baru. Kalau boleh, link/URL ke blog baru tu tulis besar-besar sikit bagi senang nampak. Masukkan color kat link tu pon ok jugak. (Bergantung pada kreativiti korang sendiri)
- Cara kedua ni rumit sikit bagi yang tiada pengetahuan tentang coding. Kalau ikut step-step yang aku jelaskan, mungkin takde apa-apa masalah kecuali silap sebab kecuaian sendiri. Hati-hati.
- Login ke ruangan Dashboard di Blogspot, pergi ke bahagian Theme > Edit HTML
- Copy code di bawah ni dan paste di template blogspot korang. Kedudukan dia adalah di bawah code <head> :
<meta http-equiv="refresh" content="5;url=http://domain-blog-baru.com/" />
Code berwarna MERAH tu je yang perlu korang tukar. 5 mewakili masa untuk blog korang dipindahkan (lepas habis loading). Disarankan korang tukarkan kepada 0 untuk lebih cepat. http://domain-blog-baru.com/ pulak korang tukar ke URL blog baru korang.
Itu saja yang korang perlu buat untuk elakkan kehilangan pelawat.
Bagi yang berniat nak berpindah blog menggunakan WordPress, kalau tak berkemampuan untuk rebut tawaran hebat Justkhai tu, bolehlah melanggan hosting yang lebih murah. Pilihan di tangan anda.
P/S: Tutorial ni hanya untuk pengguna Blogspot sahaja. Bagi yang menggunakan platform selain blogspot, sila bertanya di ruangan komen. Otai-otai sekalian diminta bersama-sama memberi tunjuk ajar ye. Terima kasih.
terima kasih atas tutorial ini :)
thank you bro….
nak tanya camne nak buat recent comment animation camtu??
@budumasin, recent comment gerak2 tu aku guna plugin wordpress.. nama dia “Vertical Scroll Recent Comments“..
kalau entry blogspot nk direct ke entry wordpress cmne pulak?
@Anip, kalo start blogging pakai blogspot, lepas tu nk pindah ke wordpress, boleh import sume entry dr blogspot masuk dlm wordpress.. lepas tu install 1 plugin utk buat redirect.. bila org klik link entry blogspot, plugin tu akan redirect ke entry yg sama kat wordpress.. tp aku tak ingat nama plugin tu.. hehe.. :tongue:
:w00t: thanx anarm. tutorial anda sedang saya cari
Thanks Share Bro :)
Nak tanya, jumlah pengunjung dulu yang di wordpress free, tak boleh bawa ke blog baru ke yag berbayar? Ada statistik yang boleh buat ke?
.-= Post terbaru Tintataghyir di blog beliau.. Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!! =-.
Thanks anarm for linkback.. neway dalam part 2 tutorial membina blog di JK, aku ada paste script yg lebih kurang.. tp lebih simple dan senang… tp cara ko ni lagi best sbb leh letak masa.. hehehe..
mengenai pakej hosting tu. harap sblum korang berpindah dari blogspot, jgn amik hosting yg murah je.. nengok harga yang berpatutan serta kualiti dia camana. banyakkan bertanya dari mereka yang dah lama berhosting sendiri.. hosting mana yg diorang prefer dan gunakan.. itu lebih selamat..
@Khai: yup.. biar hosting mahal asalkan kualiti tu kaw2 baeekk punyee.. hehe.. tp masalah skrg ni, budak2 ramai yg x sanggup nk spend byk2 duit utk hosting.. mentaliti lain2.. tanak la paksa2 kang ckp ape plak kn.. huhuu :blink:
baguih tut ni, tp blogspot lama aku dah del 2008 lg. :sick: errk, xde ape pun blog tu. :pinch:
.-= Post terbaru naz di blog beliau.. Bagaimana Lady Gaga ajar aku blogging =-.
Assalamualaikum. Anarm, itulah pengunjung berhantu yang memang setia bila mereka dah suka pada satu-satu blog. Sekalipun bertukar blog mereka tetap ke sana.
