Datuk Seri Najib Razak cakap, pemilik blog dan juga portal yang menyebarkan maklumat tak sahih dan berunsur fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas ni. Tak lama lagi kerajaan akan MEWAJIBKAN blogger mendedahkan maklumat identiti sebenar.
Lepas-lepas ni takkan ada lagi penulis ‘tak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang. Ini bagi memastikan blogger-blogger akan lebih bertanggungjawab terhadap setiap tulisan di blog masing-masing.
Tapi.. Maklumat identiti macam mana yang perlu didedahkan? Adakah perlu dedah juga alamat rumah, nombor IC, nombor plet kenderaan, nama ibu… Makanan kegemaran, hobi di masa lapang, dan saiz kasut?
Diharap lepas ni blogger-blogger semua lebih berhati-hati dan elakkan tulis entri yang tak sahih. Kalau nak tulis jugak tolong fikir masak-masak, jangan main tulis ikut sedap hati. Kalau benda tu betul takpe. Kalau salah fakta nanti tak pasal-pasal kena hentam dalam KEEK atau sebagainya.
Kelas Belajar Buat Blog WordPress
Tambah-tambah entri yang jenis memfitnah orang lain, lagi teruk kesan dia. Jangan sampai keluar berita blogger kena saman atau kena tangkap dah la. Bikin malu nama BLOGGER je.
Sumber: Berita Harian Online
Emm susah lah nak menyamar lagi lepas ni..tapi saya tertarik dengan komen en titan tu..mujurlah blog saya domain.com.hehe
Saya sangat penasaran bagaimana tanggapan2 para blogger Malaysia mengenai pendedahan identiti blogger ini, mohon diulas khusus ya..
rasanya semua detail owner blh cek thru company server @ ip address kl pihak berwajib betul2 nak siasat…kl nak dedah identiti pun maybe gov kena set one guidelines and tak perlu nak dedahkan semua perkara sbb on9 ni bahaya jgk kl semua nak inform…
contact hosting aje dah boleh tahu nama kita.
Yang jadi masalah, geng-geng blogspot dan blog percuma yang lain. Itu memang tak jadi masalah la. Yang diorang bengang..dengan blogger-blogger blogspot aje. Blogger ada hosting sendiri ni..takde masalah rasanya..bukan susah pun nak tahu siapa disebalik blog tu..
kalau blog yang ada nuffnang atau innity, contact aje diorang. Geng2 innity dengan nuffnang, kalau polis dah tanya, mesti bagitau gak nama sebenar. haha..
bagi aku nama, email dan url dah memadai..kalau lebih2 takut nanti timbul isu keselamatan blogger tu plak..takut jadi kes pecah rumah, kena rompak, samun..sape yang susah? blogger jugak.
kalau terlalu over exposed diri kita kat blog takut orang lain mempergunakan pic kita kat alam maya….
Rasanya gravatar yang digunakan sudah cukup kot. :-)
lepas ni email kena spam,
hp penuh sms dr website 1malaysia sebab boleh dpt lebih byk no hp lg..
penjenayah akan kerap whois blog utk cari sumber pendapatan, alamat lengkap ada..
polis sibuk nak layan byk report blogger kena rompak, kena rogol…habislah banyak lagi kesan buruk berbanding kesan baiknya..
Habis la semua blogger kena expose diri masing-masing. Tapi elok gak saranan PM tu, ada sebab dia suruh baut gitu…haha
Tapi aku rasa, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ke guane?
nampaknya pasti kena buat header muka masing2 pasni….
letak jer bukan susah jgn letak alamt penuh dlm blog ar karnga da plk yg jejak blogger…
yang penting jgn buat fitnah dan sebarkan info yg tepat
Hanya revealkan nama betul pun sudah memadai rasanya tanpa perlu no ic bagai.
makin ketat lah kan lepas nih. hurm.. yang penting blogger kena sampai cerita/berita yang betul. kalau tak, habis lah.
mujurlah Dr Fuh gunakan identiti sebenar..hahaha tak tau la macam mana deorang nak laksanakan kalau betul berita ini..hmmm :)
Maknanya kena dedahkan nama betul ke? Adeh… Parah tue…
Nak tanya sikit, gomen bayar blogger berapa ek? Dan lagi satu, tanpa dedahkan identity patutnya pihak berkuasa boleh detect kan.
.: terpengaruh dengan cerita CSI. Power doh dorang tue…
sekarang ni Domain Registry pun dah wajibkan maklumat sebenar kan.. cuma mungkin hosting provider kena tambah beberapa requirement macam copy of IC, etc.. untuk blogspot tu memang ramai anonymous dan hosted di luar negara.. banyak gak prosedur kena buat kalau nak blogger Malaysia wajib bagi maklumat untuk mula berblogging :lol:
cons
1. ada orang memang menulis untuk tidak dikenali antara privasi atau ada sebab keselamatan.
pro
1. scam, fitnah dan sebagainya mudah nak trace. secara teori.
soalannya, macam mana nak paksa orang daftar dan nyatakan identiti. aneh tu
i Say gua dah tak boleh letak nama onn lajer sama gambar botl lagi lah haha
lepas ni kena letak photostat ic kat header blog la..
hahaah
Idea bagus tu.. Hahaha..