Petang semalam balik dari kerja aku pergi bersenam kat gym dengan brader Jaws Ismail. Hari Sabtu lepas pun pergi jugak. Oleh sebab rasa macam dah lama sangat tak bersenam, aku nak mula balik aktiviti keluarkan peluh ni.
Kali terakhir aku pergi gym tahun lepas. Bila dah kembali ‘main besi’ rasa mengah dan penat giler. Bernafas pun tercungap-cungap macam tak cukup oksigen.
Dulu masa zaman sekolah menengah aku selalu jugak pergi gym. Badan aku sasa je time tu. Serius tak tipu. Hehe. Tapi bila dah sambung belajar kat kolej, aktiviti bersenam kat gym tak dapat diteruskan sebab tak jumpa ‘port’ dan takde member yang suka layan gym. Member-member banyak layan makan je. Bila dah kurang bersenam dan asyik makan je (sebab terikut member), badan pun jadi kembung.
Sekarang ni tengah muncul balik semangat nak kuruskan badan. Nasib baik ada member yang punya niat yang sama nak kuruskan badan. Boleh sama-sama fight siapa lagi cepat kurus. Harap-harap dapat disiplinkan diri pergi bersenam, jogging atau sebagainya secara konsisten. Teringin jugak nak ada badan ketak-ketak.
Pusat gym yang kitorang pergi dekat je dengan rumah. Bayaran sekali masuk pun cuma RM5 boleh bersenam sampai muntah. Tiada had masa. Cuma peralatan dia tak banyak mana. Tapi kira ok la sebab orang pun tak ramai. Ada masa-masa tertentu je ramai orang. Rasanya time ramai orang memang takde peluang langsung nak guna peralatan kat situ.
Bulan puasa dah dekat. Rasanya tak boleh pergi gym time bulan puasa. Dengan perut kosong, tekak kering, memang gila kalau pergi gym jugak. Mungkin ada yang pergi tapi aku tak segila diorang. Setakat buat senaman ringan tu boleh la.
Lagipun kat dinding pusat gym ni banyak tertampal gambar wanita-wanita berbadan ketak-ketak pakai sport bra dan spender je. Aku tengok pun rasa jeles (tertengok). Perempuan boleh buat badan ketak-ketak, takkan aku tak boleh kot..
Aku nak kurus!
terbaik bro..
selain badan berketak badan pun sihat, stamina bertambah dan awet muda..hehehe.. :biggrin:
awek atau isteri pasti tersenyum.. :w00t: :whistle:
kat mana pusat gym ni bro. macam cantik and kemas je
Pusat gym ni kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi..
apa nama gym ni bro?
hoho..terbaiklah. hang kena rajin.
nampak dah muscle tu haa..whoaa..pasni leh gusti lengan..:P
hehe..kena ada azam yang kuat ni anarm..hehe..semoga badan tu jadi sihat dan ketul2 yer..haha
Nak badan ketak kena istiqomah. Aku bab istiqomah failed. Tapi ishaAllah next time kena mula semula
Aku pun kadang2 failed jugak bab istiqomah.. Harap2 kali ni boleh buat
kalau ada geng, memang best gak la. haha..
semoga impian menjadi kenyataan.. :)
Kasut jogging sudah beli tunggu untuk berjogging sahaja. :-)
Aku pun ingat nak pergi jogging hari minggu.. Pagi jogging, petang pergi gym..
“rasa jeles tertengok” hehe Good luck.
Cenggini la!! Apa kata kita just tangkap gamba sebelum dan selepas… Masa dok workout kat gym xyah tunjuk… amcam?? ada brani??ahahyaha
Kalau tangkap gambar selepas tu mungkin boleh.. Tapi kena tunggu workout banyak2 dulu sampai badan jadi taff.. Time tu sedap sikit nak bergambar..
Yang gambar sebelum tu tak brani nak tangkap sebab gemok.. Haha..
boleh!!! aku xkisah!!hahahahaa
layan gym ni memang seronok kalau berkawan, berjoging pun sama..
sejak dah berkeluarga ni boleh kata memang tak bersenam langsung dah aku, hanya harapkan aktiviti harian jer untuk keluarkan peluh.
Aktiviti harian yang keluarkan peluh tu pun dah cukup sebenarnya untuk sihatkan tubuh badan.. Aku pegi gym sebab nak ketak2.. Hehe..
alhamdulillah saya x kisah gym tu kecik ke besar ke, yg penting ada gym kira bersyukur dh..