Salam..
ada member dulu pakai blogspot, lepas dia import segala entri ke wp, pas tu bila kita google blogspot dia, dia terus redirect ke wp dia…ada gak yg wat cam tuh… :smile:
.-= Post terbaru Nine di blog beliau.. Tahniah Adikku !!! =-.
dah wat…
and berjaya
guna cara html..
paksa depa masuk..
hahaha
.-= Post terbaru LowLucky di blog beliau.. Kelahiran Sebuah Blog =-.
@LowLucky: hahaha.. paksa.. paksa.. kehkeh :lol:
menarik!!!
saya akan cuba!!
@Si Naga: cuba laa.. nape ko pkai nama Si Naga plak? bukan ke Jaws trademark ko..
Teringin jugak nak ambil pakej sepaku hosting tu untuk projek baru sebab murah. Tapi masih belum ada idea untuk menulis tentang subjek apa. :)
.-= Post terbaru blogresipi di blog beliau.. Perbezaan Innity Dan Nuffnang =-.
@blogresipi: bile dh tau nk tulis tentang ape, langgan la sepaku.. mmg best.. murah dan terbaik
@Anarm, yup..betol tu sifoo..sepaku sgt best..hoho
.-= Post terbaru oh!dawie di blog beliau.. Contest : RM50 untuk dimenangi =-.
masa mula2 pindah dulu, buat juga direct link tu, kemudian rasa nak asingkan entri2 tu
skrg ni cuma buat sticky post – pengumuman dah pindah , letak url link blog baru
rasa mcm tak nak campur blog lama dgn blog baru – dua2 tu identiti berbeza :smile:
.-= Post terbaru Kujie di blog beliau.. Bila 1A 7B menjadi 7A 1B =-.
@Kujie: ha ah.. buat sticky post kalo blog lama masih aktif lg kan kak jie?
yg ni saya ajar utk blogger yg berpindah ke blog baru pastu tinggalkn terus blog lama..
rasa mcm rugi je tinggalkan camtu je sbb mungkin blog lama tu lg ramai pelawat..
kalo redirect baru la x rugi..
kalo reader google (followers) nak baca update terbaru mcm mana?
.-= Post terbaru Luth Textile di blog beliau.. Majlis perkahwinan dulu VS sekarang =-.
@Luth Textile: lepas update, nk suruh org baca update tu? ke camne? tak paham..
cam nak redirect lak serisubuh blogspot ke serisubuh.com..
tapi trafik blogspot tu membantu gak.. n income buffer ads..
so, bila update dot com.. copy je isi kandungan ke blogspot.. ubah keyword sikit2 utk trafik berbeza.. =)
.-= Post terbaru cidimidi di blog beliau.. 4 Hari Pelihara Anak Burung Wak-Wak =-.
@cidimidi: kalo blogspot tu masih lg aktif, xyah buat redirect.. buat mcm yg bgtau tu, copy paste dr dot com masuk ke blogspot.. bagus!
slm..hahaha..kawe wat style coding tuh menjadi..hahaha..tq boh..demo tolong kawe..doh lamo kawe xsntuh blogspot doh..hu..hu..mjur leh direct trus ko wp..hehehe
@apiih: hahaha.. ruponyo ado lg srupo kawe.. mujor kawe share bendo gini.. bagus2..
terima kasih atas maklumat ni… saya pun baru juga…
@ajie: sama2.. terima kasih sbb masuk dan komen kt blog ni..
weih, boleh tak cara yang sama diapply pada wordpress?
aku ada wordpress suatu ketika dulu, dah tak pakai dah..
boleh ke tidak?
cepat bagitau *ugut* xD
.-= Post terbaru Zala Wajik di blog beliau.. Hankyung Case Reveal =-.
@Zala Wajik: wordpress.com ek? redirect wp.com kene bayar.. lepas bayar baru bleh wat redirect.. wordpress.org je yg bleh wat macam2..
akhirnya, jpe jugak code ni. yeay, dah boleh redirect blog lama…
.-= Post terbaru beliamuda di blog beliau.. Domain chedet.co.cc Expired =-.
