Renew Lesen Memandu 10 Tahun Secara Online

Baru-baru ni Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke telah mengumumkan inisiatif pembaharuan lesen memandu. Rakyat Malaysia kini boleh renew lesen memandu sehingga maksimum 10 tahun dan akan menikmati diskaun 10 peratus.

Harga renew lesen memandu masih sama, iaitu RM30 setahun. Kalau renew untuk 10 tahun sekali gus, bayarannya RM270 sahaja selepas diskaun. Bermakna hanya bayar selama 9 tahun dan percuma 1 tahun. Jimat RM30.

Renew Lesen Memandu 10 Tahun

Kebetulan lesen memandu aku dah dekat tarikh tamat tempoh. Aku ingat nak renew terus sampai 10 tahun. Tapi untuk renew lesen memandu 10 tahun tu kena pergi pejabat atau kaunter JPJ.

Rasa malas pulak nak bersesak kat JPJ. Buang masa dan tenaga je.

Renew Lesen Memandu melalui MYEG

Aku renew lesen memandu secara online je. Lebih mudah. Guna servis MYEG. Tapi dekat MYEG ni hanya boleh renew sampai 5 tahun sahaja.

Aku suka MYEG sebab dia ada sediakan servis penghantaran. Cuma tambah bayaran caj delivery sebanyak RM6. Dalam tempoh 2 hari lesen memandu akan sampai depan pintu rumah. Tak perlu keluar pergi JPJ.

Renew Lesen Memandu Online MYEG
Renew lesen memandu secara online di MYEG

Renew Lesen Memandu melalui MySikap

Selain MYEG, boleh juga renew lesen memandu secara online melalui portal MySikap. Kat sini ada pilihan renew lesen memandu sampai 10 tahun.

Tapi aku tak pasti dapat diskaun 10 peratus atau tidak kalau renew 10 tahun kat MySikap ni. Tak sempat try sebab aku dah renew dengan MYEG.

Lesen memandu yang renew melalui MySikap kena pergi ambil kat JPJ. Dia takda buat servis penghantaran. Tapi kalau rasa tak perlukan lesen memandu jenis kad fizikal tu, boleh je guna lesen memandu digital.

Renew lesen memandu 10 tahun MySikap
Renew lesen memandu 10 tahun di MySikap

Lesen Memandu Digital

Mungkin ada lagi yang tak tahu JPJ sekarang ni dah sediakan sistem lesen memandu digital dan juga roadtax digital. Segala dokumen akan disimpan dan boleh disemak secara online dengan menggunakan aplikasi MyJPJ.

Lepas dah renew lesen memandu melalui MYEG atau MySikap, sistem JPJ akan terus kemaskini lesen baru tu dalam aplikasi MyJPJ.

Bagi sesiapa yang tak nak lesen memandu jenis fizikal, boleh guna aplikasi MyJPJ ni yang akan pamerkan lesen memandu dan roadtax dalam bentuk digital.

Kalau kena tahan dengan polis, keluarkan je telefon bimbit dan tunjuk dokumen lesen memandu atau roadtax digital tu dalam aplikasi MyJPJ.

Download Aplikasi MyJPJ

  Play Store (Android) : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  App Store (iOS) : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

Lesen memandu digital di aplikasi MyJPJ
Lesen Memandu dan Roadtax Digital di aplikasi MyJPJ

Aku masih kurang yakin nak guna sistem online aplikasi MyJPJ ni. Takut bila nak guna nanti tiba-tiba app tak boleh buka, internet problem ke, atau phone habis bateri. Sebab tu aku renew lesen memandu di MYEG dan minta dia hantarkan ke rumah.

Tapi tak silap aku boleh print sendiri dokumen lesen memandu digital dalam aplikasi MyJPJ tu. Lepas tu simpan dalam kereta. So, tak perlu buka aplikasi MyJPJ.

Buat masa ni aku guna dulu lesen memandu fizikal. Renew roadtax kereta nanti kot baru aku akan guna sistem dokumen digital tu. Malas nak tampal roadtax kat cermin kereta.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *