Kelas Belajar Buat Blog

Teringat masa dulu-dulu pertama kali aku buat blog menggunakan WordPress. Semua aku belajar sendiri dengan mencari sumber rujukan daripada search engine Google. Masa tu kalau tak silap aku takde lagi yang bukak kelas belajar buat blog WordPress. Sumber rujukan kat internet pun tak banyak macam sekarang. Penat jugak la nak mencari tutorial masa tu.

belajar buat blog wordpress

Aku dah tak ingat berapa banyak duit aku dah labur untuk beli ebook-ebook berkaitan dengan WordPress dan juga web hosting. Nak belajar punya pasal. Nak join kelas, tak dapat, sebab time tu mana ada lagi orang buat kelas belajar WordPress. Nasib baik ada beberapa orang IM yang menjual ebook tentang WordPress. Ada jugak yang bagi download free.

ebook wordpress
Gambar hiasan

Tapi sekarang ni dah ada banyak kelas boleh kita join untuk belajar buat blog WordPress. Nak belajar guna WordPress dah tak susah macam dulu. Komuniti pengguna WordPress pun semakin hari semakin bertambah. Ramai yang dah pandai guna WordPress sebab ada banyak kemudahan untuk belajar.

WordPress Junior & Master Class.. Anda Berminat?

Mana-mana individu atau blogger yang berminat nak belajar blogging guna WordPress, ini ada satu info menarik untuk korang. Akademi Denaihati akan adakan Kelas Latihan WordPress pada 22 dan 23 Jun 2013, hari Sabtu dan Ahad.

Tempatnya di Denaihati Training Centre beralamat No.16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

akademi denaihati wordpress class

+ View Larger Map

Kelas Latihan WordPress ni terbahagi kepada 2 kelas di mana setiap kelas ada topik-topik yang dikhususkan mengikut tahap pemahaman setiap individu tentang WordPress.

WordPress Junior Class ( 22 Jun 2013, Sabtu )

WordPress Junior Class dibuat khusus bagi individu yang belum pernah menggunakan WordPress. Antara isi kandungan Kelas WordPress Junior ni adalah:

  • Memasang WordPress secara manual atau menggunakan One-Click Installer
  • Setting asas WordPress
  • Bagaimana untuk menulis entri menggunakan WordPress
  • Cara menggunakan media seperti gambar dan video di dalam artikel blog
  • Proses pemilihan plugin dan themes untuk blog
  • Asas Optimasi Enjin Carian (SEO)
  • Teknik promosi – Apa dan Bagaimana yang perlu dilakukan

WordPress Master Class ( 23 Jun 2013, Ahad )

WordPress Master Class pula dibuat khusus bagi individu yang sudah berpengalaman menggunakan WordPress tetapi ingin belajar lebih mendalam tentang selok-belok WordPress. Antara isi kandungan Kelas WordPress Master ni adalah:

  • Proses penyelenggaraan WordPress
  • Mengawal keselamatan blog WordPress
  • Teknik Optimasi Enjin Carian (SEO) peringkat lanjutan
  • Bagaimana membina jenama (branding) anda menggunakan WordPress
  • Perkara yang perlu dielakkan atau dilakukan sekiranya menggunakan WordPress
  • Teknik menghadapi trafik yang tinggi
  • BONUS – Teknik rahsia pengguna WordPress

Sekiranya korang berminat nak sertai mana-mana kelas belajar WordPress ni, sila ke laman web AKADEMI DENAIHATI untuk maklumat lanjut. Bayaran untuk setiap kelas adalah :

  • Junior Class – RM150 setiap seorang
  • Master Class – RM350 setiap seorang

wordpress class akademi denaihati

Ada peluang keemasan macam ni jangan ditunggu-tunggu. Daftar cepat sebelum seat habis. Kalau betul-betul berminat nak buat blog WordPress, inilah masanya untuk belajar.

20 Comments

  1. Semoga setiap bulan sekali akademi denaihati anjurkan kelas macam ni. Mana tahu dalam banyak2 bulan boleh duduk sekali :)

  2. PakarNiaga.com (AMIN)
    PakarNiaga.com (AMIN)

    Wow! Semakin rancak kini sudah ada kursus.
    Inisiatif & peluang kerjaya yang bagus..

    Mana nak tahu nanti kekurangan tenaga pengajar,
    boleh jemput kami di Pakar Niaga. :-)

    Ikhlas,

    Amin Johar

  3. Emm selamat menghadiri seminar ilmu..mesti banyak yang akan dipelajari nanti..hehe

  4. ternyata seminar buat blog-nya tinggal sebentar lagi, jangan lupa nanti share ilmunya

  5. Dulu saya belajar mengunakan ebook tak ada mentor.

  6. ada kelas di UTM waktu tu…. tak dpt sertai. huhu

  7. sape tenaga pengajar selain eizil?

  8. jom join.. bro jadi tenaga pengajar.. :)

  9. nampak menarik ni..tapi kena kumpul modal dulu sikit2..

  10. Aku minat tapi sekarang ada kat kampung. Perlukan modal lebih tinggi kalau nak join. Huhuhu

  11. Eshhh…minat jugak ni. Kalau kita dah buat bayaran tapi kita tak dapat pergi atas sebab2 tertentu, macam mana ya? :ermm:

    • Kalau dah daftar & dah bayar tapi tak dapat pergi, inform je pada penganjur cakap tak dapat pergi.. Lepas tu bayaran tu nanti boleh refund balik.. Atau boleh jugak guna untuk join next class..

  12. gua kena ejas timing untuk join MASTER CLASS tue…. hohoho

  13. bagus ni. memang wajar pergi tu

  14. dah daftar tapi tak bayar lagi, tengah cukupkan modal huhu

  15. pasti mendapat sambutan kelas2 macam nih…;)

  16. Dulu masa first time buat, selalu tanya otai2 blogger macam kak kujie dan seangkatan dengannya, memang payah sebab tak tahu pun apa benda hosting la domain la, nak tukar itu ini, nak buat itu ni blablabla

    untung siapa yang pegi kelas bengkel macam ni~

  17. InyaAllah kalau ada kelapangan berminat jg ni…

Leave a Reply