@beliamuda: blog lama dh x aktif ek? bagus la buat redirect..
@Anarm, a’ah, dah tak aktif. tapi still gne akaun blogger untuk komen kat blogspot.
.-= Post terbaru beliamuda di blog beliau.. Suka dan Duka Dalam Peperiksaan =-.
@beliamuda: aku kalo komen kt blogspot pkai URL blog ni je.. yg xleh letak domain ni baru aku pkai akaun blogspot.. utk tinggal jejak URL ni kt komen2 tu..
@Anarm, sama gak. cme kadang2 malas sangat nak tulis. lagipun, dah kuar yang blogspot nya, lepas komen, enter je…
sapa yang ade blog wp, tapi delete blog lama di blogspot memang
rugi.. traffik nak dapat bukan senang. terpaksa lah merangkak
semula..
.-= Post terbaru Kreuger di blog beliau.. Segment: Tahukah anda mengenai F4 Meteor Garden? =-.
@Kreuger: tau xpe.. yg aku bg ni tuts utk blogspot.. kalo utk wordpress.com camne plak man? ko tau? si amanz ade tanya aku.. yg aku tau, kene bayar lebih kurang $10 kat wp.com pastu baru bleh seting2 utk redirect.. :unsure:
aku masih setia kat blogger.com…
pada masa skg nie takdela kut nak tukr blog..hehe
tapi pada masa hadapn tak tahu la lagi///huhu
pAPEpun thakz 4 tiz info…
.-= Post terbaru whose di blog beliau.. Penyebab Kanak-kanak Melayu Mundur dalam Pelajaran =-.
@whose: ok.. mungkin 1 ari nnt bende ni berguna.. tunggu dan lihat :happy:
Thanxs for the info beb :)
.-= Post terbaru Dak Wan di blog beliau.. Tips Blogging – Boikot WIDGEO! =-.
@Dak Wan: sama2.. xde hal.. just nk berkongsi ilmu dgn blogger2 lain..
mnrik bro..aku nk try la..thnks..kipidap
@azizan4444: ok.. sama2.. tgh tulis update baru.. esok publish.. :wink:
aku pun dah lama x tgk blog pertama aku kat blog spot tuh.. disebabkan ko buat entri ni..terasa nk buka la kejap tgk apa dah jadi haha.. :lol:
.-= Post terbaru broSKL di blog beliau.. Friendster berwajah baru =-.
@broSKL: kalau blog tu terabai, better directkan ke blog yg ko aktif.. baru la x ilang pelawat.. lepas aku redirect blog lama aku ke blog ni, subscriber terus bertambah.. terkejut gak aku. rupanye ramai gak yg subscribe blog lama aku tu.. lepas direct ke sini, diorang subscribe blog ni pulak.. huhuu :happy:
dari wordpress.com ke blog kita camne anarm?
.-= Post terbaru aman di blog beliau.. Kemaskini Rekabentuk Firefox 4.0 Di Perlihatkan =-.
@aman: aku x jmpe lg cara FREE nk redirect dr wp.com ke self hosted.. yg jmpe kt google, kene bayar $10/year rasanye utk add domain kite kt wp.com, pastu baru die akan redirect..
good thing aku tak pernah start ngan blogspot, sebab kengkawan semua cakap wordpress lagi macho.. hoho, aku macho!..
erk, salam ziarah…
gapo link blog demo dlu? boleh tgk lagi dop? kawe nok tgk blog demo dlu..hehe :kissing:
.-= Post terbaru x-po di blog beliau.. LELAKI, BOLA SEPAK, DAN TEMAN WANITA/ISTERI =-.
@x-po: blog biasa2 jah.. anarm.via.my
abg anarm xnak dtg blok adik shida ke??? hahhaha
:devil:
.-= Post terbaru shida di blog beliau.. Merelakan Kehilangan =-.
@shida: err… selalu gak pergi situ cume x reti nk komen2 sbb entri penuh kehalusan dlm berbahasa.. aku x reti nk berbangsawan.. :cwy:
@Anarm, hahaha sadap!! org halus mmg bahasa halus. :blush:
.-= Post terbaru shida di blog beliau.. Seret Saje-Saje =-.
time kasih tok info. mane tau tibe2 nk pndh2 ni. heheh!
.-= Post terbaru ayong di blog beliau.. when I turn to the old me… =-.
@ayong: same2.. mungkin 1 ari nnt akan berpindah.. :wassat:
waahh.. bagus ilmu ni.. ni kalo tersebar luas, abih sume blog ade redirect.. silap2 ade yg buat redirect gi laman x sepatutnya.. haha
.-= Post terbaru PENTULIS di blog beliau.. Nama disenaraihitamkan =-.
@PENTULIS: ko tu yg jgn salah guna ilmu aku bg ni.. kang entah ape2 ko redirect.. bukan bleh caye ko ni.. :getlost: :lol:
dekat wordpress xblh ke…? aku nk test laaa…hahahaha…
.-= Post terbaru syin di blog beliau.. Awal tahun 1431H =-.
@syin: kalo utk WP self hosted, ada lg 2 3 cara nk buat redirection.. boleh tgk kt sini.. http://www.webweaver.nu/html-tips/web-redirection.shtml
@Anarm, dekat coNtrol panel kita pun ada…apa2 pun Tq BRO..
.-= Post terbaru syin di blog beliau.. Awal tahun 1431H =-.
@syin: yup..kt control panel pn ade jugak.. aku lupa.. dah terbiasa pkai coding2 je..
terlalu banyak blog yang bangunkan di free host sejak dari 2003. memula layan la letak redirect kod macam langkah ke 2 tu. lelama lantak la (ha3).
info cun! bagus untuk tujukan newbie ;)
.-= Post terbaru megat di blog beliau.. Problogger Rohaizad, Meniti Kejayaan Dengan Usaha Smart Blogging! =-.
@megat: skrg ni pkai code tu kt blog lama.. ade lg rupanye org masuk blog lama tu.. drpd diorang masuk blog yg x berupdate tu, lebih baik diorang masuk komen2 kt sini ye x? kire aku pn newbie gak la sbb baru tau bende ni.. huhuu :blush:
TQ bro…ingat xde guna coding..hihihi…
.-= Post terbaru | pengupasjalanan | di blog beliau.. Berblog untuk Kepuasan Diri atau Popular Yang Dicari? =-.
@| pengupasjalanan |: ko nk buat ke? buat, jgn x buat.. hehe.. wei, mane gravatar ko? x pasal2 cacat komen box aku ni.. hahaha.. :lol:
aku ngah gune mende ni skunk
@MrRollies: aku baru buat kt blog lama aku 2 ari lepas.. tu pn terjumpe lepas google mcm2.. lama giler aku tak update blog tu tp ade jugak yg singgah.. dah wat redirect ni, bleh la pelawat kt situ komen2 kt sini plak.. trafik tambah la.. hehe :happy:
info yg bgus untk yg xtau like me..hehe.. nk wat domain pulak cne ye? via blogspot?
.-= Post terbaru wany di blog beliau.. RELEVAN LAGI KAH PENYAPU LIDI ZAMAN SEKARANG? =-.
@wany: domain boleh beli dgn mane2 hosting provider. Contohnya mcm kt Sepakuhosting, awak boleh beli kt situ.. beli via blogspot pn bleh juga cuma saya x berape tau sgt..
gune htacsess je kan senang.Terus redirect. :cheerful:
.-= Post terbaru loq di blog beliau.. Kronologi Dunia Internet Loq 2009 =-.
@loq, bleh ke blogspot pkai htaccess? :unsure:
@Anarm, saje je aku test ko..haha
.-= Post terbaru loq di blog beliau.. Kronologi Dunia Internet Loq 2009 =-.
@loq: ade 1 plugin wp aku jmpe smlm, die bleh set utk bg blogspot redirect terus ke blog wp. aku lupe plak url blog yg cite pasal plugin tu.. rugi..rugi.. :cwy: